Modernmumthingy sebut nama blog ni je pun sis dah membayangkan isi kandungan mesti sangat WOW. Mula diterbitkan pada 2009 untuk sekadar mengisi masa lapang tetapi kemudian jadi lebih serius penulisannya sekitar tahun 2016. Sejak itu idea untuk menulis terus mencurah-curah macam air mengalir.
Kata pemilik blog ini, ninijaafar dia melihat kehebatan dunia penulisan digital tanpa sempadan dan dek kerana itulah pula buat ‘comeback’ pada tahun 2016. Ternyata percaturan ini menjadi kerana blog Modernmumthingy.com kini ada follower tersendiri. Ramai ternanti-nantikan entri terbaru penulis yang cantik jelita ini.
Kenali Blogger Modernmumthingy.com
Siapa sangka dari sekadar menulis suka-suka kini, seronok menulis dan mahu Modernmumthingy.com dikenali sebagai SEO Writer dan bukan sekadar blogger semata-mata. Inilah yang menjadi matlamat utama penulis blog ini. Besar matlamatnya tetapi tidak mustahil untuk dicapai.
Minatnya untuk menerokai kehebatan dunia SEO yang dianggap masih baru di negara kita menjadikan empunya blog Modernmumthingy.com mahu membina kepakaran dengan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia yakin penulisan SEO Keyword ini mampu menjana pendapatan lebih lumayan sebagai passive income.
Menyentuh pengisian blog Modernmumthingy.com ini lebih menyentuh mengenai travel, pengurusan kewangan dan juga deko.
Minat yang mendapat dalam travel membuatkan blog ini sering jadi tumpuan warga maya. Kebanyakan tips travel dikongsi adalah original dan daripada pengalaman penulis sendiri. Inilah keistimewaan blog ini yang telah hampir 10 tahun bertatih dalam dunia blogging.
Menurutnya lagi koleksi info dan research kemudian diterjemahkan dalam kandungan blog untuk perkongsian kepada follower Modernmumthingy.
Kenali Juga : Wawa Azwa Curah Pengalaman 21 Tahun Menulis Sebagai Blogger
Suami Turut Sumbang Artikel Modernmumthingy.com
Untuk segmen bahagian travel pula, suami modernmumthingy juga turut menyumbang beberapa artikel berkaitan travel yang pernah hit dalam carian google.
Padu sekali gandingan suami isteri Modernmunthingy.com ini yang sangat memberi impak kepada beberapa entri mengenai travel. Nak tahu mengenai tips travel ke beberapa negara dilawati seperti Jepun, US, Australia bolehlah layari blog ini.
Selain entri travel, antara carian paling popular dan viral dalam blog Modenmumthingy ini di beberapa portal dan Facebook adalah perkongsian dalam journey TTC (trying to conceive) selama 8 tahun, entri 15 usaha yang dilakukukan untuk mendapatkan zuriat sangat-sangat hit.
Kandungan ini dianggap sebagai satu amal jariah untuk dikongsikan kepada umum dan sebagai penguat untuk orang yang senasib.
Atas respon yang sangat positif, modernmumthingy terus menghasilkan entri yang lebih bermanfaat untuk semua orang. Inilah harapan yang disandarkan pada blog yan sudah mempunyai follower tersendiri. Malah turut mendapat kepercayaan beberapa klien besar untuk bekerjasama dengannya.
Personaliti Gila & Happy Go Lucky
Mengenali penulis di sebalik blog Modernmumthingy ini sis sebenarnya dah kenal lebih dari 20 tahun. Modernmumthingy merupakan senior ketika kami sama-sama belajar di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan MassComm.
Dulu kami sering lepak bersama dengan beberapa geng MassComm lain. Jadi hubungan ini jadi lebih rapat kerana kami sering berkongsi cerita ketika di zaman bergelar student.
Diakui sepanjang mengenalinya, blogger ini memang seorang yang Gila, Sewel, Happy Go Lucky, Helpful dan baik hati. Mulutnya je laa sedikit bishing, tapi karektornya sangat menyenangkan sepanjang kitaorang berkawan.
Kenali Juga : Marina Bashah Jadi Part Time Blogger, Walau Gaji Lumayan Sebagai Engineer
Tapi bab tegas itu memang tak boleh nak lawan, sebab dengan sifat itulah geng-geng blogger berjaya dihimpumkan dalam satu Grup WA denga kendalian sifu SEO En Nazri untuk kami blogger yang baru berjinak-jinak ini belajar mengenali penulisan SEO.
Jangan tak percaya Modernmunthingy ini yang bekerja sepenuh masa dalam bidang IT sebagai UX Designer dengan syarikat R&D IT di Kuala Lumpur membre pendedeahan secara tidak langsung dengang ilmu ilmu-ilmu berkaitan IT, design, graphic, website dan project management.
Lulusan Master Dari UiTM
Rupanya pemilik Modernmumthingy juga mempunyai Master di UITM dalam bidang Visual Communication and New media .
Pengalaman luas membangunkan website dan sistem memberikan satu kelebihan kepada modernmumthingy untuk memahami teknikal SEO dengan lebih mendalam.
Setiap hari wajib membaca kandungan yang berkenaan SEO di mana-mana portal atau mempelajari di dalam channel youtube untuk meningkatkan kepahaman dalam bidang ini. Menjadi impiannya mahu bergelar SEO Writer Malaysia yang memberi input baik kepada pembaca di alam maya.
Sooo bagi sesiapa yang teringin untuk mengenal dengan lebih dekat blog Modernmumthingy.com ini rajin-rajin click untuk mengetahui tips terkini terutama berkaitan travel.
Layari juga page sitizurinatmatsaman.com untuk lebih info