Tulis Apa Saja Dengan Blog, Lama Tunggu Baru Dapat!

Tulis apa saja dengan blog kerana itulah luahan hati kita dan kepuasan yang sebenarnya. Sis memang dah lama tunggu dapat blog yang cantik macam ini. Akhirnya baru dapat tapi masih dalam proses belajar.

Maklumlah, kalau dah memang jiwa penulis, so kat mana-mana pun kita nak letak skil tu dalam sebuah catatan yang indah. Zaman sekarang tulis apa saja dengan blog kita boleh buat duit janji rajin.

Artikel Lain: Tips Bahagia Dengan Pasangan, Kuncinya Kena Jujur!

Tulis Apa Saja Di Blog

Tulis Apa Saja
Antara otai-otai yang sangat power menulis.

Mujur ada geng yang rajin layan kehendak ni. Apadahal, nanti kita belanja la dia makan, lagipun dia memang suka buat-buat benda macam ni.

Sekali lagi terima kasih kepada my frenzz yang cukup aktif berblogging Mama Jeni yang aktif menulis di portal http://modernmumthingy.com dengan pelbagai info ada. Nak pasal travel, finance, resepi, hubungan semua dia tulis. Banyak idea dia ni, blogger popular katakan.

Tulis Apa Saja
Inilah orang yang menyiapkan blog sis, Sis Eswati Azni aka Mama Jeni

Masa dalam blog lama..www.blogger.com tu memang dh ramai yang follow/baca blog sitizurinamatsaman tetapi sebab tak update jadi dia punya story pun macam basi ler. Tapi dari situlah semuanya bermula dan sis pula rajin tulis apa saja dengan blog.

So kali ini sis try usaha akan tulis 1 entry sehari  (kalau ada masa la)…untuk kata baca/kenang hari tua nanti. Kata orang skil menulis tak akan padam walaupun kita dah melewati usia tua.

Pengalaman Dalam Dunia Kewartawanan

Daripada beberapa tahun lepas ada banyak cerita yang nak ditulis, especially pasal pengalaman yang cukup berharga. Maklum sis dalam dunia kewartawan/penulisan ini sudah hampir 20 tahun. Rugi sangat kalau kita tak tranform dalam entri indah begini.

Tulis Apa Saja
Entri ke Bandung tiga tahun lalu, tak pasti bila nak siapnya.

Tapi sebenarnya melalui geng blog ni, kita boleh generate income kalau tahu caranya. Petuanya kena tulis sesuatu yang boleh dijadikan macam ala-review. Mana tahu bila dan ‘pencen’ boleh sambung penulisan dalam portal/blog sendiri.

Artikel Lain: Cara Betul Kira BMI

Nantilah itu step kedua, yang penting sekarang ni blog dah cantik. Sebenarnya entri baru yang lebih update tertangguh sejak 2 tahun lalu. Masa tu sis memang buzy dengan urusan kerja kewartawanan.

Kini sibuk juga, tapi sis ‘push’ diri untuk rajin menulis entri sendiri. Kepuasan bila ada orang melayari apa yang kita tulis. Walaupun angkanya hanya dua digit, tapi cukup membahagiakan.

Puas bekerja dan masih lagi bekerja.

Memang banyak lagi kena belajar (especially bab teknikal) tapi its ok tak terlambat pun lagi. Sama-sama belajar dengan geng lain sebab hasilnya pasti akan kita dapat 10-20 tahun lagi.

So korang yang dah follow blog Mama Reen ni, sila tunggu update entri dari masa ke semasa. Sis malas dah tulis penulisan berat, more tooo santai dan rileks. Rasanya entri begini lebih dekat dan ramai suka membacanya. Tapi kadang-kadang mati juga idea. Maklum penulisan blog sekarang tak boleh dah syok sendiri. Kita kena tahu penulisan cara SEO, bagaimana mencari artikel yang legend (yang sentiasa evergreen) walaupun tulisannya dan lama.

Artikel Evergreen Lebih Bermakna

Bukan hanya cari yang treding kerana artikel evergreen begini lebih di cari. Kita juga kena pastikan entri kita berada di 1st page dalam carian di google. Semua itu kena belajar dan tiada yang percuma. Tapi puas hati kalau entri dibuat, dapat di ranking carian pertama mengalahkan protal popular lain.

Selalunya entri macam travel, kewangan, tip atau panduan hubungan atau tip sihat cantik yang sering dicari oleh orang/. Misalnya cara nak putihkan gigi, resepi siakap 3 rasa atau pengalaman sendiri hiking Setia Alam Trail.

Lagi satu sis dan geng-geng blog lain juga ada buat blog sendiri dengan pengisian lebih padat, padu. Kat sini tulis apa saja asalkan memberi manfaat kepada orang lain. Masing-masing punya kepakaran menulis, jadi house style terpulang citarasa asalkan maksudnya sampai. Inilah dikata tulis apa saja di blog.

Blog Surihack ini menggabung isi kandungan perihal, resepi, kerohanian, travel, sihat cantik, panduan travel dan macam-macam lagi. Rugi tak layarinya kerana orang kuat yang menulis berpengalaman lebih 20 tahun dalam penulisan berita & rencana.

Artikel Lain: Kelebihan Puasa Bulan Rejab & Kejar Syafaatnya

7 thoughts on “Tulis Apa Saja Dengan Blog, Lama Tunggu Baru Dapat!”

Leave a Comment

error: Content is protected !!