6 Resepi Guna Daun Kesum Paling Simple Dan Memang Sedap

Resepi Guna Daun Kesum | Sebut je daun kesum memang sinonim dengan pembuatan laksa. Daun kesum jadi salah satu bahan utama penyedap kuah laksa yang mana hidangan ini memang kegemaran ramai. Daun kesum menjadi penambah perisa.

Selain bahan utama dalam resepi laksa terutama kuahnya, daun kesum juga digunakan untuk pelbagai lagi resepi masakan lain. Kalau korang nak tahu ada beberapa resepi paling sedap jika menggunakan bahan herba ini.

resepi guna daun kesum

Daun Kesum In English

Oleh sebab itu daun kesum juga merupakan tumbuhan herba yang tidak asing dalam masyarakat Melayu yang bertindak sebagai penambah rasa dan aroma kepada masakan.

Lagi fakta menarik mengenainya daun kesum in english disebut sebagai Vietnamese Coriander atau Vietnamese Mint. Daun bersaiz kecil ini juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.

Cara Simpan Daun Kesum

Sis nak kongsi beberapa resepi guna daun kesum yang sangat popular dan mudah untuk mendapatkannya. Oh ye sis nak pesan, kalau daun digunakan tak habis, korang boleh simpan untuk kekal segar dalam peti sejuk.

Jangan biarkan daun kesum sampai kering sebab dah tak boleh digunakan lagi. Kata orang dah hilang bau dan aromanya dalam masakan.

Biasanya daun kesum ni memang bahan wajib kalau nak masak laksa atau asam pedas. Yang nak try boleh cuba Resepi Asam Pedas Ikan Pari Meletop ini. Dan ada beberapa resepi yang sis nak share di sini.

Tapi korang jangan silap pilih daun kesum dengan daun ketumbar atau biji ketumbar. Ini semua adalah bahan yang berbeza sebab daun ketumbar lebih popular dalam penggunaan tom yam. dan biji ketumbar pula lebih sedap digunakan untuk menggoreng ayam berempah.

Simpan dalam bekas minuman untuk kekal segar.

6 Resepi Guna Daun Kesum

1. Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-Bahan :

  • 2 potong ikan pari (dipotong kecil seperti gambar dibawah)
  • 5 tangkai kesum (dibersihkan dan ambil daunnya)
  • 2 batang bunga kantan (dibelah 4)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 10 batang bendi (dipotong 2)
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 2 senduk cili kering (yang telah dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula melaka
  • Sedikit air limau nipis
  • Sedikit air
  • Garam secukupnya

Cara Memasak:

  1. Potong ikan pari seperti saiz diatas dan lumurkan dengan air limau nipis kemudian cuci bersih dan toskan. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian masukan cili kering goreng hingga garing, kemudian masukkan bawang putih, bawang merah, halia, dan serbuk kunyit dan kacau hingga garing, masukan pes asam jawa bersama air dan biarkan ia mendidih hingga menggelegak kacau pelahan hingga pecah minyak.
  3. Lepas tu masukan ikan pari, bendi, daun kesum, bunga kantan, serai garam, gula, air limau nipis dan kacau perlahan dan biarkan hingga mendidih seketika.
  4. Dengan menggunakan api perlahan kacau pelahan hingga sayur kelihatan layu atau sayur telah lembut. 
resepi guna daun kesum

2. Ayam Sambal

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam
  • Sedikit kunyit 
  • Garam
  • 1 cawan minyak masak
  • 10 biji cili merah – kisar
  • 5 biji cili api – kisar
  • 10 biji bawang merah – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • ½ inci halia – kisar
  • 5 tangkai kesum
  • 1 sudu makan jus limau kesturi 
  • 1 labu bawang besar (dihiris kasar)

Cara Memasak:

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. 
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Gorengkan ayam sehingga masak sahaja (tidak garing). Angkat dan ketepikan.
  3. Asingkan separuh minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan daun kesum, jus limau kesturi, dan garam. Kacau sehingga pekat sedikit dan pecah minyak
  5. Masukkan ayam dan bawang besar. Gaul rata sebelum diangkat.

3. Ayam Masak Lemak Kuning Cili Padi

Bahan-Bahan:

  • 1 kg ayam – potong kecil
  • 15 biji cili api – kisar
  • 3 biji bawang merah – kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • 1 inci kunyit hidup – kisar
  • 1 cawan santan pekat
  • 5 tangkai kacang panjang – potong pendek
  • 2 keping asam gelugur
  • 10 tangkai kesum
  • Garam dan bahan perasa
  • Sedikit minyak

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi
  2. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam sebati.
  3. Masukkan santan pekat, kacang panjang, asam gelugur, daun kesum dan garam
  4. Masak hingga mendidih dan pecah minyak
  5. Sedia untuk dihidang.

4. Resepi Ikan Kembung Masak Asam

Bahan-Bahan:

  • 4-5 ekor ikan kembung
  • 1/2 biji betik myda
  • 1 batang serai – titik
  • 4-5 tangkai daun kesum
  • 2 keping asam keeping
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak 

Bahan Untuk Kisar:

  • 2 Ulas bawang
  • 3 biji bawan merah
  • 1 inci kunyit
  • Sedikit cili merah / cili padi
  • Sedikit belacam – optional
  • Sedikit air

Cara Memasak:

  1. Tuang semua bahan kisar dalam periuk letak air ikut suka.
  2. Masak hingga mendidih dan boleh tambah air kalau nak lebih kuah
  3. Masukkan betik muda, serai, daun kesum dan asam keping
  4. Akhir sekali masukkan ikan kembung. Rebus hingga masak. Letak garam dan serbuk perasa secukupnya.

Tips: 

Boleh ganti betik dengen nenas. Begitu juga kunyit hidup, boleh ganti dengan kunyit serbuk.

5. Resepi Ayam Berlada

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 5 biji cili merah besar
  • 10 biji cili padi merah dan hijau
  • 5 biji bawang metan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • Beberapa tangkai daun kesum
  • Sedikit sos tiram
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak

Cara Memasak:

  1. Goreng ayam hingga garing san asingkan.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau
  3. Masukkan sos tiram dan gaul rata
  4. Masukkan ayam dan gaul lagi. Perisakan dengan garam dan parasa secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan daun kesum dan kacau lagi hingga rata.

6. Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Bahan-Bahan:

  • Beberapa ekor ikan cencaru
  • 5 biji bawang merah – kisar
  • 1/2 biji bawang holland – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • Sedikit cili kisar
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu makan asam jawa
  • Sedikit garam
  • Sedikit manisan gula Melaka
  • Air secukupnya

Bahan Potong Dadu:

  • 4 biji bawang metan
  • 1/2 biji bawang holland
  • 3 biji tomato
  • Daun kesum – leraikan daun & tak perlu hipis

Cara Memasak:

  1. Bersihkan ikan dan belah dua bahagian atas. Ketepikan
  2. Satukan bahan kisar dengan bahan potong dadu. Sesuaikan rasa masin dan manisnya.
  3. Ambil ikan dan sumbat sambal di bahagian perut. Kemudian di bahagian tulang ikan. Perap seketika.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga ikan masak. Angkat dan hidangkan.

Layari juga page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

2 thoughts on “6 Resepi Guna Daun Kesum Paling Simple Dan Memang Sedap”

Leave a Comment

error: Content is protected !!