AEON MALL Eco Journey 2026, Didik Masyarakat Amal Gaya Hidup Lestari

AEON Mall Eco Journey 2026 | Dalam kesibukan dunia digital masa kini, salah satu pusat beli belah terbesar dan terunggul, AEON Mall terpanggil untuk menerapkan rasa kecintaan rakyat Malaysia dalam mengamalkan gaya hidup lestari.

Ini dibuktikan dengan rasa komitmen yang tinggi untuk kestabilan alam sekitar menerusi kempen AEON MALL Eco Journey di seluruh negara. Kempen ini merangkumi 27 pusat beli-belahnya, mengubah kegiatan beli-belah setiap hari dengan aktiviti alam sekitar yang lebih bermakna. Untuk gaya hidup lebih sihat dan segar.

Melalui pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan, kolaborasi bersama jenama terkenal serta ganjaran eksklusif, AEON MALL terus memperkukuhkan komitmennya dalam membina masa depan yang lebih hijau untuk kesejahteraan generasi akan datang.

aeon mall eco journey 2026

Kelestarian Melalui Kempen Eco Journey

Menerusi kempen AEON MALL Eco Journey 2026, pengunjung berpeluang dalam mempelajari amalan hijau yang mudah diterapkan untuk kehidupan seharian. Kempen ini juga turut dijayakan melalui kerjasama strategik bersama pelbagai jenama terkenal seperti The Body Shop, Starbucks, Bayu Somerset, Mattel dan banyak lagi.

Melalui kolaborasi tepat ini pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna sambil membuat pilihan dengan lebih mesra alam. Malah turut dapat merasai keseronokan membeli-belah di mana-mana cawangannya seluruh negara.

Baca Juga: 3000 Produk Kecantikan Berjenama Dalam Glam Beautique Di AEON, Mid Valley

Rebut Peluang Rasai Pengalaman Menarik

Sebagai pengunjung, anda boleh rasai sediri pengalaman menarik di beberapa AEON yabg sedang jalankan kempen ini. Antara tarikan utama kempen tahun ini ialah AEON MALL Eco Journey Safari yang kini berlangsung di AEON MALL Tebrau City dan AEON MALL Bukit Tinggi.

Program ini menawarkan pengalaman interaktif yang sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya keluarga yang ingin mendidik anak-anak tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Dengan itu generasi akan datang akan terus dapat menghargai betapa pentingnya menjaga alam sekitar untuk gaya hidup lebih harmoni.

aeon mall eco journey 2026

Dalam kempen dijalankan, pengunjung berpeluang untuk:

  • Meneroka instalasi bertemakan alam sekitar
  • Mengenali pelbagai produk mesra alam
  • Menikmati promosi khas produk terpilih pada harga istimewa
  • Menyertai aktiviti interaktif yang menyeronokkan
  • Mempelajari amalan lestari yang boleh diamalkan setiap hari


Melalui pendekatan yang santai dan menyeronokkan, AEON MALL berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat memahami bahawa perubahan besar bermula daripada tindakan kecil. Dan kesedaran inilah perlu diterapkan untuk anak-anak kita yang menjadi tonggak harapan negara di masa akan datang.

aeon mall eco journey 2026

Baca Juga: AEON Lancar Jenama In-House Lebih Trendy & Stailo

Rebut Ganjaran Istimewa

Bagi menghargai sokongan pelanggan terhadap kempen ini, pusat beli belah keluarga ini turut menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif yang menarik.

Antara yang menjadi perhatian ialah Plantable Postcard edisi terhad, sebuah poskad unik yang boleh ditanam untuk menumbuhkan tumbuhan di rumah. Inisiatif kreatif ini menggalakkan orang ramai untuk lebih dekat dengan alam semulajadi.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang mendapatkan AEON MALL Toy Story Bath Mat eksklusif menjadikan suasana membeli-belah lebih menyeronokkan sambil menyokong usaha kelestarian.

Bina Masa Hadapan Lebih Hijau

AEON MALL Eco Journey 2026 bukan sekadar kempen membeli-belah biasa. Ia merupakan satu gerakan yang mengajak masyarakat untuk bersama-sama mengambil langkah kecil ke arah masa depan yang lebih lestari.

Daripada memilih produk yang lebih mesra alam hinggalah menyertai aktiviti pendidikan berkaitan kelestarian, setiap tindakan mempunyai peranan dalam membantu memelihara alam sekitar.

Melalui gabungan pendidikan, aktiviti keluarga, peluang membeli-belah yang lebih bertanggungjawab dan ganjaran menarik, AEON MALL terus menginspirasikan komuniti untuk menjadikan kelestarian sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian.

aeon mall eco journey 2026

Jangan Ketinggalan Sertai Kempen

Jika anda ingin menikmati rasa membeli-belah yang lebih bermakna sambil menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, jangan lepaskan peluang untuk menyertai kempen yang berlangsung.

Kunjungi cawangan berhampiran anda dan temui pelbagai aktiviti, promosi serta ganjaran eksklusif yang menanti. Di AEON MALL. setiap pembelian bukan sekadar transaksi tetapi satu langkah ke arah masa depan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, ikuti AEON MALL di media sosial atau kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana pusat belah belah terdekat anda.

Facebook: AEON Mall Malaysia
Instagram: @aeonmallmalaysia

Leave a Comment

error: Content is protected !!