Hiking Setia Alam Trail – Tips Untuk Beginner

Hiking Setia Alam Trail | Sebenarnya minat mendaki ini bermula secara tiba-tiba bila ada seorang member yang ajak join awal tahun 2020. Waktu PKP, jadi banyak masa dihabiskan dengan aktiviti outdoor menyihatkan.

Waktu itu sis saja-saja nak mencuba kerana nak tahu rasa keseronokan bila mendaki. Rupanya bila dah sekali hiking, kita jadi gian nak cuba lagi aktiviti extreme ini. Kalau tak dapat pergi, rasa macam tak lengkap gitu…

Sapa ada perasaan masa awal-awal mendaki sis follow Mek Nor dan Cikgu Nisak ke Bukit Botak, Puncak Alam. Waktu ini, rasa pancit di pertengahan mendaki hinggalah sampai hujung pendakian.

Artikel Lain: 30 Ilmu Hiking Sebelum Mendaki

Tempat Hiking Di Selangor

Tetapi rasa penat, giveup segera hilang bila kita dah sampai ke puncak atau aras utama pendakian. Selepas itu, sis cuba-cuba isi waktu senggang hujung minggu hiking tempat lain antara, Kota Damansara Community Forest, Tugu Negara Forest Trail, Bukit Rawang Bypass dan juga Setia Alam Community Trail.

Hujung minggu lalu, sis dapat balasan WA dari ke Nor yang ajak hiking ke Setia Alam (dekat dengan rumah dia). Sebenarnya ini kali kedua sis hiking kat sana. Masih terbayang hiking kali pertama hingga ke Tasik Cermin, waktu pergi memang bersemangat, tetapi bila one the way balik memang pancit.

Kali ini Mek Nor ajak lagi sis hiking Setia Alam Trail. Sis membayangkan situasi sama macam sis pergi dua tahun lalu.

Tetapi kali ini Mek kata sedikit berbeza. Katanya kita akan lalu laluan trek yang lebih santai dan tidak begitu mencabar sangat seperti dulu. Malah Kilometer juga hanya sekitar 7KM pergi dan balik.

Hiking di setia alam trail
Sebelum mula mendaki
Hiking di setia alam trail
View kawasan perumahan berdekatan
Hiking di setia alam trail
Peak Garden, dari situ rehat seketika sebelum turun

Dek kerana hujung minggu ini tiada aktiviti, sis sahut cabaran sambil mengharapkan kawasan hiking tidak seperti dulu.

Seawal pagi sis dah bangun dan usai Subuh terus gerak ke Setia Alam. Menurut Mek Nor, waktu sesuai nak hiking kena awal pagi supaya tak panas bila keluar hutan. Semangat dia lain maciam nak hiking Setia Alam Trail ini.

Artikel Lain: Sofea Jane Pilih Vege, Rahsia Cantik 53 Tahun

Hiking Setia Alam Trail

Menurutnya, kalau stress atau sekadar keluarkan peluh, dia memang akan pilih hiking di Setia Alam Trail ini. Katanya lagi, laluan best, tenang dan paling penting cepat naik dan cepatlah dia turun. Kadang-kadang dia layan seorang atau ditemani anak-anaknya.

Apabila sis dah mula mendaki selama hampir dua jam lebih, dari pukul 7.30 am hingga 10.30 am, patutlah sis dapat feel apa yang Mek Nor gambarkan hiking di sini. Ada beberapa faktor menarik kenapa ramai geng hiking pilih hiking Setia Alam Trail berbanding tempat lain.

Hiking di setia alam trail
Tarikan di Setia Alam Community Trail
Hiking di setia alam trail
Kawasan trek lebih luas
Lepas 2 jam lebih, selamat turun

Sis perhatikan mereka yang hiking Setia Alam Trail ini dikunjungi oleh pelbagai bangsa, ada Melayu, Cina dan India. Bukan itu saja, ada yang bawak anak, geng remaja, pertengahan usia dan juga warga emas (termasuk sis, makcik tua haha).

Best tengok gelagat masing-masing kelihatan cukup fit, bertenaga dan enjoy menikmati view hiking di Setia Alam Trail ini. Ada ditemani pasangan dan ada juga bersama rakan-rakan. So sis senaraikan ini sebabnya kenapa ramai suka hiking di Setia Alam Community Trail ini.

Artikel Lain: Bukit Gasing Untuk Beginner Baru Berjinak

Kelebihan Hiking Setia Alam Trail

1. Kawasan Parking Luas & Free

Pertama sekali, bestnya kat sini kawasan parking yang luas dan selesa. Sis agak boleh menempatkan lebih 100 kenderaan dalam satu-satu masa di sini. Jangan risau kalau yang jenis suka hiking lewat, parking sentiasa ada dan boleh pilih nak depan ke belakang. Mek Nor beritahu park kat depan sebab bila dah turun nanti kita penat dan nak cepat je ke kereta. Walaupun, keselamatan parking di bawah tanggung jawab sendiri (tiada guard), tetapi sebagai pengguna kita sendiri perlu pastikan kenderaan korang berkunci dengan baik.

Kawasan parking luas

2. Ada Signboard

Kita akan rasa lebih selamat bila masuk saja ke kawasan trek ada signboard yang disediakan pihak terbabit. Jadi, korang pasti tak akan sesat kerana di sini sebenarnya banyak pintu masuk. Cuma korang kena pastikan park kereta kat mana dan laluan mana perlu diikuti ketika hiking Setia Alam Trail ini.

3. Kawasan Hiking Yang Lebih Luas

Kawasan hutan simpan kekal ini sangat terpelihara kehijauannya. Malah kaki hiking akan rasa seronok melihat hutan dengan kehijauan flaura dan fauna. Sesekali korang akan dengar kicauan burung atau unggas yang bersahutan. Tiada rasa takut kerana korang pasti akan rasa gembira bersahabat dengan alam. Alhamdulillah setakat ini belum bertemu haiwan liar sepanjang melalui kawasan hiking di Setia Alam Trail ini.

4. Trek Yang Santai & Tidak Membahayakan

Oleh kerana sudah menjadi pilihan kaki hiking, jadi laluan trek akan dapat kita lihat dengan jelas sepanjang laluan ke atas terutama menuju ke Peak Garden. Dah namanya hiking, ada masa kita naik bukit, ada masa menurun (part ni best sebab tak rasa penat dan mengah). Laluan juga tidak ada banyak halangan kayu besar menghalang trek dan ada disediakan tali jika korang menuruni bukit.

Setia Alam Community Trail
Redup dan tenang

5. Lebih Rasa Tenang, Nyaman & Redup

Walaupun korang penat terpaksa hiking kira-kira 7KM, tetapi masuk dalam tu memang akan rasa lebih tenang, nyaman dengan suasana redup. Suasana terasa macam berada di kampung dengan cuaca yang redup dan tidak terlampau panas (sebab tu kena hiking awal pagi, supaya matahari tak tegak atas kepala. Bayangkan korang lalu kawasan panas, tiba-tiba masuk dalam hutan, terus rasa nyaman (feel ‘Peti Sejuk’ ni korang akan rasa sendiri bila melaluinya). Inilah keistimewaan bila hiking Setia Alam Trail ini.

6. Sesuai Untuk Beginner

Sebenarnya Setia Alam Community Forest Trail head ini juga sangat sesuai untuk beginner. Kot-kot ada yang pasang impian nak start hiking tahun 2023 ni. Why not, ini salah satu cara aktiviti lasak yang santai tetapi menyeronokkan. Kalau dah biasa, rasanya sejam je dah sampai ke Peak Garden, then turun dengan senang hati. Ada yang sis tengok geng-geng hiking lain siap berlari-lari naik dan turun (power betul energi diorang.

7. Komuniti Yang Mesra

Untuk yang beginner korang tak akan rasa kekok sebab setiap kali berselisih dengan kaki hiking lain sure diorang akan welcome sambil say Moning, Hello, Fighting atau Sikit Je Lagi. Ini seperti kata-kata motivasi atau pembakar semangat sebelum sampai puncak. Situasi ini buat kita rasa seronok dan kalau bertembung dengan mereka yang regular hiking, mesti akan kenal antara satu sama lain. Inilah antara sebab kenapa lokasi ini jadi tempat hiking Setia Alam Trail.

Setia Alam Community Trail
Signboard untuk bergambar

Apapun sisi nak ingatkan sebelum korang hiking, ada beberapa barangan yang perlu korang bawa. Tak perlu bawa beg besar kerana akan memberi beban pada bahu. Hanya bawak beg kecil saja untuk mengisi barangan penting.

Barangan Kena Bawa Bila Hiking

  • Tongkat
  • Spek Mata
  • Topi
  • Air Mineral
  • Snek ringan
  • Jam fitness
  • Tuala kecil
  • Minyak angin atau penghalau nyamuk

Sebenarnya banyak lagi tempat hiking lain yang korang boleh cuba terutama untuk beginner di sekitar Lembah Klang. Kebanyakan laluan treknya lebih santai dan tidak terlalu tinggi serta berbukit.

Korang boleh enjoy hilangkan stress (kalau yang bekerja) sambil menikmati pemandangan indah. Sis paling suka ketenangan bila masuk dalam forest, sejuk, cool dan hanya Tuhan yang tahu feelnya macam mana. Kadang-kadang rasa macam nak lelap mata seketika menghayati keindahan Tuhan Pencipta Alam

Bukit Untuk Hiking Di Shah Alam & KL

1. Bukit Broga, Semenyih

Terletak di bahagian Timur pekan Semenyih sejauh 4 kilometer menghaal ke Broga. Ketinggian bukit ini pula Hialeah 400 meter dari paras laut. Korang akan disajikan view yang sangat indah apabila dah sampai ke puncak. Berehat seketika sebelum turun semula.

View indah dari puncak Broga

2. Taman Eco Rimba, Bukit Nanas KL

Terletak dalam Hutan Simpan Bukit Nans da hanya 3 kilometer dari Pusat Bandaraya. Kat sini Masuk ada percuma. Paling best korag dapat rasai melalui jambatan gantung.

3. Bukit Jugra Trail, Kuala Langat Selangor

Dinasihatkan untuk sampai ke puncak jangan bawak kereta. Korang kena parking di bahagian bawah dan rasai sendiri pengalaman mendaki bukit dan nikmati keindahannya di atas nanti.

4. Bukit Gasing Hiking Trail, PJ

Sesuai dijadikan sebagai latihan tempat mendaki dan juga aktiviti senaman pagi. Terdapat banyak entrance sertã loop yang boleh dicuba dan rasai sendiri pengalaman meniti jambatan gantung yang ada di situ. Bukit Gasing trail ini ada banyak laluan, korang kena ingat kat mana tempat masuk dan keluar.

Setia Alam Community Trail
Jambatan gantung di Bukit Gasing Trail

5. Kota Damansara Community Forest

Turut dikenali dengan nama Denai Tiga Puteri dengan trek yang santai tetapi agak panjang. Apabila sampán di atas kita akan menyaksikan pemandangan highway utara dan selatan di sepanjang NKVE dengan bandar Kota Damansara di kejauhan. Cuma trail ini agak popular dan sering menjadi tumpuan pengunjung. Ia dibuka seawal jam 7.30 pagi.

Highway Utara Selatan kat bawah tu

6. Setia Alam Mirror Lake

Korang perlu melaui laluan lain untuk ke Setia Alam Mirror Lake atau Tasik Cermin dari Peak Garden. Walaupun sedikit jauh tetapi bila dah sampai, view tasik yang indah menanti. Boleh berehat seketika sambil layan nasi lemak dan air panas sebelum turun semula untuk balik. Tempat ini memang viral dan jadi tumpuan pengunjung hujung minggu. So diingatkan kalau boleh datang seawal pagi supaya tidak turun ketika matahari tegak di kepala. Kawasan ini juga jadi tarikan bagi yang hiking Setia Alam Trail ini.

Ada juga yang mandi di Mirror Lake

7. Bukit Rawang Bypass

Agak santai dan pendek treknnya. Tetapi sedikit berbatu untuk sampai ke puncak. Korang perlu lalu terowong dan mendaki tanga batuan sebelum sampli puncak. Dari atas akan nampak highway Rawang yang juga viral. Jangan risau ada tali disediakan sebelum sampai ke puncak.

Meniti tangga batuan berpasir sebelum sampai atas.

8. Bukit Kiara Waterfall Trail

Hanya berketinggian 250 meter dan sesuai untuk yang baru berjinak-jinak dengan sukan extreme ini. Kawasan parking yang luas dan selesa serta trek santai menjadikan Bukit Kiara sesuai jika membawa keluarga bersama. Menjadi salah satu tempat dalam bandar bagi mereka yang mahu lari dari kesesakan kota dan ke kawasan hutan menghijau. Jangan tak tau di sini ada pemandangan air terjun yang cantik

9. Taman Tugu Forest Trail

Trek untuk ke Taman Tugu Forest Trail yang agak santai bagi yang ingin bawa keluarga bersama. Pemandangan cukup indah dengan flora dan fauna yang mengasyikkan. Dibuka untuk orang awam, tetapi diingatkan datang awal kerana ramai pengunjung ambik kesempatan beriadah bersama keluarga di sini. Dibuka pada 2018 dan hanya perlu berjalan sejauh 4 kilometer pergi dan balik.

Lebih santai di Taman Tugu Trail

Ambil Data Pokok

Oh ye, sis teringat cerita seorang teman, Netty yang memberitahu makcik dia juga minat hiking. Dek kerana minat itu, dia akhirnya buat job ambil data pokok.

Melalui carian, kerja data pokok ini melaksanakan inventori pokok dengan mengambil data-data pokok seperti usia, saiz lilitan, ketinggian serta jenis spesies 

Macam menarik kerjaya ini, tapi tak sure detail macam mana. Maybe ambil gambar pokok dan beri pada pihak terbabit. Ini kira sambil menyelam minum air, income dapat dan sihat pun tetap ONZ.

Sis ada baca review sahabat blogger, dalam entri Gunung Banang yang terletak di Batu Pahat Johor. Macam teringin nak ke sana, jika dizinkan Allah dan diberi kesihatan yang baik. Mesti view cantik giler kan..

Artikel Lain: Layan Drama, Cara Terbaik Kawal Emosi ‘Burnout’

6 thoughts on “Hiking Setia Alam Trail – Tips Untuk Beginner”

Leave a Comment

error: Content is protected !!