Wawa Azwa Curah Pengalaman 21 Tahun Menulis Sebagai Blogger

Wawa Azwa nama glamer penulis blog wawaazwa.com yang pernah menggegarkan dunia kewartawanan. Mendapat pendidikan MassComm dari UiTM dengan pengkhususan Publishing, tetapi minat menulis lebih beri impak yang bagus.

Siapa tidak kenal pemilik nama sebenar Nurul Azwa Abu Bakar yang sis kenal sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab digalas sebagai seorang Editor.

Pantang kerja disiapkan last minute, apa yang sis kenal Sis Wawa sanggup berjaga malam (zaman mengejar deadline) untuk menyudahkan kerja suntingan sebelum lahirnya sebuah majalah lengkap. Tulisan rencananya penuh fakta, sedikit berbunga dan paling penting terkesan di jiwa pembaca.

wawa azwa

Kerja 21 Tahun Wawa Azwa Sebagai Wartawan

Jangan tak tahu, bukan sebarang majalah dapat sentuhan kreatif dan buah fikirannya. Rata-rata jualan majalah yang pernah diterajuinya sepanjang 21 tahun bergelumang dengan kerjaya seorang wartawan bernilai jutaan ringgit setiap bulan.

Korang mesti pernah dengar majalah Remaja. Majalah yang melahirkan ramai Dewi Remaja dan Hero Remaja antara majalah pertama yang pernah diterajuinya selama hampir 10 tahun setelah disuruh oleh arwah Bos Jalil (Alfatihah untuk arwah) Ketua Pengarang Kumpulan Karangkraf, untuk belajar menulis di sini sebelum beralih ke majalah lain.

Antaranya seperti Majalah Midi yang khas untuk mereka yang berusia 40an, Dara.com majalah Muslimah Trendy dan Majalah RASA yang banyak memperkenalkan Sis Wawa dengan ramai homebakers dan secara tidak langsung boleh improve skill masakan.

Mingguan Wanita Sentuhan Terakhir

Manakala Majalah Mingguan Wanita pula adalah majalah terakhir sis Wawa. Selain bertugas untuk menyediakan bahan-bahan penerbitan untuk majalah, sis Wawa juga turut menyumbang di website Mingguan Wanita. Dan daripada situ Sis Wawa mula belajar penulisan Digital melalui Word Press dan skill digunakan sehingga kini.

Sis Wawa juga pernah turut terkesan dengan pasca COVID19 lalu apabila perlu melepaskan jawatan sebagai Penolong Editor Minggu Wanita dek kerana wabak melanda satu dunia ini. Namun itu bukan penghalang Sis Wawa untuk menulis. Daripada sekadar mahu berkongsi skill penulisan yang sekian lama dipelajari, maka lahirkan blog wawaazwa.com.

Itupun setelah mendapat dorongan dari rakan sekerja tempat lama di Karangkraf, Mama Reen yang juga turut aktif menulis untuk blog sitizurinatmatsaman.com untuk terus berjinak-jinak dalam dunia blogging ini. Walaupun baru setahun berblogging dan cabarannya sentiasa ada. Cuma tidak begitu berat seperti kerja sebelumnya.

Bukan sekadar menulis biasa, tetapi wawaazwa.com lebih kepada penulisan SEO dan Keyword yang betul Sis Wawa menganggap blog kita sebagai ‘syarikat’ kita sendiri. Perlu dijaga dan berfikir bagaimana mahu jana income daripadanya.

wawa azwa

Belajar SEO Dunia Digital

Menjadi tugas kita sebagai blogger untuk menulis dengan lebih baik tapi melalui cara penulisan digital berSEO. Apabila blog kita semakin ramai yang masuk, barulah senang dapat kepercayaan klien untuk guna service yang ditawarkan.

Cuma dulu, bila kerja, kita tak kisah hal lain. Kerja masuk artikel je. Bila blog sendiri, macam-macam kena buat sendiri. Berbeza dulu klien yang akan cari kita. Sekarang, kita kenalah pandai-pandai buat rappo untuk cari klien. 

Dari segi penulisan, memang tak banyak beza. Cuma kena belajar santaikan lagi gaya Bahasa memandangkan blog adalah lebih santai. Bila santai, lebih ramai yang akan melayari blog kita itu.

Blog Wawaazwa.com Banyak Share Resepi

Kalau tinjau blog Sis Wawa, kebanyakannya Sis Wawa banyak share tentang resipi. Ini kerana bila dah full time di rumah, memang memasak je lah kerjanya. Selain itu, suami Sis Wawa juga pandai masak (malah lebih terror masak daripada wifenya ini). Jadi, mereka berdua banyak kongsi idea. 

Resipi yang kami share juga tak susah dan menu harian. Tapi, sis Wawa percaya, tiap orang ada cara masing-masing. Jadi bagi peminat resepi mudah, masakan kampung bolehlah jenguk-jenguk blog wawaazwa.com ini kerana banyak informasi menarik korang boleh dapat di sini.

Setelah setahun berblogging dan kenal dengan ramai blogger-blogger hebat, ia telah menukar pemikiran Sis Wawa. Rupanya rugi besar kalau hanya tulis blog ikut sedap rasa sendiri saja. Sedangkan ramai yang sudah menjana pendapatan lumayan hasil blogging! 

Ia membuka mata sis Wawa untuk lebih serius berblog dan mula menggali ilmu dengan rakan-rakan blogger lain. Doakan Sis Wawa untuk lebih aktif menulis. Selain blog wawaazwa.com, boleh follow sis Wawa di Ig (@wawaazwa185) dan tiktok wawaazwa185.

wawa azwa

Layari juga sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

Leave a Comment

error: Content is protected !!