Netty Ah Hiyer | Mengenai pemilik blog nettyahhiyer.com seunik nama sebenarnya Netty Ah Hiyer sudah lebih dua dekad lamanya. Kami sama-sama pernah bekerja satu bumbung cuma berlainan department. Hubungan bukan sekadar rakan sekerja, tapi teman sembang lagi-lagi kami apabila topik bab asal usu keturunan ‘Jawa’.
Ternyata sepanjang tempoh itu, sis gambarkan Netty mempunyai karakternya yang tersendiri. Orangnya baik, suka membantu, rajin buat penyelidikan jika mahu tahu sesutu dan dia juga ada sense of humor. Kata orang lucu, sempoi dan senang berkawan dengannya.
Belajar Cara Penulisan SEO
Kini, walaupun dah tak sebumbung tapi kami masih lagi dalam landasan yang sama. Sama-sama meminatı dunia penulisan yang tiada batasnya ini. Kata orang kalau dah sekali menulis, selamanya akan kekal sebagai penulisa. Minat tak pernah mati asalkan jari boleh bergerak di papan kekunci gajet.
Sama-sama mempertaruhkan blog masing-masing untuk mencapai kepuasan sebagai seorang penulis sekaligus menjana pendapatan daripadanya. Maklumlah dua-dua dah tak makan gaji, jadi inilah cara kami meraih pendapatan bulanan.
Terbabit secara langsung dalam penulisan blog sebenarnya memberi cabaran hebat kerana perlu belajar penulisan cara SEO. Bukan main sedap tulis kerana itu hanya akan buang masa dan penat bila tiada sapa yang baca.
Maklum kita bukan page ‘jerung’ yang senang-senang dapat page view berjuta setiap hari jika entri diterbitkan. Namun bagi Netty itulah cabaran yang dihadapi dan menjadikan dirinya semakin seronok belajar penulisan SEO ini. Macam-macam ilmu boleh dipelajari daripada geng blogger lain yang dah lama dalam bidang ini.
Mula Aktif Blogspot Sejak Dulu
Netty sebenarnya bukan orang baru dalam penulisan blog. Menerusi blogspot pertamanya, ‘Hijau Epal’, Netty mula mengasah bakat dan mencurah idea di dalam blognya itu. Ketika itu dia masih bekerja di majalah Dewan Siswa.
Sehinggalah November 2009, dia ‘bertukar rumah’ pula ke platform blogspot baru iaitu ‘Rasa Sayang Skali’. Ia menampilkan konsep berkongsi aktiviti harian yang dilakukan.
Selain itu, sia juga mempunyai pengalaman dalam komuniti Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pengalaman bersama komuniti Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) telah memberi padanya untuk lebih memahami tentang dunia blogging. Dia mmenyusun semula blognya suaya menjadi platform yang lebih mesra dengan komuniti ABDR menerusi Travelog Wartawan, di platform tempatnya terus berkarya.
Bukan itu saja ilmu dikutip, Netty juga dalam dia menyambung pelajaran di Open Education bersama Irfan Hairi pada 2015. Ini adalah untuk mempelajari ‘Strategi Perniagaan internet’.
Waktu itu, dia sanggup berkorban waktu rehat hujung minggunya untuk menghadiri kelas. Tetapi ketika itu, dia masih tak ‘nampak’ apa yang dilakukannya itu untuk apa. Mungkin disebabkan masih bekerja sepenuh masa menjadikan waktunya sedikit terhad.
Dan pengalaman terakhir dikutipnya apabila bergelar dari wartawan májalah ke wartawan digital untuk Mingguan Wanita. Waktu itu, dia diamanahkan untuk mengendalikan semua platform digital Mingguan Wanita termasuklah website, facebook, instysgram dan twtter. Ternyata, ilmu yang dipelajari selama ini mula dipraktikkan sepenuhnya.
Teruskan Minat Menulis Sejak Dulu
Tahun 2021, perkenalan dengan seorang blogger terkenal, Azni, akhirnya yang telah membantunya mewujudkan sebuah website atas namanya sendiri, NETTY AH HIYER. Dari sinilah dia secara serius mula mempelajaran tentang SEO dan ranking web
Dan bermulalah perjalanan kariernya sebagai blogger secara serius dan portal nettyahhiyer.com memberi pelbagai informasi berguna untuk How-To dalam gaya hidup masa kini.
Harapannya untuk belakar lebih mendalam tentang SEO, trafik blog terbaik di Google dan belajar lebih meluas tentang ilmu blogger.
Bagi Netty, dia tetap bersyukur kerana dapat melakukan minat yang disukai sejak dulu iaitu menulis. Penulisannya guna bahasa sántái dan lebih warna-warni ini menjadi tarikan untuk pembaca alam maya terus melayari portal nettyahhiyer.com
Bagi yang mahu mengenali penulis hebat Netty seunik namanya, boleh bua carian menggunakan namanya juga Netty. Korang pasti aka jatuh cinta dengan corak penulisannya mantan wartawan Mingguan Wanita yang pernah menggegar dunia penebitan dek jualan berjuta setiap minggu.
Oh yer, korang juga boleh layari blog rakan-rakan sis yang lain seperti modernmumthingy, myzanjourney, nitasawal dan juga wawaazwa. Semua ini rakan penulis hebat yang mempunyai skil tersendiri dalam dunia penulisan secara formal dan santai.
Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info
ooo ni lah blogger netty yer
hik