Tempat Menarik Muar Waktu Malam, Best Layan Tanjung Emas & Uptown Maharani

Tempat Menarik Muar Waktu Malam, Layan Tanjung Emas & Uptown Maharani | Mengambil kesempatan cuti krismas tahun lalu sis sepakat dengan En Abah untuk bawa anak-anak shortvacay selatan tanah air.

Plan asalnya nak ke kawasan yang sedang membangun, Penggerang, tetapi disebabkan adik ipar tiada, so kami ubah plan. Janji dapat bercuti sejak #cikpahpiqa cuti tak sama

Setelah pikir punya pikir, janji ke selatan juga (disebabkan tempat lain alami hujan) jadi kami putuskan hanya ke Muar sebelum baliknya nanti boleh singgah ke Segamat rumah Cik Noor (paling suka datang sini, layanan superb dari tuan rumah). Tetapi sebelum itu kita layan dulu tempat menarik Muar waktu malam yang jarang diterokai.

Tempat Menarik Muar Waktu Malam

Artikel Lain: 10 Tempat Menarik Di Perlis Korang Wajib Pergi

Tetapi alang-alang dah ke selatan, kami panjangkan sikit langkah lagi untuk window shopping aka cuci mata di Johor Premium Outlet. Last sis pergi sini sekitar 15 tahun lalu, masa itu anak masih kecik-kecik. Dan memang ada beza dulu dan sekarang.

Tempat menarik Muar waktu malam

Pada pemerhatian sis, harga diskaun 15 tahun dulu jauh lebih murah berbanding sekarang. Kalau dulu sis masih ingat boleh dapat baju jenama mewah bawah RM100 tetapi kini harga macam bukan diskaun. Padahal kata harga jualan outlet, so mesti kita pikir murah kerana barangan banyak yang off season. Ini dah sama macam beli di butik biasa, tak berbaloi pergi jauh kalau harga bukan menjunam.

Cuma berbaloi kalau beli seluar jean Levi’s masih masuk akal harganya dan berbaloi beli di outlet store. Barangan lain, maybe boleh je beli di butik biasa tapi tunggu sale kaw-kaw. Dan bagi kita yang semata-mata ke JPO tak berbaloi sebab boleh je layan GPO kerana pengurusan yang sama. Lagi dekat, tempat sejuk sambil layan view indah di Genting Highland.

Tapi, kalau sebab korang nak ke JB atau kawasan sekitar, bolehlah cuci mata di sini. Cuma diingatkan bukan musim perayaan sebab orang ramai giler, terutama kalau nk cuci mata di kedai jenama mewah. Orang Q nak masuk, mungkin mereka ini masih belum terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Artikel Lain: 10 Port Nasi Kandar Terbaik Di Penang

Sis memang nasihatkan datang awal supaya jalan tak selisih bahu. Belum lagi nak makan di restoran yang ada, confirm kena Q. Sis tak beli apa-apa pun sebab harga sama lebih kurang macam di butik sekitar Mall di Shah Alam. Nama pun cuci mata je kan sambil layan brisk walking dengan budak-budak.

Layan Cuci Mata Di JPO

Hampir separuh hari di JPO, barulah kami menuju ke persinggahan seterusnya, Muar atau Muo bandar diraja. Muar juga dikenali dengan nama Bandar Maharani dan sekarang Muar juga terkenal dengan panggilan bandar Syed Saddiq. Sebut je Muar terbayang anak muda yang begitu bersemangat menjaga kemajuan jajahan di Muar ini.

Tempat menarik Muar waktu malam
Tempat menarik Muar waktu malam

Mendengar saja namanya yang sedikit klasik segera terbayang zaman ketika kita masih ditakluk penjajah. Muar sebenarnya adalah bandar keempat terbesar dalam negeri Johor dan antara bandar yang juga mempunyai tarikan tersendiri di mana kedudukan dua kawasan terpisah dengan sebatang sungai yang merentasi persisiran bandar Muar.

Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan Pagoh. Muar bersempadan dengan daerah Tangkak di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.

Muar kaya dengan sejarah tetapi disebabkan ketiadaan catatan sejarah yang sempurna dan bukti-bukti arkeologi, kebanyakan sejarah silam Muar tidak diketahui. Dipercayai sejarah Muar telah bermula lebih awal daripada Empayar Melaka.

Sis cuma check in di sini sehari semalam saja dengan cuba list senarai apa best di Muar. Hasil carian mendapati, Muar atau Muo ini sebenarnya syurga bagi food haunting. bagi mereka yang mahu mencari tempat sarapan best di Muar atau tempat makan tengahari di Muar dan tempat makan malam menarik di Muar, memang Muarlah tempatnya.

Tempat Makan Menarik Di Muar

Banyak tempat makan best yang korang boleh cuba di sini, antaranya seperti Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Gerai Asam Pedas Parit Jawa, Roti2u, Burger D’Raja Western Grill, Lempeng Perak Kambing Semalam, Mee Bandung Abu Bakar Hanipah, Restoran Murtabak JD Singapore, Muar Soup House Sdn Bhd, Sai Kee Kopi 434 Muar, Faris Kitchen dan R&H Sate Maharani

Tempat menarik Muar waktu malam

Tetapi bagi sis yang baru pertama kali datang ke Muar sis nak rekoman satu tempat yang korang tak menyesal untuk pergi. Kawasan yang sis maksudnya adalah Keindahan Malam di Tanjung Emas. jangan pulak pergi waktu siang, cubalah ke mari waktu malam dan rasai sendiri keajaiban dan keindahan Tanjung Emas. Inilah tempat menarik di Muar waktu malam untuk yang suka berjalan waktu begini. Lebih rileks dan santai.

Tanjung Emas ini sebenarnya adalah satu tempat rekreasi di muara sg muar untuk warganya membawa keluarga untuk beriadah. Tebing sungai di taman ini dihiasi dengan laluan siar kaki yang menyajikan pemandangan menarik Sungai Muar.

Tempat menarik Muar waktu malam
Tempat menarik Muar waktu malam

Google Maps:

Terdapat perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam yang bertolak dari taman ini untuk memberikan peluang kepada pelancong menikmati pandangan bandar Muar dari sungai. 

Kawasan ini seperti dataran yang besar dan luas tetapi diperindahkan dengan hiasan lampu LED yang menghidupkan suasana. Bagi penggemar fotografi, inilah tempat untuk menguji sejauh mana keberkesanan kamera korang time ambil gambar waktu malam.

Artikel Lain: Cara Masak Mee Bandung Muar Asli

Layan Selfie Di Tempat Menarik Muar Waktu Malam

Ada beberapa kawasan sport menarik untuk korang layan selfie. Sambil menyasikan ada peniaga yang menjual permainan belon sabun untuk pengunjung dan paling terus mestilah kana-kanak. Dengan hanya bayaran RM5, hampir 30 minit juga boleh bermain sabun wangi berkenaan. Inilah antara tempat menarik Muar waktu malam.

Tempat menarik Muar waktu malam
Tempat menarik Muar waktu malam
Tempat menarik Muar waktu malam

Bukan itu saja, turut disediakan motosikal elektronik untuk kana-kanak yang fefeling bawak kenderaan sendiri. Sis ta pasti harganya sebab Aiman hanya mampu melihat dek kerana sis tak layan kehendaknya. hampir sejam berada di sini leka menyaksikan keindahan lampu, kitaorang terus ke next destinasi.

Sebelum itu ketika pusing-pusing cari kedai makan best, kami macam nampak seperti ada uptown. So kali ini cuba pusing tempat sama dan memang ada uptown di bandar Muar. Parking agak mudah kerana boleh letak di bahagian tepi jalan ke ke kawasan uptown. rasanya uptown Maharani ini masih baru kerana tidak ramai penjual yang meniaga di kawasan ini.

Tempat berniaga tersusun dan selamat, tetapi pihak berwajib perlu banyakkan lagi peluang untuk berniaga di kawasan ini sebagai tarikan malam di Muar. Mungkin kalau Syed Syaddiq baca entri ini boleh cadangkan macan-macam lagi gerai menarik di kawasan Uptown ini.

Jangan samakan dengan uptown Shah Alam atau Setapak tetapi kalau betul-betul dimajukan, tak mustahil uptown Muar ini jadi tarikan best bagi mereka yang nak layan bandar Muo. Mungkin ini jadi sebahagian aktiviti malam yang menyeronokkan selain selfie di Tanjung Emas. Ini merupakan tempat menarik di Muar untuk bergambar. Memang tak menyesal datang sini kerana lokasi ini merupakan tempat menarik Muar waktu malam.

Tempat menarik Muar waktu malam
Tempat menarik Muar waktu malam
Tempat menarik Muar waktu malam

Sebenarnya banyak je tempat menarik yang boleh korang layan kalau datang Muar. Di sini sis senaraikan antara tarikan lain di Muo kalau-kalau ada yang nak bercuti di sini. Tapi sis nak ingatkan jangan bayangkan seperti korang pergi bercuti ke Penang, atau Ipoh, kerana Muar hanyalah daerah kecil belum dibangunkan sepenuhnya sebagai kawasan pelancongan.

Cuma persamaannya di Muar juga ada bangunan tinggalan sejarah yang masih dipertahankan., bak sis kata, Muar bandar seklasik namanya.Tapi kalau yang nak layan makan di sini memang ONZ. Paling popular semestinya yang dicari adalah Mee Bandung Muar dan minum kopi 434.

Tempat Menarik Di Muar Johor

1. Masjid Jamek Sultan Ibrahim

Antara masjid tertua di daerah Muar apatia dibina pada tahun 1925. Walaupun begitu, seni binanya masih kukuh dan menarik serta menjadi tarikan pelancong yang datang ke sini untuk menunaikan solat. Kalau pergi waktu malam pun best, kerana cahaya neon menjadikan masjid ini tempat menarik Muar waktu malam wajib pergi.

Tempat menarik Muar waktu malam

Google Maps:

2. Ladang Herba & Rempah Nusantara

Berkeluasan 3,200 hektar menempatkan kira-kira 150 species rempah dan herba dari seluruh dunia seperti Asia, Eropah dan Afrika. Sesiapa saja boleh datang ke sini secara peruca dan turut berpeluang makan di restoran Herba menawarkan pelbagai menu unik. Atau korang boleh juga mengenali pelbagai jenis pokok herba dan lakkan aktiviti seperti berkhemah, berkayak dan jungle trekking.

3. Street Art Muar

Apa yang menarik di Muar terutama untuk kaki selfie, boleh layan di sekitar bandar Muar kerana terdapat lebih 30 lukisan murah di celah lofrong dan penjuru jalan. Salah satu tarikan pelancong yang datang ke Muar. Pilih saja lukisan mana yang best dan korang boleh rakan momen indah di sini. Ada lukisan Boboiboy, Agent Ali, Frozen dan Minion yang dilukis di bangunan ini.

Kredit: FB Persatuan Bangsa Johor

4. Menara Jam Muar

Merupakan mercu tanda Muar terletak di Laman Maharani Padang Nyiru. Berkonsep seni bina Inggeris dan korang boleh lepak di sini sambil menyaksikan pemandangan sekitar yang indah.

5. Kolam Air Panas Sungai Gersik

Ditemui oleh Abd Rahman Irshad ketika awal penerokaan pada tahun 1911. Menjadi salah satu kawasan rekreasi ruang berendam berbumbung untuk kanak-kanak mandi manda. Kelengkapan lain terdapat sure, bilik mandi, rang persalinan , wakaf dan taman permainan menyeronokkan.

6. Umbrella Alley

Terletak berhampiran Majlis Perbandaran Muar dengan menyaksikan deretan payung berwarna-warni cantik tergantung di sini. Bersebelahan dengan mural yang dilukis anak-anak muda Muar yang kreatif. Agak tersorok dan kalau sesat cari saja bangunan MPM.

7. Gunung Ledang

Kalau sukakan filem Puteri Gunung Ledang pasti korang akan pasang impian untuk datang ke sini. Tempat rekreasi yang sangat ohsem sambil berkelah bersama keluarga. Jika mendaki sedikit ke atas, akan dapat lihat air terjun dengan bertemankan panorama indah kehijauan hutan menyegarkan. Untuk ke sini, cari jalan menghala ke Tangkak dan akan nampak nanti signboard Taman Rekreasi Air Terjun Gunung Ledang

Oh yer, dah alang-alang sampai Muar, apa kata korang lajak sikit ke Melaka untuk menikmati air markisa yang viral di sana. Dijual di Cafe Markisa yang terletak di Tasik Biru Jasin. Rasanya yang sedap, segar dan Cafe Markisa ini juga turut menjual pelbagai makanan lain seperti seafood dan western.

Artikel Lain: Hiking Setia Alam Trail – Tips Untuk Beginner

2 thoughts on “Tempat Menarik Muar Waktu Malam, Best Layan Tanjung Emas & Uptown Maharani”

Leave a Comment

error: Content is protected !!