10 Khasiat Daun Kesum, Bahan Utama Penyedap Laksa Lebih ‘Kaw’

Daun kesum atau nama saintifiknya polygonum minus adalah tumbuhan herba yang hidup meliar di kawasan lembap atau mempunyai aliran air. Dulu kat kampung selalu akan nampak daun kesum ini membiak subur di kawasan takungan air.

Jangan tak tau, daun kesum juga disebut daun cenohom atau rau ram di Vietnam merupakan tumbuhan herba dari Asia Tenggara. Kiranya dalam Asia Tenggara kesum memang sangat popular.

Kalau korang nak tahu juga daun kesum ini ada dua jenis iaitu menjalar dan menegak. Apa yang pasti pokok daun kesum ini antara tanaman herba yang senang untuk ditanam kalau kena caranya. Banyak rupanya kegunaan kesum yang kita tak tahu.

Malah ada juga yang keliru bagaimana rupa pokok kesum kerana sizenya kecil dan berdaun hijau seperti tumbuhan herba lain, daun pudina, daun ketumbar atau daun kari.

Kegunaan Daun Kesum

Daun kesum ni sebenarnya sangat popular dalam penyediaaan masakan laksa atau asam pedas.  Ibaratnya kalau tiada daun kesum ini alamatnya rasa macam tak sedap dan tak lengkap hidangan popular ini.

Ada juga resepi lain menggunakan daun kesum antaranya seperti ayam sambal daum kesum, asam pedas pari daun kesum, atau ayam lemak cili padi daun kesum sebagai penambah perisa sajian dimasak.

Oh yer, ada kalanya kalau tak jumpa cari daun kesum, boleh jugak masak tanpa gunakan daun hijau ini. Misalnya sis pernah jugak masak asam pedas tanpa daun kesum.

Caranya cukup mudah dan rasanya juga sedap. Kalau korang nak cuba, boleh buat resepi asam pedas simple tapi sedap ini dan lepas tu jatuh cinta berkali-kali dengan masakan ini.

daun kesum
Saiz daun kesum kecil tapi merimbun.

Khasiat Pokok Kesum

Dalam satu artikel dikeluarkan pihak Universiti Kebangsaan Malaysia, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Ir. Dato’ Dr. Abdul Wahab Mohammad memberitahu daun kesum yang mentah atau telah dimasak telah digunakan dalam rawatan untuk masalah pencernaan, manakala rebusan dan minyak dan boleh mengatasi masalah kelemumur.

Selain itu daun kesum juga mempunyai beberapa ciri yang baik dan banyak berkhasiat kerana tumbhan herba ini kaya dengen antioksidan dan memiliki sifat-sifat antimikrob, anti keradangan, anti kedutan, meningkatkan daya ingatan dan mempunyai pelbagai manfaat lain yang boleh dibuktikan secara saintifik dan penyelidik di Malaysia.

Rasa Kesum Mentah

Korang tahu tak ada juga yang makan daun kesum ini begitu saja seperti ulam dek kerana khasiatnya yang tersendiri. Rasanya tak pahit, tak kelat tapi ada sedikit pedas-pedas herba yang memang sedap kalau dibuat ulaman.

Nak lagi kick menikmatinya, wajib makan kesum mentah ini yang segar yang korang petik sendiri dari pokoknya dengan paduan sambal belacan dan budu.

Khasiat Daun Kesum 

Sis senaraikan antara 13 khasiat dan kelebihan kesum yang ramai tak tahu. Sama ada untuk kesihatan dan kecantikan, walaupun saiz daun kesum ini kecil tetapi kaya dengan manfaatnya yang tersendiri.

1. Kuatkan daya penglihatan

2. Atasi masalah kembung atau ketidak hadaman

3. Mengatasi Masalah keputihan. Minum air rebus atau makan begitu saja.

4. Berfungsi harumkan badan

5. Baik untuk wanita lepas bersalin, caranya minum air rebusan daun kesum

6. Hilangkan panau. Caranya ambik sedikit kesum dengan minyak tanah. Gosok pada bahagian panau setiap hari hingga sembuh.

7. Makan daun kesum sebagai ulam untuk kekal awet muda

8. Boleh rangsang dan lawaskan pembuangan air kecil dan air besar

9. Boleh legakan masalah batu karang

10. Atasi kelemumur. Caranya tumbuk lumat kesum, tapis dan ambik patinya. Campur sedikit air dan gosok perlahan-lahan pada kulit kepala selama 5 minit.

Cara Tanam Pokok Kesum Di Rumah

Oleh kerana tumbuhan herba ini jenis merimbun dan tumbuh segar ramai sebenarnya yang cuba untuk menanamnya di rumah. Sis pun pernah la beberapa kali tanam dan beli lain tapi hasilnya memang mendukacitakan.

Tak dinafikan kalau salah tanam, memang tak menjadi dan daun kesum akan mati kering begitu sahaja. Namun begitu korang jangan pulak rasa putus asa nak tanam pokok daun kesum ini.

Ada cara untuk pastikan tumbuhan herba ini ditanam subur dan merimbun. Dalam satu perkongsian Norazila Abdul Hamid memberitahu  cara mudah tanam pokok kesum di rumah.

  1. Beli daun kesum berbatang dan berdaun lebar.
  2. Tinggalkan 1,2 daun sahaja dan yang lain boleh gunakan untuk dimasak.
  3. Rendam batang kesum dalam air sehingga keluar akar. Biar sampai keluar akar dulu sebelum pindah ke pasu.
  4. Pindah terus pokok kesum ke pasu dengan menggunakan medium tanah hitam yang baik pengaliran airnya.
  5. Paling penting jangan lupa siram pagi dan petang dan pastikan tanah sentiasa lembap.
daun kesum

Tip Penjagaan Kesum

Bagi mereka yang ingin menanam kesum, perlu tahu beberapa tip penjagaanya. Ini kerana pokok ini tak boleh terdedah dengan cuaca panas direct dan tak boleh juga kalau tak dapat cahaya matahari langsung. Ada beberapa tip untuk penjagaan pokok kesum ini.

  1. Kalau korang nak tau pokok ini jarang diserang penyakit. Da kalau nampak pokok kesum ditanam berlubang tak payah risau sebab sebenarnya boleh tarik serangga lain. Maksudnya kalau korang tanam pokok cili sebelah, serangga akan pilih duduk di pokok kesum sebelum ke pokok lain.
  2. Tapi kalau korang nampak daunnya dah mula dimakan ulat, korang boleh semburkan racun serangga. Kalau daunnya dah cantik menghijau, tak payahlah kita meracun. Rosak pulak pokok kesum tu nanti.
  3. Untuk penjagaan, korang kena siram sekali sehari. Tapi kalau cuaca kering kenalah siram dua kali sehari.
  4. Manakala bab baja pulak, korang kena pilih letak baja organik macam tahi ayam atau kompos sebulan sekali tapi kadarnya hanya segenggam.
  5. Kesum juga suka tinggal dalam air, contohnya kalau tanam dalam parit dan hidup subur dan merimbun. Ini jenis kesum kecik dan kesum yang jenis besar pula memang cantik kalau korang tanam atas tanah atau pasu.
  6. Kesum yang ditanam dalam pasu ini melalui awal keratan dan siraman yang konsisten setiap hari. Ini kerana pokok tidak mengalami perubahan mendadak dari seri pencahayaan dan kawasan sekitar.
  7. Jika kita tahu cara menanam daun kesum yang betul, silap-silap boleh jadikan kesum sebagai salah satu sayuran untuk dijual di kawasan kejiranan. Korang boleh iklankan melalui Persatuan Suri Rumah Malaysia untuk jualan.

Cara Simpan Kesum Kekal Segar

Selalunya cara nak dapat atau beli daun kesum ini di pasar atau kedai runcit berhampiran. Tapi kesum ini dijual pada dalam kuantiti banyak. Dan kita hanya gunakan beberapa batang atau helai saja untuk masakan.

Soo lebihan daunnya ini korang jangan buang atau biarkan kering begitu saja. Ada cara untuk simpan dan kekalkan kesegaran lebihannya.

Cara simpan kesum paling mudah adalah dengan meletakkan lebihan dalam bekas minuman dan masukkan air tapir dan tutup kemas.

Kemudian simpan dalam peti sejuk dan bila nak guna baru buka penutup minuman tadi dan ambil. Kalau air jadi keruh, korang boleh tukar air dalam bekas minuman tadi dan pastikan hanya setengah saja.

Lagi satu caranya korang ambik bekas tupperware dan lapik kitchen towel. Basahkan dengan air sikit dan biar nampak lembap.

Masukkan kesum atau apa-apa lebihan daun herba lain dan kemudian cover balik atas dengan kitchen towel lembap juga. Tutup dan kemudian boleh simpan salam peti sejuk macam biasa. Bila korang nak guna baru ambik.

Kenapa Kesum Penting Dalam Laksa

Salah satu bahan utama dalam resepi buat kuah laksa adalah perlu ada kesum. Penggunaan tumbuhan herba berdaun hijau ini sangat penting dan tidak asing lagi dalam masakan Melayu.

Daun kesum bertindak sebagai penambah rasa dan aroma kepada kuah laksa yang diperbuat daripada rebus ikan dan campuran bahan lain. Oleh sebab itu tidak hairanlan kesum bertindak sebagai penambah atau membangkitkan rasa sesuatu makanan.

Jadi bukan laksa namanya kalau tidak ada daun kesum dalam pembuatan kuahnya. Baunya yang harum dan lazat ini mampu memikat selera untuk menikmatinya.

Lagi-lagi kalau perut tengah lapar. Sis paling suka laksa daun kesum dimasak sahabat sis Wani dan juga Zaitun sebab kedua-duanya orang utagha dan memang power sediakan laksa ni. Tunggu mood diorang okay nanti boleh rasa keenakan laksa utara.

Oh ye, sebut pasal laksa ini, ada member sis buat tanpa guna belacan (selalunya bahan wajib jadikan kuah laksa sedap). Katanya rasa sama macam laksa resepi asal. Kalau korang tak percaya boleh cuba buat Laksa Tanpa Belacan ini.

Atau korang juga boleh cuba buat pelbagai resepi guna daun kesum yang boleh dimasak untuk sajian makan tengahari. Makan dengan nasi panas memang terangkat kaw-kaw punya.

daun kesum
Wajib letak daun kesum.

Harga Daun Kesum

PASARAYA PILIHANHARGA / GM
SHOPEERM2.00 (50GM)
LAZADARM2.00 (50GM)
LOTUSSRM1.39 (50GM)
EAZY MARTRM3.50 (100GM)
JAYA GROCERRM0.80 (25GM)
PG MALLRM5.50 (PER PRODUK)
JAYA INDAH GROCERRM0.50 (50GM)
VILLAGE GROCERRM1.04 (50GM)

Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

Leave a Comment

error: Content is protected !!