Mama Reen memang sejak kecil berminat dalam bidang kewartawan dan salah satu pilihan memilih untuk belajar di USM adalah kerana di situ menawarkan kursus Kewartawan selama empat tahun.
Mengutip pengalaman menjalani praktikal di Harian Metro sekitar tahun 1994/95 selama 3 bulan sebelum meneruskan pengajian terakhir di kampus Penang.
Sebaik tamat belajar, terus mendapat kerja di sebuah syarikat komik (suatu ketika dulu glamour komik ini seperti Pendekar Baja Hitam dll). Di situ sis dilatih membuat ayat berdasarkan jalan cerita yang diberi.
Table of Contents
Mama Reen Jadi Penulis Majalah Popular
Beberapa bulan di situ, sis terus mendapat kerja di syarikat penerbitan di Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd sejak tahun 1999. Diberi peluang menjadi wartawan dengan majalah Seri Dewi & Keluarga (sekarang dikenali dengan nama KELUARGA. Banyak pengalaman menulis rencana kekeluargaan/resipi/kisah masyarakat/hiburan dan cerita kenamaan atau VIP.
Kemudian ditukarkan menerajui majalah Pengantin, Dara.com, Hijabista yang lebih kepada lifestyle/fesyen dan seterusnya penulis digital untuk portal Kashoorga, Vanilla Kismis dan juga Libur. Dari seorang Wartawan, Asst Editor, Editor dan juga penulis portal.
Walaupun jawatan berlainan tetapi skill tetap sama. Bergelar penulis dan menulis apa juga majalah berkaitan. Lain majalah lain house style pengisiannya. Namun semuanya berdasarkan fakta yang sahih.
Bila beralih kepada Digital, penulisan jadi lebih santai tetapi kena padu bagi menarik warganet terus menghayati tulisan kita. Ditambah dengan padanan gambar menjadikan story kita jadi trending.

Kini Fokus SEO Writer
Dan setelah 20 tahun menulis untuk majalah dan Digital, kini mengorak langkah menjadi penulis sepenuh masa. Skil penulisan masih sama kerana minat mendalam cuma apabila bertukar ke arah dunia digital, sis lebih menekankan aspek dalam Portal kita itu sendiri.
Menyalurkan segala informasi dalam penulisan gaya lebih santai menjurus ke arah penulisan Lifestyle, Resepi, Trending, Hiburan dan juga berkaitan sihat dan cantik.
Berbekal pengalaman lebih 23 tahun, skil penulisan itu digarap lebih santai agar lebih mudah difahami oleh pembaca di alam maya.
Oleh kerana bertanggung jawab pada Blog/Portal sendiri sitizurinamatsaman.com makanya banyak belajar mengenai penulisan SEO Keyword.
Mencari apa Keyword yang betul agar carian entri ditulis di Google itu di page atau ranking nom 1. Itulah cabarannya berbanding penulisan majalah dulu. Kalau dulu bila sumber yang kita mahu diinterview cancel shooting atau appointment dianggap cabaran terbesar kerana dateline penulisan akan terjejas.

Entri Di Page Pertama
Tetapi kini jika bukan Kewword Seo yang betul dicari, makan artikel/entri ditulis hanya buang masa kerana tak akan dibaca atau sampai kepada orang lain. Namun jika kena gayanya bibir akan tersenyum melihat entri berada di PAGE PERTAMA…
Walau apa juga bidang, penulisan tetap dekat di hati. Suruhlah buat apa saja, tetapi jangan sesekali mintak berhenti menulis. Menulis dari jiwa kerana itu lebih ikhlas dan impaknya sangat mendalam.
Oh ye untuk apa-apa review yang simple & santai boleh je DM atau emel (sindoraoffical@gmail.com) sis. Tak cuba tak tahu, dah cuba terus ‘keep in touch’… #sisalwazlaff
Mama Reen