Kelebihan Puasa Bulan Rejab & Kejar Syafaatnya | Bermula masuknya waktu Maghrib tadi bermakna kita semua sudah memasuki bulan Rejab. Lagi dua bulan sebelum menjelangnya bulan Ramadan nan mulia. Perjalanan menuju Ramadan itu telah bermula sebaik memasuki Bulan Rejab pada 1444H ini.
Sis bukan saja seronok menanti Rejab kerana mahu mengejar segala keberkatan dua bulan sebelum hadirnya Ramadan, tetapi inilahnya masanya untuk melakukan seberapa banyak amal ibadah dan mengumpul pahala.
Keistimewaan Bulan Rejab
Keistmewaan bulan Rejab ini juga adalah merupakan salah satu daripada bulan Haram selain bukan Zulkaedah, Zulhijjrah, Muharam dan Rejab. Bulan haram ini hormat dalam agama Nabi Ibrahim A.S dan orang Arab memuliakan bulan ini dengan tidak dibenarkan untuk berperang.
Masyarakat Arab sangat memuliakan bulan haram sekalipun dalam kehidupan mereka dipenuhi dengan kebodohan dalam penyembahan berhala. Mereka juga melarang sama sekali daripada berperang dalam bulan tersebut.
Tatkala Islam datang, Islam masih lagi memuliakan bulan Haram dengan diberikan pahala yang besar bagi orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat, tetapi Islam memansuhkan peperangan dalam bulan ini melalui firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 9.
Artikel Lain: Tips Bahagia Dengan Pasangan, Kuncinya Kena Jujur!
Peristiwa Bulan Rejab
Bulan Rejab yang merupakan bulan ketujuh dalam bulan islam kerana berlakunya peristiwa penting iaitu Israj Mikraj. Jadi tidak hairanlah kita sangat digalakkan menghidupkan bulan istimewa ini dengan mempertingkatkan amal ibadah.
1. Peristiwa Israk Mikraj
Perisriwa di mana menyaksikan perjalanan Baginda Rasulullah SAW dari Mekkah ke Baitul Maqdis di waktu malam di waktu malam dan ketika itu juga sekali lagi dibelahnya dada Baginda Rasul S.A.W. Kemudian diangkatnya Baginda Rasul ke langit bertemu Allah, dan Allah telah memerintahkan kewajipan ibadah solat 5 waktu kepada umat Baginda Rasul.
2. Penghijrahan Pertama Ke Habsyah
Akibat ditekan oleh Musyrikin Makkah, para Sahabat mengadu kepada Baginda Rasulullah S.A.W, lalu Baginda Rasul menyarankan umat Islam berhijrah buat kali pertama ke Wilayah Habsyah walaupun Raja Habsyah ketika itu bukanlah seorang Muslim, namun Raja Habsyah seorang yang baik dan menjamin keselamatan orang Islam.
3. Peperangan Tabuk
Berlaku pada tahun 9 Hijrah, dan tiada pertempuran apabila tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan serta kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi sebarang kesukaran, menempuh musim panas, terik, serta lokasi Tabuk yang sangat jauh (di antara Hijjaz dan Syam).
4. Imam Syafie Meninggal Dunia
Beliau merupakan salah seorang dari empat imam mazhab besar dalam dunia feqah dan pengasas kepada Mazhab Syafie. Beliau berasal dari Gaza dan dilahirkan juga pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan tahun pemergian Imam Abu Hanifah.
5. Pembebasan Kedua Baitul Maqdis
Tentera Islam yang dipimpin oleh Solahuddin Al-Ayubi telah Berjaya menawan kembali Baitul Maqdis kali kedua (583 Hijrah) menewaskan tentera Salib yang menjajah kawasan tersebut selepas pembukaan pertama oleh Saidina Umar Al-Khattab R.A.
Artikel Lain: Cara Zikir Rasulullah Hadiah Dari Allah
Syafaat Bulan Rejab
Menurut Ustaz Mohd Fakhrurrazi Hussin atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Fakhrul memberitahu tiada satu hadis khusus yang sahih menceritakan tentang kelebihan pada bulan Rejab atau malam-malam tertentu bulan itu serta amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan berkenaan.
“Yang ada kelebihannya adalah bulan Rejab merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Bulan-bulan haram ini adalah Zulhijah, Zulkaedah, Muharam dan juga Rejab.
“Ia adalah salah satu bulan-bulan haram yang ada kelebihan dan kemuliaan di sisi ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Islam.
Menurutnya memang para alim ulama sangat menggalakkan dan menekankan kepada kita. Kita perlu perbanyakkan amalan pada bulan Rejab supaya ia menjadi latihan terbaik sebelum masuknya bulan Ramadan.
“Rasulullah SAW sendiri pun memperbanyakkan amalan, khususnya bila masuk pada bulan Syaaban. Jom latih untuk masuk bulan Ramadan. Memperbanyakkan amalan tiada masalah tapi kalau kita nak mengkhususkan satu ibadah atau satu amalan khusus pada bulan Rejab atau pada malam-malam tertentu, ia tiada dalam hadis Rasulullah SAW yang sahih.” katanya lagi.
Kelebihan Puasa Bulan Rejab
Salah satu amalan yang bak dilakukan adalah dengab melakukan puasa sunat sepanjang bulan Rejab. Tarikh untuk tahun ini adalah pada 1 Rejab 1444H bersamaan dengan hari Isnin 23 Januari 2023. Ini adalah besarakan tarikh yang dikeluarkan Jakim.
Lafaz Niat Puasa Rejab
Nawaitu Sauma Ghidin Fii Syahri Rajabi Sunnatan Lillahi Taala
Maksudnya: Sahaja Aku Berpuasa Sunat Esok Hari Dalam Bulan Rejab Kerana Allah Taala
Walau bagaimanapun tiada hujah serta hadis sahih yang mengkhususkan umat Islam berpuasa sunat di Bulan Rejab. Tiada kelebihan puasa bulan rejab ini tetapi sangat digalakkan untuk mempertingkatkan amal ibadah sebelum menjelangnya Ramadan.
Namun begitu, sebahagian pendapat ulama memberi saranan kepada umat Islam agar memperbanyakkan puasa sunat pada seluruh bulan haram tanpa kudus di bulan Rejab saja. Jadi kita perlu mengambil yang baik-baik untuk memperntingkatkan amal ibadah.
Amalan Bulan Rejab
Antara amalan yang dituntut untuk dilakukan sepanjang bulan Rejab bagi mempertingkat ketaqwaan kepada Allah SWT. Ringkasnya, terdapat beberapa amalan sunat yang dituntut untuk diperbanyakkan pada bulan Rejab ini, iaitu menghidupkan dengan Qiamullail seperti solat sunnah, membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, berselawat ke atas Nabi S.A.W, dan berdoa.
Manakala siang hari bulan Rejab pula dituntut untuk berpuasa dan bersedekah. Pada asasnya semua amalan ini boleh dihidupkan di sepanjang bulan Rejab.
Bercerita bab sedekah ini, kita juga sangat digalakkan bersedekah terutama sedekah Subuh. Sedekah Subuh sangat istimewa kerana termasuk dalam sedekah yang terbaik. Kata Rasulullah, setiap Subuh, Allah turunkan Malaikat untuk mendoakan mereka yang melakukan amalan sedekah Subuh ini.
Sedekah Subuh ini bermula pada waktu Subuh, daripada fajar menyingsing hinggalah terbit matahari. Tempoh masa pula bermuda dari waktu Subuh sehingga sebelum masuk waktu Syuruk.
Doa Masuk Bulan Rejab
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
Allahumma baarik lana fii rajabi wasya’ban wa ballighna ramadhan
Maksud : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.[HR Baihaqi]
Istighfar Rejab
Dah masuk bulan Rejab dan salah satu amalan bulan Rejab adalah dengan memperbanyakkan istighfar. Ayatnya tak panjang dan boleh dihafal tanpa sebarang masalah. Basahkan lidah dengan zikir Rejab dan semoga kita akan mendapat syafaat bulan Rejab ini.
Artikel Lain: Amalan Zikir Pagi Yang Baik
Terima kasih kak kongsi ilmu dan amalan di bulan Rejab ini.
Alhamdulillah, mari kita sama-sama raikan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan dengan ikhlas dan istiqamah.
insyallah istiqamah