Tanam Pokok Indahkan AEON Mall KL Midtown, Bakal Dibuka November 2026

Tanam Pokok| Seramai 150 peserta yang terdiri dari Ahli Lembaga Pengarah AEON Mall, Warga Kerja Aeon, Komuniti setempat, blogger termasuk 30 pelajar dari The Japanese School Of Kuala Lumpur hadir seawal pagi di AEON Mall Kl Midtown untuk acara tanam pokok. Ini adalah bersempena dengan pembukaan cawangan ke 28 AEON Mall di KL Midtown yang dibuka secara rasmi kepada orang ramai 5 November nanti.

Biarpun bangun seawal pagi untuk ke sini pada hujung minggu, namun tidak membataskan keterujaan masing-masing yang begitu bersemangat untuk berkebun. Majlis yang dimulakan dengan kata aluan Emcee, diikuti bacaan doa serta ucapan daripada wakil Ahli Lembaga AEON.

Sesi registration & ucapan dari Timbalan Pengarah Urusan AEON, Hidekazu Iwaoka

Sebelum acara tanam pokok, peserta juga diberi penerangan bagaimana untuk menanam pokok, bermula dengan membuka bag dan kemudianya ditanam mengikut lubang disediakan. Tak sampai sejam, 1,500 pokok renek yang disediakan telah berjaya ditanam di kawasan sekitar.

Tanam Pokok Indahkan AEON Mall KL Midtown

Usaha penanaman pokok ini juga adalah sebahagian daripada usaha AEON CO. (M) BHD. (“AEON”) meneruskan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar menerusi Program AEON Hometown Forest di AEON Mall KL Midtown.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan AEON terhadap pemuliharaan alam sekitar serta falsafahnya untuk mengejar keamanan dengan pelanggan sebagai titik permulaan, menghormati insan dan menyumbang kepada komuniti setempat.

Program penanaman pokok hari ini merupakan sebahagian daripada usaha landskap yang lebih besar di seluruh AEON Mall KL Midtown. Kehijauan ini bertujuan untuk menyerikan kawasan sekitar pusat beli-belah serta mewujudkan suasana yang lebih selesa untuk pengunjung dan komuniti setempat.

Komuniti setempat serta warga kerja turut turun padang tanam pokok

Tarikan Di Sini Untuk Pengunjung

Elemen kelestarian turut diterapkan dalam pembangunan pusat beli-belah ini. AEON Mall KL Midtown menempati bangunan yang memperoleh pensijilan GreenRE Gold, dilengkapi sistem penyejukan cekap tenaga, sistem penuaian air hujan serta kelengkapan penjimatan air. Pusat beli-belah ini turut menampilkan taman linear di atas bumbung seluas 1.5 ekar yang menghadirkan ruang hijau di tengah-tengah persekitaran bandar.

Baca Juga :AEON MALL Eco Journey 2026, Didik Masyarakat Amal Gaya Hidup Lestari

Melalui usaha ini, AEON berhasrat mewujudkan pusat beli-belah yang menawarkan lebih daripada sekadar pengalaman membeli-belah, dengan menyediakan persekitaran mesra untuk orang ramai berkumpul, meluangkan masa bersama keluarga dan rakan, serta lebih dekat dengan alam semula jadi.

Tanam pokok
Sebahagian dari 30 pelajar dari The Japanese School Of Kuala Lumpur

Program AEON Hometown Forest di AEON Mall KL Midtown memperkukuh usaha berterusan AEON dalam menyokong kelestarian alam sekitar, di samping menggalakkan penyertaan komuniti dalam membina masa depan yang lebih hijau.

Pihak AEON Mall sentiasa komited menyediakan prasarana lengkap untuk kemudahan pengunjung yang telah menjadikan AEON Mall sebagai gedung beli belah keluarga yang menyeronokkan. Jadi bagi yang berkelapangan, boleh datang ke AEON Mall KL Midtown sempena pembukaan rasminya nanti pada 5 November 2026. Sudah pasti pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung setia pada Gedung Beli Belah Keluarga kesayangan ramai ini. So Save The Date ye

Tanam pokok
Yang hadir untuk aktiviti tanam pokok

INFO MENARIK AEON MALL KL MIDTOWN

AEON Mall KL Midtown mempunyai Ruang Boleh Sewa Bersih (NLA) seluas kira-kira 367,000 kaki persegi. Ia memperkenalkan konsep baharu dalam sejarah runcit AEON menerusi susun atur menegak (vertical layout) yang merangkumi lapan tingkat, dari Lower Ground hingga Aras 5M. Setiap dua tingkat mempunyai gaya susun atur tersendiri yang mencerminkan konsep tawaran runcitnya. Ia memberikan pengalaman berbeza ketika pengunjung bergerak dari satu aras ke aras lain.

AEON Mall KL Midtown mudah diakses melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya SPRINT, DUKE, NKVE dan Penchala Link. Akses dijangka bertambah baik apabila stesen MRT3 yang dirancang mula beroperasi, di samping cadangan jejantas yang menghubungkan pembangunan ini dengan MITEC.

Pusat beli belah terbaru yang akan dibuka kepada orang ramai 5 November 2026 ini menawarkan pelbagai pilihan peruncitan menarik, makanan dan mıunman, kecantikan, kesihatan serta ruang hiburan menyeronokkan. Ia juga turut menawarkan keperluan harian, butik runcit milik jenama peribadi AEON dan jenama lain yang sudah dikenali ramai. Antara tarikan lain kenapa pengunjung akan seronok beli belan di sini

  • Terdapat AEON Supermarket yang memenuhi keperluan barangan dapur dan isi rumah harian. Pengunjung juga boleh meninjau butik runcit AEON seperti KIDS REPUBLIC, HOME COORDY, Scarlet, Agenda dan GALEVAENT. Turut dibuka ialah perniagaan AEON yang lain, termasuk AEON Wellness, DAISO, Molly Fantasy dan AEON Credit Service.
  • Bahagian makanan dan minuman menawarkan pelbagai pilihan daripada masakan Jepun dan hidangan tempatan kegemaran hinggalah kopi dan pencuci mulut. Antara penyewa F&B yang dibuka pada 5 November ialah SUSHIRO, Oriental Kopi, Dolly Dim Sum, MINO, HOT BIRD, Starbucks, Chateraise, DONQ, BEUTEA, paperfish, Nyonya Delights, CHONGDEE TEAHOUSE, NORI NORY dan SUK.
  • Untuk fesyen dan gaya hidup, pengunjung boleh singgah di UNIQLO, HLA, Akura Premium Watch, KOMEHYO, Levi’s, SEIKO VISION SPECIALIST, Focus Point Lifestyle dan MySpirit.
  • Mereka yang ingin memanjakan diri pula boleh mengunjungi L’Occitane, Yves Rocher, LUSH, CLEF, Melange Korea, LUXE Hair & Nail, Yong Kang TCM dan QB HOUSE.
  •  Keperluan teknologi turut dipenuhi menerusi URBAN REPUBLIC by Switch, SAMSUNG, HONOR dan Gadget Hub Signature.
  • Bagi menambah pilihan hiburan di pusat beli-belah ini ialah VS CHALLENGE, yang dibawakan oleh AEON Fantasy. Pembukaannya di AEON Mall KL Midtown bakal menandakan lokasi pertama konsep ini di Malaysia. VS CHALLENGE membawa konsep hiburan penuh aksi dari Jepun ini diterbitkan oleh pembangun permainan, Bandai Namco Experience Inc.
Tanam pokok
Dibuka secara rasmi 5 November 2026

JENAMA BESAR TURUT ADA

Di dalam beberapa bulan akan datang, lebih banyak jenama besar yang menarik dijangka menyertai AEON Mall KL Midtown. Antaranya SEPHORA, ADIDAS, JD Sports, asics, MPH Bookstores, Din Tai Fung, Verrona Hills, KIMIYA, Xiang Xiang Hunan Cuisine, KENMAKI, a’rest, Yin’s, Omakase Lab, Siam Oasis Royale dan LifenFitness sekali gus memperluas lagi pilihan runcit, makanan dan gaya hidup.

MENANTI PENGUNJUNG SEMPENA PEMBUKAAN

  • Dari 5 November 2026 hingga 11 Februari 2027, pengunjung yang berbelanja minimum RM300 melalui gabungan hingga dua resit pada hari yang sama di mana-mana penyewa pusat beli belah ini, termasuk AEON Retail akan berpeluang memenangi sebuah kereta Mercedes-Benz A200 Progressive Line dan pelbagai hadiah menarik lain menerusi Peraduan ‘Drive Your Dream’
  • Peminat watak Jepun juga boleh menantikan pop-up Sumikko Gurashi pertama di Malaysia, yang akan berlangsung dari 13 November 2026 hingga 3 Januari 2027. Pengunjung boleh meneroka ruang bertema dan bertemu dengan watak-watak Jepun kesukaan ramai.

Leave a Comment

error: Content is protected !!