8 Cara Nak Bersihkan Lala Elak Hanyir & Berpasir | Siapa je yang tak suka makan makanan seafood atau yang bercengkerang. Selain ketam (ini paling sedap), makanan seafood seperti kerang atau lala juga memang sedap untuk dimakan atau dibuat bakar untuk projek BBQ
Tetapi yang paling leceh adalah bab untuk membasuh sisa kotoran seperti pasir yang melekat pada bahagian kulitnya. Kalau tak kena gayanya kotoran ini akan menyebabkan sisa pasir tertinggal dalam masakan dimasak. Meh sis ajar korang cara nak bersihkan lala untuk elak hanyir dan berpasir.
Artikel Lain: Resepi Lala Goreng Simple, Rasa Macam Di Kedai
Bukan itu saja, ada kalanya juga, jika silap membersihkannya, lala atau kerang ini agak susah untuk dibuka dan menyukarkan untuk makan. Boleh spoil kalau nak makan tak boleh buka dan ada kalanya mencederakan jari.
Tetapi sebenarnya kalau korang nak tahu, ada teknik atau cara mudah untuk bersihkan makanan bercengkerang ini dengan menggunakan petua yang dikongsi di bawah ini.
Jika kena cara cuci lala ini pasti pasir dari lauk cengkerang ini akan keluar dan terbuka bila dimasak apa juga resepi yang korang suka.
Dan cara nak masak pula terpulang pada citarasa masing-masing. Ada yang suka masak berkuah, sambal atau pun pedas. Kalau sis pula suka lala goreng bercili guna cili besar yang ditumbuk dengan bahan sampingan lain.
Antara resepi yang paling sedap kalau masak lala adalah resepi lala goreng , resepi lala masak serai Che Nom, resepi lala masak serai Azie Kitchen, lala masak pedas Khairul Aming, resepi lala masak pedas ala Thai dan juga resepi lala Shiela Rusly.
Artikel Lain: Resepi Daging Goreng Kunyit Sedap & Simple
Petua Bersihkan Kerang & Senang Dibuka
Cara mudah nak bersihkan kerang ni, guna tepung dan lada kering. Insha’Allah mudah dan bersih.
- Kalau kerang masih ada selut, bersihkan dulu.
- Kemudian, rendam kerang dengan tepung gandum dan lada kering (guntingkan). Nanti kerang tu terbuka keluarkan kotoran yang kat dalam.
- Jika nak rebus, didihkan dulu air campur serai ketuk, bawang dihiris, lada kering gunting dan garam. Dah mendidih baru masukkan kerang.
- InsyaAllah cantik kejadian, kerang akan mudah terbuka.
Cara Nak Bersihkan Lala
Antara cara mudah nak bersihkan lala atau kepah merendamnya terlebih dahulu dengan cili kering atau cili burung. Cara nak bersihkan lala ini digunakan supaya semua pasir yang melekat di dalamnya akan habis keluar.
Manakala cara bersihkan lala frozen pula adalah dengan mengeluarkan lala dari bungkusan. Rendam di dalam air selama 10 minit.
Toskan air. Ulang cara ini sehingga tiada kelihatan kotoran seperti habuk-habuk hitam atau lumpur. Kemudian bolehlah dimasak seperti biasa. Inilah cara nak bersihkan lala paling mudah dan tak leceh.
Cara Hilangkan Hanyir Kerang & Lala
- Ada juga petua yang digunakan untuk hilangkan rasa hanyir kerang atau lala. Caranya adalah dengan merendam kerang bersama air yang dicampurkan dengang garam selama beberapa minit. Sebelum di cuci bersih.
- Korang juga boleh gunakan cara dengan mencampurkan limau nipis dalam air rendaman tersebut dan gosok kerang menggunakan buah lima nipis. Cara ini dapat hilangkan bau hanyir kerang.
- Selain itu, boleh juga gunakan beberapa batang serai. Tumbuk serai seringa hancur dan rendamkan kerang atau lala untuk 10 minit. Kemudian bolehlah ditoskan dan boleh dimasak seperti biasa.
- Kaedah lain cara untuk hilangkan bau hanyir lala atau kerang adalah dengan menggunakan bawang putih. Tumbuk bawang putih dan letakkan dalam rendaman kerang atau lala tadi.
Ekstra Info:
Cara Simpan Lala Dalam Peti Sejuk
Manakala untuk yang nak menyimpan lebihan lala dalam peti sejuk juga ada caranya. Ini adalah bagi mengelak lala supaya ‘tak mati’ dengan masukkan ke dalam bekas tuppwerware bertutup dan simpan di bahagian chiller sahaja.
Jangan sesekali masukkan ke dalam peti sejuk beku/freezer kerana nanti lala mati dan tak terbuka ketika nak memasaknya. Cara simpan lala dalam peti sejuk ini adalah bagi mereka yang nak masak lala dengan kadar segera. Misalnya korang beli dah petang dan akan masak keesokan harinya.
Artikel Lain: Resepi Chili Butter Creme Clam Two Son
Ooo cam gitu ya.. nanti kalau beli lala nak cuba ikut petua kak reen kongsi rendam lala dalam air ni.
jom kita masak lala…
Memang suka makan lala, sedap dan manis. Tak cukup semangkuk sebab isinya sikit.
kann sis..lagi2 yg fresh…