Glam Beautique AEON Mall | Bergelar wanita memang tidak dapat lari dari dunia kecantikan. Pantang mendengar barangan jenama ada promosi murah pantas tangan menekan mana-mana aplikasi yang menawarkan harga berbaloi.
Namun begitu keseronokan membeli produk kecantikan dan dandanan diri ini agak kurang jika sekadar membeli dalam tanpa merasai merasai sendiri perbezaan sesuatu produk. Kalau boleh mahu melihat dengan mata sendiri barulah terasa kepuasannya.
Baru-baru ini, AEON Retail Malaysia telah memperkenalkan AEON Glam Beautique bertempat di Mid Valley dengan membawakan 3000 produk jenama mewah dari 18 buah negara seperti Korea, Jepun, Turkiye, Perancis dan juga Poland.
Bukan sahaja produk mekap, tetapi juga untuk penjagaan diri untuk kulit, rambut, minyak wangi dan dandanan diri lain bagi memenuhi kehendak pengguna di Malaysia.
Inovasi terbaru yang dibawakan ini mengukuhkan lagi jenama dan komitemen AEON dalam memberikan pengalaman serta keseronokkan membeli belah sesuai dengan gaya hidup moden masa kini.
Dalam majlis pelancaran ini, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen, memberitahu jenama eksklusif yang diperkenalkan memberi peluang kepada pengguna untuk menerokai setiap produk bagi memenuhi gaya hidup masing-masing.
“Pengguna produk kecantikan zaman sekarang sudah berbeza berbanding beberapa tahun yang lalu. Mereka bukan sahaja lebih berpengetahuan tetapi juga berani mencuba, mencari produk berkualiti yang selari dengan nilai dan keperluan peribadi mereka,” katanya dalam ucapan di majlis pelancaran berkonsep ‘Unboxing Season’s Magic’.
11 Jenama Produk Kecantikan Global Baru Di AEON Glam Beautique
Ini antara jenama yang membawa kepakaran, inovasi, dan warisan budaya daripada pelbagai negara:
- Eyup Sabri (Turki): Produk penjagaan peribadi dengan aroma istimewa.
- Thalgo (Perancis): Penjagaan kulit berasaskan laut untuk kulit sihat dan segar.
- Jacques Battini (Poland): Wangian mewah yang elegan.
- Roccobarocco (Itali): Produk kecantikan yang memancarkan gaya dan glamor.
- Bentley (USA): Penjagaan kulit premium untuk hasil transformasi.
- Krramel (USA): Produk penjagaan peribadi dengan formulasi moden.
- La Casta (Jepun): Penjagaan rambut botani untuk rambut semula jadi.
- Copernica (Jepun): Gabungan sains dan alam untuk penjagaan kulit.
- It’s (Jepun): Penyelesaian penjagaan rambut yang ringkas dan berkesan.
- 3650 (Jepun): Solekan minimalis untuk penampilan harian.
- Tenzero (Korea): Fokus pada penjagaan kulit yang tepat dan berkesan.
Keistimewaan Glam Beautique
- Membawakan jenama dari 18 buah negara yang pertama kalinya di Malaysia berada di bawah satu bumbung. Menghimpukan 3000 produk pelbagai jenama di sini untuk dimiliki pengguna.
- Merasai sendiri keseronokan membeli belah dengan mencuba setiap barangan yang dijual dengan penerangan terperinci dari mereka yang pakar.
- Pelanggan dapat menikmati promosi khas serta mata ganjaran yang menjadikan pengalaman menyeronokkan membeli belah fizikal berbanding dalam talian.
- Barangan dibeli boleh terus dibawa pulang tanpa menunggu berbanding jika membeli di talian.
- Barangan yang dijual sangat berkualiti tinggi dalam memenuhi pasaran di Malaysia.
- Harga ditawarqkan juga mampu milik bagi setiap pengguna terutama wanita sama ada beli untuk diri sendiri atau insan tersayang.
- Jenama diperkenalkan melalui 18 negara ini diperkenalkan secara eksklusif untuk pasaran Malaysia melalui AEON. Satu-satunya yang ada di AEON Mid Valley.
- Bagi pelanggan atau pemegang keahlian sudah tentunya akan memperoleh promo eksklusif dan mata ganjaran untuk ditebus guna mengikut terma dan syarat.
Sooo apa lagi, kunjungi Glam Beautique di AEON Mid Valley Megamall untuk alami sendiri kehebatan produk kecantikan global ini yang tiada tandingannya.
Untuk maklumat lanjut, layari https://aeonretail.com.my/glam-beautique/.
Baca Juga: AEON Lancar Jenama In-House Lebih Trendy & Stailo