nitasawal | Mengenali penulis bagi blog nitasawal.com bukan hanya setahun dua tapi lebih dari 20 tahun. Ibu kepada 3 cahayamata ini memang sis kenal pakar dalam lenggok bahasa penulisannya.
Malah sepanjang bergelar wartawan, pemilik blog nitasawal.com ini diakui seorang yang sangat mahir menulis terutama kepakarannya dalam dunia penulisan parenting.
Bergelar Wartawan & Editor Pa&Ma
Ini disebabkan pengalamannya pernah bergelar wartawan dan juga editor májalah Pa&Ma yang cukup unggul menerajui pasaran majalah keibu bapaan.
Majalah yang menjadi rujukan dari perkembangan sebelum hamil, sedang hamil hinggalah bergelar ibu bapa yang merupakan detik terindah bagi pasangan yang berkahwin.
Menurut penulis blog ini, Hasnita Sawal blog nitasawal dibangunkan bukan sekadar untuk berkongsi pengalaman untuk beri manfaat kepada pembaca alam maya tetapi bagi yang mahu menreroka dunia penulisan SEO untuk bergelar SEO Writer sebuah blog.
Mengambil bidang bersesuaian iaitu berkelulusan Jurusan Komuniaksi major dalam Kewarawan, Universiti Sains Malaysia memulakan kerjaya di majalah Perempuan pada 1998.
Pengalaman di sini memberi peluang untuk nitasawal bertemu pelbagai golongan masyarakat termasuk ahli politik, kerabat diraja, selebriti dan juga ahli perniagaan berjaya.
Itu rezeki menimba pengalaman berharga menjadi penulis lifestyle sebelum bertukar tempat kerja menjadi penulis keibu bapaan di bawah majalah keibubaapn nombor satu, Pa&Ma.
Ternyata apabila menulis untuk portal pula pendekatannya lebih berbeza. Perlu tahu bab teknikal mengikuti terus perkembangan media baru.
nitasawal.com Seronok Kuasai Penulisan Digital
Namun ia bertukar seronok apabila dapat menguasai penulisan di portal dan media sosial kerana kita berpeluang secara langsung respons dan komen pembaca yang suka dengan cara penulisan kita.
Nitasawal juga berpeluang menggalas tugas sebagai Editor Pa&Ma dan baginya itu juga satu kenangan paling berharga dalam kerjaya di bidang media.
Bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan content Pa&Ma Print, Digital Content dan klien komersial.
Dan pengalaman tidak dapat dilupakan apabila berpeluang lihat sendiri proses kelahiran seorang ibu secara pembedahan caesarean di salah sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Rupanya nitasawal juga mempunyai sisi lain bukan sebagai penulis tetapi juga pengusaha kek lapis sambilan sejak 8 tahun lalu.
Menurutnya kepakaran membuat kek lapis diwarisi dari ibunya sejak 20 tahun lalu. Kalau musim raya tak menang tangan menerima tempahan pelanggan setianya. Sis pun suka kek lapis Cadbury yang menjadi salah satu best seller product.
Ternyata menggunakan kelebihan dan pengalaman Lebih 20 tahun dalam bidang penulisan keibu bapaan, nitasawal.com selesa menjadi sumber rujukan para ibu bapa yang mencari informasi membesarkan anak selain kongsi tip berkisar gaya hidup.
Teruja Belajar Penulisan SEO
Sejak tahun 2010 lagi penulis sebenarnya dah mula berblog sekadar untuk suka-suka saja. Daripada situlah barulah serius untuk belajar penulisan mengikut SEO (Search Engine Optimization) untuk mudah bagi menguasai kemahiran.
Bergurukan sahabat baiknya di USM, Azni yang juga pemilik blog modernmumthingy.com memperkenalkan betapa penting penulisan di blog mengikut skema SEO. Bukannya hanya menulis syok sendiri, itu hanya akan rugikan masa.
Malah berada dalam kelompok blogger hebat menulis mengikut SEO dan blog masing-masing mempunyai DR (Domain Rating) yang tinggi membuatkan terasa kagum dengan semangat mereka yang mahu bergelar SEO Writer Malaysia.
Namun itulah carannya dan ternyata apa yang dipelajari melalui cara penulisan SEO membuahkan hasil apabila carian mengenai cara kirim doa mustajab depån Kaabah menjadi carian pertama di page Google.
Sejujurnya tak mudah uituk bergelar penluis SEO kerana ia bukan skadar pandai menulis tetapi perlu famam bab teknikal bagi membolehkan artikel dihasilkan berada dalam keyword carian google.
Biarpun dirinya struggle bergelut bahagikan masa antara kerjaya tetap dan menulis blog, nitasawal berusaha untuk memberi yang informasi terbaik kerana menulis adalah jiwanya.
Doakan agar nitaswal mampu meletakkan dirinya sebaris dengan SEO writer hebat yang lain di Malaysia. Semangatnya juga sama dengan sis mahu bergelar SEO Writer Malaysia yang hebat satu hari nanti. Moga terus diberikan kekuatan untuk maintain menulis setiap hari.
Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info