6 Sebab Taman Tugu Negara Lokasi Trek Sesuai Untuk ‘Beginner’ Kaki Hiking

Tugu Negara, antara monumen bersejarah yang telah lama dibina iaitu sejak tahun 1966 dan menjadi antara salah satu mercu tanda Kuala Lumpur.

Terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur menjadikan tugu negara yang setinggi 15 meter sering jadi pilihan pelancong untuk dilawati dek kerana keunikan monumen bersejarah ini.

Melihat tugu negara yang berdiri gah mengingatkan kita faktor pembinaannya kerana mahu memberi penghormatan kepada 11 ribu perajurit negara yang terkorban ketika perang dunia kedua dan ketika peristiwa darurat sekitar tahun 1940an.

Bercerita mengenai tugu negara, sis teringat ketika melakukan aktiviti riadah di sini. Jangan tak tahu berdekatan tugu negara yang memperlihat tujuh patung gangsa ini yang menjadi acra berkumpulan tertinggi di dunia terdapatnya Taman Tugu atau lebih popular dengan nama Taman Tugu Negara (disebabkan lokasi dekat dengan Tugu Negara).

Baca Juga: https://sitizurinamatsaman.com/10-tempat-menarik-di-penang-wajib-pergi/

tugu negara
Layan selfie memang best, banyak port menarik

Lokasi Taman Tugu Negara

Taman Tugu Negara ini yang terletak di bersebelahan bangunan Parlimen dan Taman Botani Kuala Lumpur menjadi taman rekreasi yang sentiasa padat dengan kehadiran pengunjung setiap hujung minggu. Sis nak beritahu kalau korang nak datang beriadah di sini kenalah datang seawal pagi.

Berkeluasan 66 ekar Taman Tugu merupakan salah satu projek inisiatif tanggungjawab sosial korporat bukan berasaskan keuntungan yang diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad bagi memelihara hutan sekunder daripada diceroboh pihak lain untuk tujuan komersial.

Taman Tugu ini sangat sesuai menjadi port untuk kaki hiking ‘beginner’ kerana trek yang lebih santai dan tidak membahayakan pengunjung. Ada dua trek di sini, trek satu kilometer dan trek kedua agak panjang sedikit, kira-kira 4 kilometer pergi dan balik.

Sis dah pergi kedua-dua trek. Tak puas trek pertama yang hanya sepanjang 1 km, sis dan rombongan adik pergi ke trek kedua. Kali ini kami perlu Q untuk masuk ke dalam trek disebabkan orang mula ramai mahu beriadah di sini. Ramai bawa anak-anak dan masing-masing teruja untuk hiking atau dengan kata lain berjalan santai menikmati kehijauan hutan semulajadi ini.

Treknya lebih santai dan sangat tenang berada dalam hutan di pinggir bandar kerana dari jauh masih boleh dengar sayup-sayup bunyi enjin kenderaan. Sangat mendamaikan halwa telinga.

Ada beberapa sport menarik untuk berhenti rehat sebelum teruskan perjalanan. Sambil menghirup udara segar, kita boleh mencuci mata melihat kehijauan flora dan fauna. Memang sangat rileks dan tenang perasaan itu bila masuk ke Taman Tugu ini.

Korang jangan risau jika sesat, kerana banyak petunjuk jalan yang boleh membawa korang ke destinasi seterusnya. Jangan lupa untuk rakamkan pelbagai posing menarik kerana ada spot menarik yang boleh dijadikan tempat selfie bersama rakan-rakan.

Taman Tugu Negara ini juga sebenarnya satu tempat untuk healing. Bayangkan kita cuba kosongkan fikiran dan mendaki di tengah-tengah kota metropolitan tanpa sebarang ganguan. Apabila korang keluar pasti akan rasa segala stress dialami bagai ditinggal di dalam taman tugu berdekata tugu negara ini. Tak percaya boleh cuba dan rasai sendiri pengalaman itu.

tugu negara
Boleh la untuk beginner kaki hiking

Daya Penarik Taman Tugu Negara

  1. Melihat tumbuhan flora dan fauna menghijau yang cukup mendamaikan. Confirm hilang stress bila hiking ke sini terutama bagi yang nak healing. Terdapat 4,000 pokok ditanam dan membabitkan lebih 230 pelbagai spesis hutan hujan tempatan.
  2. Kemudahan awam yang disediakan di dalam taman ini seperti tempat duduk, papan tanda elak sesat, trek yang selamat dan juga buaian untuk hilangkan penat seketika.
  3. Mesra kanak-kanak. Jadi bagi ibu bapa yang ada anak kecil, tidak perlu bersusah payah membawanya kerana trek tidak bahaya dan boleh duduk seketika dibangku atau buaian sebelum teruskan perjalanan.
  4. Pakai pakaian bersesuaian kerana ada beberapa port menarik untuk korang rakamkan gambar kenangan. Oh ye, pastikan juga bawak sembur penghalau serangga kerana boleh menganggu pendakian di sini nanti.
  5. Ada jualan fridge magnet, tshirt, beg, sabun dan beberapa barangan lain yang boleh kita beli di sini dan turut menyumbang kepada dana untuk kesejahteraan Taman Tugu ini juga.
  6. Kawasan hutan sekunder ini rupanya pernah jadi tapak kediaman pegawai Inggeris di zaman kolonial sebelum kawasan terbabit dijadikan kuarter. Korang juga boleh lihat peninggalan berkenaan seperti tapak rumah dan sisa tapak kediaman yang sudas dibaik pulih untuk dijadikan laluan pejalan kaki.

Cara Untuk Ke Sini

Untuk datang ke sini korang boleh menaiki sama ada kenderaan sendiri atau public transport. Jika kenderaan sendiri, ada kawasan parking di sediakan di bahagian dalam. Tetapi kena datang awal, jika tidak parking sahaja di tepi-tepi jalan atau tempat parking berdekatan restoran Kari Kepala Ikan D’Tugu.

Atau boleh juga parking kereta di Padang Merbok, tetapi korang kena berjalan 10-15 minit untuk ke Taman Tugu Negara ini. Kawasan parking ini lebih luas dan hujung minggu tiada bayaran di kenakan.

Jika naik public transport, korang boleh menaiki perkhidmatan train Komuter, Star, LRT atau MRT dari mana-mana station dan paling dekat Komuter di Bank Negara.

Jika naik LRT, korang boleh turun di Pasar Seni dan berjalan terus ke Taman Botani Kuala Lumpur Perlu berjalan kaki untuk ke sini atau tempah sahaja grab dari station berdekatan.

Ada pokok berusia lebih 100 tahun

Bayaran Masuk

Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini. Cuma pengunjung agak ramai, jadi korang kenalah datang awal kalau tidak mahu bersesak di trek di dalam. Ketika keluar, ada kedai cenderahati menjual barangan Taman Tugu ini, so korang boleh beli dan dikira sebagai penyumbang untuk dana taman rekreasi ini.

Oh ye, ada beberapa lagi tempat hiking yang korang boleh pergi tanpa dikenakan bayaran. Antaranya Setia Alam Trail atau Taman Rimba Kota Damansara.

Peta Untuk Ke Taman Tugu Di Tugu Negara

Alamat: 94-1, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Masa Beroperasi:  7am – 6.30pm 

Last  Entry: 5.45pm

Kena alert time in time out.

Tempat Menarik Sekitar Taman Tugu Negara

Dan alang-alan berada di kawasan sekitar, korang jangan lepaskan peluang untuk ke beberapa tempat menarik sekitar Taman Tugu Negara ini. Antaranya adalah seperti:

  • Tugu Negara
  • Taman Botanik Kuala Lumpur
  • Taman Burung
  • Masjid Negara
  • Planeterium Negara
  • Muzium Kesenian Islam
  • Memorial Tunku Abdul Rahman
  • Memorial Tunku Abdul Razak
  • Memorial Tun Hussein Onn
  • Dataran Merdeka
  • Muzium Tekstil Negara
Layan Dataran Merdeka

Untuk yang nak layan bandaraya Kuala Lumpur, korang boleh check in tempat menarik di Kuala Lumpur dan lihat beberapa lokasi terkini boleh dilawati. Salah satu lokasi best adalah Zoo Negara, di sini korang boleh bawak anak-anak untuk lebih mengenali spesis haiwan yang dijaga rapi oleh petugas Zoo Negara.

Tempat Makan Best Sekitar Tugu Negara

Oh ye, korang kena singgah beberapa port makan best bila sampai kat area Taman Tugu Negara ini. Antaranya adalah seperti:

1. Kari Kepala Ikan D’Tugu View

Kedai kari kepala ikan ini memang popular di kalangan mereka yang bekerja sekitar Kuala Lumpur. Hidangan kari kepala ikan yang boleh diminta mengikut size mengikut kehendak pelanggan. Harga berpatutan dan ada juga lauk-pauk lain yang boleh ditambah mengikut selera. Di buka setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 4 petang.

Alamat: Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

2. Hornbill Restaurant & Cafe

Antara kafe yang terdapat di sini adalah Hornbill Restaurant & Cafe yang terletak di Taman Burung. Jadi korang boleh menikmati hidangan sambil mendengar kicauan burung di sini. Hidangan popular di sini adalah Laksa Sarawak, Nasi Dagang dan juga mee Goreng Mamak. Jadi lepas korang penat jalan di sekitar Taman Burung, boleh singgah untuk melepaskan lelah di sini.

Alamat: Perdana Botanical Garden, KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

3. Nasi Lemak Tangling

Korang mesti pernah lepak makan sarapan pagi di sini. Sejak tahun 90an lagi Nasi Lemak Tangling cukup popular di kalangan penggemarnya. Paling famous memang Nasi Lemaknya dengan pelbagai lauk yang korang suka. Macam biasa kena datang awal kalau tak nak Q ye. Setiap pagi terutama weekend tempat ini memang sentiasa penuh. Maklumlah nasi lemak kan signature makanan Malaysia paling popular di kalangan pelancong luar.

Alamat: No 6 Jalan Cenderasari, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nasi Lemak Tangling

Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

Leave a Comment

error: Content is protected !!