Warna Ceria Koleksi Terbaru Hush PuppiesXLiunic| Pertama kali melihat koleksi terbaru Hush Puppies X Liunic mata terus menangkap gabungan warna warni yang mampu menyerlah penampilan seseorang. Sangat trendy dan memang jadi matlamat utamanya untuk menarik minat geng milenial dan GenZ memilikinya.
Sis tak nafikan, koleksi Hush Puppies kali ini dengan kerjasama artis Indonesia, Martcellia Liunic yang begitu terkenal dengan gaya rekaan unik dan bertenaga.
Warna Ceria Koleksi Hush Puppies X Liunic
Menyerlahkan kreativitinya berkarya, setiap koleksi Liunic ini tampil begitu mempesona dengan mainan warna ceria selain berkualiti dalam pelbagai aksesori seperti beg tangan, kasut dan juga pakaian.
Malah setiap design dengan kerjasama antara Hush Puppies dan Liunic ini begitu cukup menarik dengan gabungan lukisan seni, warna warni ceria sesuai dengan arus moden fesyen untuk menjadikan gaya si pemakai lebih menarik.
Dalam satu temubual di Indonesia, Martcellia Liunic yang juga seorang ilustrator memberitahu, setiap design ilustrasi yang dibuatnya menggambar kegembiraan jadi dia mahu sesiapa saja yang menggayakan atau melihatnya akan turut merasa bahagia.
Koleksi Hush Puppies X Liunic ini telah dilancarkan bersekali dengan pembukaan butik dengan konsep lebih segar dan baru di Mid Valley Megamall. Dalam majlis ini semua koleksi Liunic diperkenalkan pada media dan influencer yang juga turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik.
Salah satunya mesin tangkap barang yang biasanya ada di fun fair. Sis juga cuba nasib dan lepas tiga kali memcuba akhirnya tangkapan berbaloi kerana berjaya bawa pulang crossbody bag yang sangat cantik dan menarik.
Dalam majlis itu juga Daniel Ng, Pengurus Pemasaran Hush Puppies Footwear & Accessories, Malaysia, memberitahu sangat teruja untuk bekerjasama dengan Martcellia Liunic bagi memperkenalkan koleksi baharu yang menggembirakan.
Cara Dapatkan Koleksi Ini
Daniel percaya bahawa gaya tersendiri Liunic dan pendekatan kembara penuh warna warni ini sejajar dengan intipati Hush Puppies. Reka bentuk yang dihasilkan dijangka kasual, menyeronokkan, bertenaga dan selesa. Malah beliau yakin kedua-dua Hush Puppies dan pengikut Liunic boleh menggayakan koleksi ini dengan penuh semangat.
Bagi yang berminat untuk memiliki koleksi Hush Puppies x Liunic boleh dapatkan pembelian di lokasi runcit Hush Puppies dan dalam talian di laman web Hush Puppies (www.hushpuppies.my). Dengan pemberian GWP edisi terhad untuk setiap pembelian koleksi Hush Puppies X Liunic dan sementara stok masih ada.
Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info
bag tu keluaran pertama derang erk… walawey kemain meriah .