Lebih 10 Tahun Bella Jamal Tulis Blog. Kenali Sisi Menarik Pemilik ‘Ini Adalah Bellarina Natasya’

Bella Jamal. Dalam banyak-banyak geng blogger yang sis kenal, paling tertarik dengan blog bellajamal.com Ini kerana empunya blog ini punya tarikan tersendiri. Tidak mempunyai background dalam penulisan ketika belajar di universiti, tetapi jejarinya rancak menulis pelbagai informasi menarik dalam blognya.

Pemegang ljazah Sarjana Muda dalam bidang Kimia dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini rupanya adalah seorang blogger popular Malaysia. Blog bellajamal.com yang mula terbit pada 2016 ini lebih memberikan tumpuan terutamanya kepada dunia kulinari dan gaya hidup kontemporari.

Bercerita mengenai minatnya dalam dunia penulisan blog ini bermula sejak dari sekolah rendah lagi. Ketika di sekolah, beliau telah mengambil bahagian dalam pertandingan esei dan penulisan yang telah memacu minatnya untuk menulis dan berkongsi di blognya yang diberi nama ‘Ini Adalah Bellarina Natasya’.

Juga dia pernah memasang impian mengecap mencapai kejayaan dalam bidang kewartawanan atau penulisan. Namun ketika itu merasakan kerjaya lebih cemerlang bakal menanti, Bella mengejar impian mengambil bidang sains.

Baca Juga: https://sitizurinamatsaman.com/netty-ah-hiyer-blogger-penulis-seo/

bella jamal

Bella Jamal Start Blogging 7 Tahun Lalu

Namun begitu selepas 5 tahun berkecimpung dalam industri tersebut, beliau sedar bahawa menulis adalah jiwanya yang sebenar. Apatah lagi turut mendapat maklum balas yang baik mengenai artikel-artikel berkaitan kulinari dan haiwan kesayangan yang telah dilihat oleh 13 juta orang pada masa itu.

Ini memberi kesungguhan untuknya meneruskan minat dalam dunia penulisan dan lahirkan bellajamal.com ini. Bella Jamal telah menulis banyak artikel mengenai kegemarannya terhadap kulinari dan gaya hidup kontemporari sebagai seorang blogger separuh masa.

Selain itu, beliau juga seorang “cat whisperer” dan suka menulis mengenai malaikat berbulu ini. Baginya menulis perlukan seseorang itu lebih banyak tumpuan dan usaha berterusan. Bukan mudah untuk bergelar penulis apatah lagi dia perlu bijak mengatur masa antara kerjaya dan minatnya dalam penulisan ini.

Menurutnya ketika mula-mula terbabit dalam dunia blog, Bella sedikit kecewa kerana ada antara orang sekeliling yang mencemuh tanpa beri sokongan. Namun dia tetap bersabar dan itu kunci kejayaan sebenar. Kini, dengan dikelilingi oleh orang-orang yang mendorong beliau untuk sentiasa maju, in amat membantu dalam kerjanya.

Selain menulis dan memasak, Bella juga tertarik dengan muzik. Beliau mendengar pelbagai jenis muzik dan sangat mengagumi Taylor Swift, salah seorang arts kegemarannya. Beliau boleh menyanyikan hampir setiap laqu Taylor Swift dalam kepalanya kerana beliau dapat merasakan setiap laqu tersebut.

Setiap lagu membawa makna tertentu bagi beliau. Lagu-lagu Taylor menginspirasinya agar tidak kehilangan diri sendiri apabila berada dalam kesulitan. Antara petikan yang memberi insprasi padanya ialah ‘Anda Perlu Berusaha Untuk Mendapatkannya Dan Harga Setiap Kejayaan Yang Datang’.

Kini Bella mampu tersenyum kerana namanya sebaris blogger popular yan lain. Blog bellajamal.com ini diikuti oleh ramai orang yang mencari inspirasi. Apa yang dikongsi akan sentiasa membawa yang terbaik kepada setiap pengikutnya.

Baca Juga: https://sitizurinamatsaman.com/marina-bashah-part-time-blogger-berjaya/

Hasilkan Buku Resepi Rumah Malaysia

Tahun lalu saja, beliau melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan buku masak pertamanya yang bertajuk “20 Resipi Masakan Rumah Malaysia”. Buku tersebut adalah hasil daripada kandungan blognya. Menjadi harapan beliau bukunya ini dapat memberi inspirasi pada orang lain dengan kreativiti dalam kulinari.

Kemahiran yang beliau miliki yang dikongsi dengan pengikut-pengikutnya. Kebanyakan resipi yang dikongsikan hanya menggunakan kaedah dan bahan yang paling mudah, yang khas kepada gaya masakan Malaysia.

Artikel-artikel yang paling banyak dilihat di laman webnya, iaitu Resepi Ayam Masak Sambal Hijau yang menekankan kepedasan dalam masakan Malaysia, Cara Memasak Maggi Kari Sedap sebagai mi segera 5 minit dengan sentuhan masakan rumah, dan Resepi Masak Lode sebagai salah satu hidangan utama semasa perayaan, kini semakin menarik pengikut baru ke laman webnya.

Selain itu, paling membanggakan Bella Jamal juga disenaraikan dalam senarai calon Autumn Harvest Food Culture 2020 & Winter Harvest Food Culture 2020 untuk Gourmand World Cookbook Awards seterusnya (2021). Walaupun buku tersebut tidak terpilih untuk senarai pendek Best in The World Shortlist FOOD CULTURE 2021, Gourmand Awards 2021, Bella sangat gembira dengan pencapaian ini kerana disenaraikan dalam senarai calon Gourmand World Cookbook Awards yang terkemuka dan mewakili Malaysia. 

Penulisan SEO Writer

Sebagai seorang blogger popular pula, Bella Jamal sering diundang untuk menghadiri majlis gaya hidup, selebriti, review makanan dan banyak lagi yang memerlukan kehadirannya sebagai seorang blogger. Enjoy dengan apa yang dilakukan, Bella Jamal kini semakin mengorak langkah dalam dunia penulisan SEO Writer.

Jadi bagi yang mahu mengenali dengan lebih dekat Bella Jamal, layari saja bellajamal.com dan korang pasti akan jatuh cinta dengan setiap ulasan karya dalam penulisannya. Bayangkan budak Kimia tapi sangat hebat dalam dunia penulisannya yang mampu membuai jiwa setiap followernya.

Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

Leave a Comment

error: Content is protected !!