7 Cara Hilangkan Karang Gigi Dengan Mudah

7 Cara Hilangkan Karang Gigi Dengan Mudah | Korang perasan tak kalau kita Lepas makan akan kelihatan plak berwarna kuning yang ada dicelah-celah gigi. Jika situasi ini berlaku akan menyebabkan gigi nampak kotor dan seperti tidak dijaga dengan baik.

Sebenarnya kalau ikutkan memanglah kita digalakkan menggosok gigi dua kali sehari, tapi ada juga yang malas dek kerana merasakan sekali dah mencukupi. Keadaan inilah yang kadang-kadang menyebabkan masalah plak berwarna kuning dan sukar untuk dihilangkan begitu saja.

Artikel Lain: Cara Mudah Putihkan Gigi Kuning Guna Baking Soda

Menurut portal Myhealth plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekap pada permukaan gigi, lidah, gigi palsu dan tempat-tempat strategik seperti pinggiran tampalan, korona dan celah-celah gigi. Plak sering disalah tafsirkan sebagai sisa makanan yang melekat pada gigi.

Secara saintifik, plak gigi dikenali sekarang ini sebagai dental biofilm. Di dalam plak dianggarkan terdapat lebih dari 1000 spesis bakteria. Dengan peningkatan teknologi, lebih banyak spesis bakteria baru ditemui di dalam plak gigi.

7 Cara Hilangkan Karang Gig

Punca Utama Plak Gigi

Punca utama plak gigi adalah disebabkan bakteria. Walaupun ada sesetengah bakteri yang barkdan ada pula yang menumpuk pada permukaan gigi dan membentuk biofilem plak, selalunya di garis gusi.

Walaupun normal dan sudah dijangka, korang perlu mengelakkannya daripada bercampur dengan gula. Bakteria memakan gula lalu menghasilkan asid yang boleh menimbulkan masalah kepada mulut.

Jika tidak diatasi segera, masalah plak ini akan menyebabkan kerosakan gig dan juga masalah mulut berbau. Lagi akan menghilangkan keyakinan kala berdepan dengan orang lain. Bayangkan duduk di sebelah geng yang begini boleh menyesakkan nafas.

Namun begitu, orang jangan risau, selain mendapatkan rawatan di klinik gigi, korang juga boleh hilangkan masalah plak gigi ini dengan menggunakan cara semula jadi yang gerenti selamat dan jimat. Bahan yang digunakan ada je di dapur kerana kita sering gunakannya di rumah. Jom kita lihat cara nak hilangkan plak gigi atau cara untuk buang karang gigi ini. Ini rupanya 7 cara hilangkan karang gigi dengan cepat.

Artikel Lain: 8 Tips Awet Muda & Cantik Walau Usia Masuk 40an

7 Cara Hilangkan Karang Gigi Dengan Cepat

Guna Kulit Oren

Buah jenis sitrus ini sangat berguna menghapuskan plak kerana kandungan asid dimiliki. Caranya cuma amil kulit oren yang dikupas dan gosok terus pada gigi selama 2 atau 3 minit. Kemudian kumur dengan air suam dan digalakkan lakukan beberapa kali seminggu.

Jus Lemon

Jangan tak tahu, jus lemon juga cara nak hilangkan plak gigi dengan mudah. Asid dalam lemon bukan saja menghapuskan plak tetapi berupaya bantu putihkan gigi. Caranya celup berus gigi dalam jus lemon dan gosok gigi denga rata. Biarakan seketika sebelum membilasnya. Jangan buat selalu kerana jus lemon boleh sebabkan hakisan gigi. Guna jus lemon ini antara 7 cara nak hilangkan karang gigi dengan cepat.

7 Cara Hilangkan Karang Gig

Minyak Kelapa

Selain itu, minyak kelapa juga boleh menghapuskan plak gigi. Minyak ini menyerap kotoran dalam mulut dan mempunyai kesan antibakteria untuk menentang mikro arganisma yang membuat bahagian ini. Ratakan 1-2 sudu besar minyak kelapa dalam mulat dan biarkan selama 10-15 minit. Kemudian berkumur dengan air suam.

Guna Buah Tomato & Strawberry

Kedua-dua buah ini kaya dengen vitamin C. Gunakan buahan ini sebagai pilihan jika tidak mahu gunakan buah sitrus. Caranya potong kecil dan gosok pada gigi. Biarkan selama 5 minit sebelum kumur untuk bersihkannya. Ini antara cara buang plak gigi dengan mudah.

Bunga Cengkih

Rempah herba ini memang telah lama digunakan untuk redakan sakit gigi. Selain itu ia juga membantu membasmi kuman dalam mulut. Caranya kisar bunga cengkih dan campurkan dengan sedikit minyak zaitun. Letakkan campuran pada bahagian gigi yang mempunyai plak. Namun begitu, cara ini berkesan jika masalah plak bukan tahap peruk dan berjumpalah doktor untuk rawatan lanjut.

Rajin Gosok Gigi

Kenalah rajin gosok gigi dua kali sehari, iaitu pagi dan malam. Untuk memastikan kebersihannya, korang perlu rajin lakukan flos gigi setiap kali lepas menggosok gigi atau makan. Ini bagi mengelakkan sisi makanan terletak di gigi. Ada juga yang amalkan tabiat gosok gigi sebelum tidur. Ini juga antara 7 cara hilangkan karang gigi dengan lebih selamat.

Guna Pencuci Mulut (Mouthwash)

Ada juga yang menggunakan bantuan pencuci mulut setiap kali Lepas menggosok gigi. Kumur beberapa saat sebelum dibilas seperti biasa. Menggunakan pencuci mulut juga merasai kesegaran nafas dan elak berbau. Cara ini juga sebenarnya merupakan cara buang karang gigi dengan lebih selamat.

Cara Betul Guna Pencuci Mulut

Berkumur sekurang-kurangnya 30 saat. Bahan-bahan di dalam pencuci mulut berkenaan tidak akan berfungsi dengan baik jika anda berkumur kurang daripada 30 saat. 2. Pastikan anda tidak hanya berkumur menggunakan pencuci mulut sahaja, anda juga perlu menggosok gigi dan menggunakan flos.

7 Cara Hilangkan Karang Gig

Inilah 7 cara hilangkan karang gigi dengan mudah dengan hanya gunakan cara alami dengan lebih selamat dan menjimatkan. Tetapi kena ambil tahu juga rupanya masalah plak gigi jika tidak diatasi akan sebabkan penyakit.

Artikel Lain: 10 Pemutih Gigi Terbaik Dan Berkesan Di Farmasi 2023

Plak Gigi Sebabkan Penyakit

Plak gigi terjadi setiap masa. Ia boleh dibersihkan dengan penjagaan kesihatan mulut yang baik dengan:

  • Memberus gigi dua kali sekali, menggunakan berus gigi yang sesuai dan dengan cara yang berkesan.
  • Menggunakan flos dengan betul.
  • Menggunakan alat pembersihan tambahan yang disyorkan oleh doktor gigi seperti interdental brush  dan ubat kumuran.

Apabila plak gigi bertukar menjadi kalkulus (tartar), penskaleran adalah perlu dan hanya boleh dilakukan di klinik gigi oleh doktor gigi.

Oleh itu, lawatan ke doktor gigi secara berkala adalah cara paling baik untuk menghindar kerosakan yang boleh dilakukan oleh plak gigi dan kalkulus tersebut.

Artikel Lain: 9 Cara Putihkan Gigi Dengan Berkesan

5 thoughts on “7 Cara Hilangkan Karang Gigi Dengan Mudah”

Leave a Comment

error: Content is protected !!