Tini’s Spa Rai Wanita Sempena Hari Wanita Dengan Rawatan Produk Dermalogica

Produk Dermalogica| Bergelar wanita memang seronok apabila dapat diraikan dengan cara yang disukai. Maklumlah setelah penat bekerja untuk membahagiakan keluarga, tak salah sesekali mereka yang bergelar wanita ini dirai tanda dihargai atas segala pengorbanan yang diberikan.

Siapa kata kerja wanita itu senang, tak seperti kaum Adam yang gigih bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga. Kalau nak tahu, wanita dalam sesebuah keluarga boleh pegang macam-macam jawatan.

Daripada Menteri Kewangan, menteri Kesihatan, Menteri Pelajaran, Menteri Sumber Manusia, Menteri Agama, dan macam-macam lagilah jawatan. Beri dan sebut saja tugasan, pasti akan dilaksanakan sebaiknya. Ini semua dilakukan secara percuma bagi memastikan sistem kekeluargaan itu lebih sakinah dan mawaddah.

Tapi wanita itu juga mempunyai sifat malu yang tinggi dan kalau boleh jenis tak suka meminta-minta dek kerana sifat segan yang ada dalam diri. Sebenarnya ada beberapa perkara yang boleh membuatkan wanita itu senyum meleret dan membahagiakan dirinya sendiri.

produk dermalogica

Baca Juga: Amalan Wanita Haid Di Bulan Ramadan, 10 Malam Terakhir

Cara Rai & Hargai Wanita

1. Me Time Dengan BFF

Kesibukan 24 jam bekerja dan menguruskan keluarga menyebabkan kaum wanita tidak ada masa untuk diri sendiri. Maklumlah hal keluarga lebih diutamakan berbanding kehendak sendiri, lagi-lagi kalau anak masih kecil dan perlukan perhatian. Tetapi kalau dapat beri mereka Me Time lebih-lebih lagi bersama sahabat baik pasti perkara ini amat menggembirakan wanta.

Tidak perlu pergi jauh, sekadar staycation 2 hari 1 malam di sekitar bandaraya Kuala Lumpur juga sudah cukup menggembirakan mereka. Masa ini mereka akan berkongsi cerita dengan sahabat sambil merapatkan lagi tali silaturrahim. dalam bab ini, suami-suami kenalah faham dan beri izin untuk isteri Me Time. Jangan pula asyik telefon, sesekali berilah ruang surimah ini berehat sepuasnya.

Jika tidak bermalam, dapat keluarga minum kopi dengan BFF juga sudah memadai. Berilah masa sejam atau dua untuk mereka berkongsi rasa dengan sahabat yang boleh dipercayai. Kadang-kadang pertemuan begini dapat menaikkan semangat untuk mereka kembali menguruskan keluarga.

2. Belikan Hadiah Disukai

Siapa yang tak suka jika dapat hadiah, Tak kisah waktu hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau pada bila-bila masa. Mereka ini pasti ada keinginan untuk memiliki barangan dihajati dan lebih bermakna jika mendapat hadiah. Misalnya beg tangan baru, kasut, baju baru atau kalau lebih cinta belikan saja barangan kemas atau kini popular memiliki Gold Bar.

Bukan mereka tak boleh beli sendiri, tetapi lebih seronok jika dihargai dengan cara berlainan. Bukan saja suami, anak-anak juga boleh berikan hadiah untuk ibu mereka sempena hari jadi atau sebagainya. Pasti kasih sayang untuk keluarga semakin dalam. Tak semestinya hadiah mahal, rasanya sekuntum bunga sudah memadai. Tak percaya jom buat. Jangan la asyik suami je tunggu hadiah untuk lelaki daripada kaum wanita.

3. Bawa Pergi Bercuti

Satu lagi kaum wanita pantang kalau pasangan ajak bercuti Tak kisahlah sekadar balik kampung saja atau bercuti hanya dua hari satu malam bersama keluarga. Janji dapat keluar rumah untuk healing setelah penat menguruskan keluarga. Tapi kenalah juga lihat kemampuan pasangan. Janganlah paksa semata-mata untuk turuti kehendak diri sendiri. Atau healing cara terbaru dengan pergi camping site yang jauh lebih bajet dan lebih kenapa nature.

Atau kalau tak dapat bercuti dengan keluarga, mintak izin pergi dengan BFF. Cukup sekadar 2 hari 1 malam dan antara destinasi dicadangkan seperti Penang. Apa tempat menarik di Penang, kenalah ajak sahabat baik bercuti di sana sambil healing. Walau sekejap sebenarnya dapat menyunti motivasi buat wanita.

4. Suka Kecantikan & Keindahan

Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Siapa je yang tak suka pada kecantikan kerana naluri wanita itu yang gemarkan suatu yang cantik dan indah. Jadi tidak hairanlah mereka ini suka window shopping terlebih dulu sebelum membeli suatu dihajati. Atau sekarang ini, ramai juga yang layan shopping online melalui medium Instagram, Shopee atau Tiktok.

Selain itu, alanngkah seronoknya jika wanita itu dapat memanjakan diri dari top to toe melalui rawatan di mana-mana spa. Ini adalah antara perkara paling disukai dan membahagiakan kaum wanita. Dapat rawatan seharian pun memadai kerana kita dapat memanjakan diri sambil tubuh kita dibelai sebaiknya.

Antara rawatan spa terbaik yang paling dirokemen adalah Tini’s Spa. Tini’s Spa butik spa Muslimah yang sudah beroperasi lebih 10 tahun ini menawarakan rawatan terbaik Top To Toe kepada pelanggannya. Tidak perlu risau kerana perkhidmatan diberi sememangnya amat digemari oleh mereka yag bergelar wanita. Servis juga lebih privasi dan eksklusif.

produk dermalogica

5. Tonton Cerita Kegemaran

Perkara yang simple tetapi sangat membahagiakan wanita. Raikan wanita tidak semestinya kena bawa keluar rumah atau outing. Tetapi waktu di rumah juga korang boleh menghargai iaitu dengan cara biarkan mereka layan cerita kegemaran sama ada di siaran televisyen atau Netflix. Misalnya mereka suka layan Kdrama, biarkan saja kerana menurut kajian boleh mengatasi masalah burnout kerana drama Korea ini kebanyakan menghidangkan cerita yang indah dan menggembirakan.

Atau jika suka melayan drama Melayu yang berepisod, biarkan saja tetapi perlu diingatkan agar tidak mengganggu urusan kerja-kerja rumah. Kebiasaannya mereka akan peruntukan masa sejam untuk melayan drama yang memang boleh mengundang emosi. Ini juga sebenarnya salah satu cara untuk hilangkan stress setelah penat melakukan tugasan menjaga keluarga.

Disebalik Tini’s Spa

Baru-baru ini sis diundang oleh pemilik Tini’s Spa, Puan Hartini Halim yang memperkenalkan rawatan terbaru di sini. Rupanya Tini’s Spa ini sudah lama beroperasi iaitu lebih 18 tahun (bermula tahun 2005) dengan beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang. Dimiliki da diuruskan sepenuhnya oleh Bumiputra oleh Puan Hartini Halim yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kecantikan ini.

Tini’s Spa Beauty & Sliming ini menawarkan perkhidmatan terbaik dalam memberi ketenangan, menambah n nilai dalam kehidupan wanita dengan menyediakan rawatan aromaterapi dan rawatan wajah yang dihasilkan menggunakan produk Dermalogica yang sangat digemari wanita.

Ditambah dengan nasihat serta bimbingan kepada pelanggan tentang kesihatan kulit, kesihatan dalaman dapat menjamin kualiti kehidupan yang lebih baik. Bagi yang mahu manjakan diri, rasakan sendiri pengalaman transformasi di Tini’s Spa kerana team mereka begitu komited memberikan 100% rawatan yang terbaik.

Datangkan sendiri ke beberapa cawangan Tini’s Spa iaitu di Seksyen 7, Shah Alam (03-55235718), Taman Dagang, Ampang (03-42701292), Seksyen 8, Bandar Baru Bangi (03-89289529) dan juga Taman Tun Dr Ismail, KL (03-77230099).

produk dermalogica
Team Tini’s Spa bersama pemilik Puan Hartini Halim (hujung kanan)

Pastiya kedatangan setiap pelangggan akan disambut mesra oleh ahli terapis yang profesional. Seiring dengan moto mereka kecantikan wanita itu bermula dari dalaman dari penjagaan yang rapi dari luaran dan juga dalaman.

Justeru sempena Hari Wanita Sedunia, Tini’s Spa juga turut meraikan pelanggan-pelanggan setia dengan Treat It Like A Pro, dalam satu acara eksklusif bersama Jodi Ayre, International Training Manager, Dermalogica dan Pengasas, Puann Hartini Halim.

Istimewanya juga terbaru, butik spa Muslimah ini turut menawarkan 2 rawatan terbaru iaitu Pro Dermaplaning dan Pro Power Eye Peel dan 1 produk terbaru, Pro Collagen Banking Serum.

Rawatan Terbaru Produk Dermalogica Di Tini’s Spa

Bagi kaum wanita mesti suka kalau dapat manjakan diri terutama menjelang Syawal yang akan tiba tak lama lagi. Maklumlah pastinya mahu tampil cantik dan berseri-seri pagi raya nanti bagi menyambut tetamu yang datang. Jadi kunjungan je Tini’s Spa ini pastinya dapat memberi kepuasan berganda dalam penjagaan kulit wajah apabila menawarkan dua rawatan terbaru.

1. Pro Dermaplaning

Pro Dermaplaning ialah satu teknik pengelupasan manual yang menggunakan Dermaplaning blade.
Dermaplaning ini berfungsi untuk membuang lapisan kulit mati yang ada pada permukaan kulit &
menyingkirkan bulu-bulu halus yang memerangkap kotoran mikro yang tersebar dalam udara.

Kebaikan Pro-Dermaplaning Treatment:

  • Kulit mampu menyerap product yang digunakan dengan lebih berkesan
  • Membuang soft facial hair yang memerangkap kotoran & minyak
  • Kulit lebih halus & sekata
  • Mengurangkan jeragat & bekas jerawat
  • Mengurangkan kedutan & garis halus

Harga yang ditawarkan oleh Tini’s Spa ialah RM188 untuk percubaan pertama, harga asal RM388.

Rawatan Pro Dermaplaning

2. Pro Power Eye Peel

Pro Power Eye Peel ialah Pengelupasan kimia terkuat dan terpantas untuk mengurangkan lingkaran gelap
sekeliling mata dengan bahan aktif AHA. Pendekatan tiga asid unik ini memberikan pengelupasan dalam
dan penurapan semula yang 100% khusus untuk anda.

Kebaikan Pro Power Eye Peel:

  • Mencerahkan lingkarang gelap bawah mata
  • Mencerakan jeragat dan bintik hitam sekeliling mata
  • Sekatakan warna kulit dan tekstur
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus di sekitar mata

Harga yang ditawarkan oleh Tini’s Spa ialah RM128 untuk percubaan pertama, harga asal RM298

Rawatan Pro Power Eye Peel

Selain itu juga Tini’s Spa turut memperkenalkan produk terbaru Dermalogica iaitu, Pro Collagen Banking Serum. Antara kebaikan produk serum ini mampu membantu melindungi dan memelihara kolagen kulit, ia menyokong kulit yang kelihatan lebih gebu, lebih bercahaya dan menghidratkan untuk membantu mengurangkan rupa garis halus pada masa hadapan. Menampilkan konsistensi gel-ke-serum, produk ini mampu untuk merentasi
kulit lebih dalam.

Jadi, tidak rugi sebagai wanita kita menghargai diri sendiri dengan mendapatkan rawatan terbaik di butik Spa yang menawarkan perkhidmatan Top To Toe yang sangat berbaloi. Jangan kedekut dengan mengeluarkan kerana hasil yang didapati memberi kesan berbeza dan paling penting menambah keyakinan dalam diri.

Bagi yang mahu mengetahui info lanjut mengenai Tini’s Spa boleh terus layari:

Follow media social Tini’s Spa:
Instagram: tinispa
Tik Tok: tinispa
Facebook: Tini’s Spa Beauty & Slimming
Website: https://tinispa.com.my/

produk dermalogica
Pelanggan yang dirai

Baca Juga: Petua Kekal Cantik Dan Awet Muda Ikut Islam Yang Mudah

Leave a Comment

error: Content is protected !!