Menang Percutian Kapal Mewah Genting Dream Dalam ‘Peraduan Smile Of Love’ AEON 2023| Siapa sangka bakal pemegang kad AEON atau bukan ahli bertuah akan berpeluang untuk memenangi tiket pelayaran kapal mewah, Genting Dream Cruise dalam satu peraduan dianjurkan iaitu, Peraduan Smile Of Love AEON.
Peraduan yang dianjurkan pada bulan Februari sempena meraikan bulan berkasih sayang. Baru-baru ini bertempat di AEON Alpha Angle, Wangsa Maju, AEON CO. (M) BHD atau AEON, sebuah syarikat terkemuka rangkaian pasar raya di Malaysia, telah mengumumkan pelancaran kempen, “Smile of Love – Win A Cruise Contest” dengan kerjasama Resorts World Cruises.
Peraduan ini memberi peluang pelanggan setia AEON untuk memenangi tiket untuk dua orang naik kapal bersiaran Genting Dream Cruise untuk 3 hari 2 malam. Bukan seorang pemenang sahaja yang akan dipilih, tetapi peraduan ini akan memilih 8 pelanggan bertuah di mana akan diumumkan pemenangnya setiap bulan.
Jadi inilah masanya untuk kita membuat kejutan buat pasangan dengan meraikannya dalam cara tersendiri. Siapa sangka hanya dengan menyertai peraduan mungkin berpeluang untuk menikmati detik terindah buat anda berdua. Bagaimana cara untuk menyertai peraduan Smile Of Love AEON ini?
Cara Sertai Kempen Smile Of Love AEON & Menang Percutian Kapal Mewah
- Cara untuk menyertai adalah dengan membuat pembelian minimum RM38 (Ahli AEON) dan RM58 (Bukan ahli AEON) dalam gabungan dua resit pada hari yang sama di kedai-kedai F&B, Snek & Pawagam di AEON Mall.
- Tempoh kempen akan berlangsung bermula pada 10hb Februari hingga 7hb Mei 2023. Setiap bulan, lapan orang pemenang akan dipilih.
- Sebanyak 8 pemenang bertuah akan dipilih pada setiap bulan. Dan kepada yang bertuah layan untuk menaiki pelayaran mewah Genting Dream Cruise by The Resort World Cruiser untuk 3 hari 2 malam.
Matlamat Kempen Smile Of Love
Kempen Smile of Love bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggannya atas kesetiaan mereka dan sokongan berterusan dengan membeli-belah di AEON Mall.
Dengan mengadakan peraduan AEON ini, pihaknya berarap dapat mencipta kegembiraan dan pengalaman indah utuk meraikan para pelanggan setia mereka.
Mana tahu mungkin rezeki anda dan pasangan untuk belayar di lautan dengan menaiki kapal persoaran mewah Genting Dream Cruise ini kerana diibaratkan peluang seumur hidup yang rugi untuk dilepaskan.
Pengalaman Menarik Bagi Pemenang Bertuah Naik Genting Dream Cruise Milik Resort World Cruises
Kolaborasi di antara AEON and Resorts World Cruises ini adalah pada saat yang paling tepat kerana Genting Dream Cruise melakukan pelayaran daripada Port Klang setiap minggu, menawarkan siri dua atau tiga malam ke destinasi popular termasuklah Penang, Singapura dan tak lama lagi ke Phuket.
The Genting Dream, ‘A Resort Cruising at Sea’ menyediakan pelbagai tawaran menarik seperti santapan percuma di tempat terpilih, menampilkan masakan antarabangsa dan Asia yang bervariasi, serta sudut untuk menikmati snek kegemaran sepanjang hari serta dilengkapi kemudahan lain seperti.
- Sebagai Kapal Pesiar Mesra Halal Standard OIC/SMIIC* Pertama di Dunia, pengembara Muslim akan mendapat akses kepada makanan dan minuman Halal yang diperakui di bahagian khusus di restoran The Lido, yang turut menyediakan masakan vegetarian dan Jain.
- Ruang solat juga turut disediakan di atas kapal untuk kemudahan tetamu Islam.
- Tawaran inklusif lain yang menarik juga disediakan untuk tetamu termasuklah persembahan pentas antarabangsa yang menakjubkan dan tayangan filem di teater Zodiac berkapasiti 999 tempat duduk yang mengagumkan.
- Disediakan juga taman air di laut dengan kolam dan 6 gelongsor air.
- Berpeluang mencuba Rope Courses dan ziplines.
- Bagi yang minat boleh cuba Rock Climbing Wall dan banyak lagi aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga. Pasti percutian tak akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik.
Inisiatif AEON 2023
Pelancaran itu turut dihadiri oleh wakil media dan influencer. Manakala tetamu-tetamu VIP pada majlis itu ialah Ong Hsieh Lien, Penolong Naib Presiden, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Resorts World Cruises, Nikki Lee, Ketua Pemasaran AEON Mall dan Koh Mei Leng, Pengurus Besar – Ketua Sistem Pembayaran AEON Credit servis.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menyertai peraduan ini dan mana tahu rezeki anda untuk sama-sama bercuti menaiki kapal persiaran mewah di tengah lautan bersama insan tersayang. Sejajar dengan inisiatif AEON bagi menyahut Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa0Bangsa (United Nation’s Sustainable Development Goal yang memberi fokus kepada kesihatan dan kesejahteraan yang baik (SDG3).
Justeru AEON akan bertecusan menggalakkan kehisupan yang sihat an sejahtera kepada semua peringkat umur dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi mampan, inklusif, menyeluruh dan pekerjaan produkif serta layan untuk semua.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web dan laman sosial mereka di :
Website: www.aeongroupmalaysia.com
Facebook AEON Mall: https://www.facebook.com/AEONMallMY
Instagram: AEON Retail Malaysia | aeonmallmalaysia
Artikel Lain: 10 Tempat Menarik Di Perlis Korang Wajib Pergi