Mencari tips bahagia dengan pasangan bukanlah mudah. Jangan kata dah lama kahwin akan kekal bahagia. Bagi sis lagi lama kahwin, lagi besar dugaannya. Begitulah dikatakan asam garam kehidupan.
Sebagai manusia biasa , kita tidak akan lari dari asam garam berumah tangga. Orang kata dugaan 5 tahun pertama perkahwinan lain dan jika bertahan 10 hingga 20 tahun ujiannya juga berlainan.
Ujian Yang Datang
Jadi bagaimana kita nak maksud Sebenarnya tips bahagia dengan pasangan. Beberapa tahun lalu sis diberi ujian Allah dan kesempatan bercuti yang ada dihabiskan dengan menonton TV.
Sedang memilih stesen tv yang digemari (banyak sangat channel), sis tertarik untuk menontoton siaran HBO Fatal Attraction lakonan Micheal Douglas dan beberapa pelakon wanita lain.
Cerita itu sis rasa satu cerita lama (melihat pada cara pakaian dan gaya dalam filem berkenaan). Ia mengisahkan bagaimana dalam satu malam sahaja seorang lelaki yang sudah berkahwin tetapi boleh terjebak melakukan hubungan bersama wanita lain.
Biarpun perkenalan itu singkat tetapi ia membuatkan wanita itu hamil dan keadaan ini menyebabkan lelaki itu berada dalam keadaan cukup tertekan.
Malah dia cuba merahsiakan hubungan itu daripada isterinya, namun wanita kedua pula yang beria-ia mahu memberitahu kepada isterinya.
Keadaan bertambah rumit apabila suami dengan beraninya memberitahu dia ada affair dengan wanita kedua itu hingga menyebabkan anak mereka diculik sementara oleh wanita berkenaan.
Sebenarnya lelaki itu mahu wanita kedua melupakan sahaja hubungan mereka kerana ia bersikap sementara tetapi bukan mudah untuk wanita kedua terus melupakan dirinya.
Walau bagaimana pun wanita ini cuba menarik perhatian lelaki berkenaan dan merosakkan hubungan mereka suami isteri.
Sebagai wanita, memang isterinya begitu marah dan sedih apabila suami disayangi mengaku ada hubungan dengan wanita lain.
Inilah Pengakhirannya
Namun dia bersikap optimis dan cuba untuk menyelamatkan mereka sekeluarga dari wanita kedua. Akhirnya satu pergelutan berlaku dan wanita kedua mati ditembak di tangan isterinya.
Bagi sis ia sebuah filem yang cukup menarik untuk dilihat. Melihat mesejnya di sini di mana, persoalan kesetiaan seorang suami pada pasangannya.
Aduh, di sini kita lihat mudah sungguh seorang lelaki itu tergoda dengan godaan seorang wanita yang akhirnya terjebak hingga membawa musibah.
Kata orang jangan cuba bermain dengan api, kelak membawa diri. Ingat Tuhan dan dengan keimanan yang ada insha-Allah kita dapat menghindari dugaan ini.
Maklum bekerja dalam dunia serba mencabar ini pelbagai insan kita temui. Cuma bergantung pada niat anda bekerja untuk keseronokkan ataupun menyara keluarga.
Jika anda seorang yang benar-benar setia pada hubungan anda, pasti tidak akan timbul perasaan ingin mencuba berhubungan dengan orang lain.
Walau ia bersikap sementara namun keindahan yang dirasa itu boleh membunuh hubungan anda dan pasangan.
Tanya diri kita, sejauh mana jujur atau tidak pasangan kita. Namun sis percaya setiap hubungan itu pastinya berlandaskan perasaan jujur, saling bekerjasama dan setia pada pasangan masing-masing. Bukan tidak boleh berkawan, tetapi biarlah berpada-pada.
Sis kongsikan di sini tips bahagia dengan pasangan mengikut pengalaman sepanjang 20 tahun dalam perkahwinan.
Sis tak senaraikan panjang berjela kerana 5 tip ini menjadi penanda aras tanda bahagia yang sebenarnya. Dalam erti kata lain, sis ketepikan tips kena beri hadiah atau ingatan hari penting itu boleh buat kita bahagia.
Kadang, pemberian hadiah yang tak disangka bukan pada hari istimewa juga tandanya dia sayang pada kita. Tapi lain orang lain makna bahagia itu kan…
Tips Bahagia Dengan Pasangan:
- Kena jujur dengan pasangan. Tak kisahlah nak pergi mana atau buat apa. Jika korang jujur (tak menipu) confirm kebahagian akan terbentang luas di hadapan. Ingat zaman sekarang pasangan boleh check di mana kita sedang berada.
- Bonding dengan pasangan. Jika keduanya sibuk, apa kata setkan setiap pagi atau seminggu sekali (weekend) dapat sarapan bersama. Dalam 30 minit bersarapan boleh menyelamatkan sebuah rumahtangga dari kehancuran.
- Jangan menolak jika diajak ke mana jua destinasi yang dia mahu pergi. Contohnya kalau mahu mencuci kereta atau potong rambut (walaupun lama) tetapi temanilah. Mungkin pasangan lebih selesa kita ada untuk berborak sementara waktu menunggu selesai.
- Masak lauk kegemarannya. Lebih-lebih lagi kalau itu feveret masakan emaknya atau arwah emaknya. Bukan kena masak hari-hari tetapi kalau dia bagi ‘hint’ siapkan je sajian ini. Confirm anda akan dipuji setinggi langit hari itu.
- Kalau boleh solat berjemaah bersama-sama. Ini kunci sebenar tips mencari bahagia dengan pasangan. Dia imam kita, ketua kita jadi terasa damai jika dapat bersolat berjemaah berimamkan pasangan kita.
- Lagi satu sentiasa berborak, chatting dengan pasangan walaupun hanya sekadar omong kosong. Tidak kira melalui fizikal atau secara video di alam maya. Idea Berborak Dengan Pasangan ini jika diamalkan menambah lagi rasa cinta dan kasih sayang korang berdua. Kalau tak sempat call cukup sekadar WhatsApp
Dan bagi yang baru memasuki fasa perkahwinan atau yang sudah lama berkahwin, kita juga sebenarnya boleh mengesan jika pasangan mula atau telah berlaku curang. Ini antara tanda-tandanya.
Tips Kesan Pasangan Curang:
- Sering balik lewat.
- Jika ada panggilan telefon, akan pergi luar rumah untuk bercakap.
- Terlupa tarikh-tarikh indah anda berdua.
- Berubah sikap, misalnya sering marah-marah padahal sebelum ini tidak begitu sikapnya.
- Gemar bergaya seperti sebelumnya.
- Gemar menonton rancangan berbentuk cinta (mungkin sebelum ini suka tengok cerita action).
- Bersikap acuh tidak acuh jika diminta pertolongan.
- Tidak berenggang daripada telefon (toilet pun bawak).
wow . pantas laa mama reen update entry skrg
hehe