AEON Lancar Jenama In-House Lebih Trendy & Stailo

AEON Lancar Jenama In-House| Menghampiri hujung tahun pasti ramai yang ambil kesempatan menghabiskan cuti tahunan. Tak kisahlah jauh atau dekat, dalam atau luar negara yang penting dapat lai dari kesibukan kerja buat sementara. Antara persiapan awal untuk bercuti adalah kelengkapan dari A hingga Z barangan yang dirasakan perlu untuk dibawa.

Yang masih tercari-cari barangan kelengkapan untuk bercuti ini boleh mengujungi cawangan AEON Mall di mana pelbagai keperluan tersedia. Tak perlu cari di tempat lain, kerana AEON Mall menyediakan apa yang perlu dibawa termasuk kelengkapan seperti beg, kasut, pakaian dan sebagainya.

Baru-baru ini bertempat di AEON Mall IOI Puchong telah memperkenalkan rangkaian jenama in-house terbaru yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup anda. Dengan keseimbangan antara gaya, fungsi dan harga yang berpatutan, koleksi ini pasti memikat hati.

Setiap jenama mencerminkan dedikasi AEON dalam menyediakan produk berkualiti tinggi yang bukan sahaja praktikal tetapi juga bergaya untuk kehidupan harian. Tidak kira sama ada anda seorang pencipta trend, profesional yang sibuk ataupun sekadar mencari keselesaan.

Rangkaian jenama ini menyokong setiap detik dalam hidup anda. Istimewanya koleksi diperkenalkan ini boleh digunakan dalam apa gaya sama ada untuk bercuti bersama teman, sewaktu bekerja atau untuk acara santai.

Baca Juga: AEON Fashion Preview 2024, Lebih Fresh, Trendy & Stailo

Koleksi Jenama In-House Terbaru

1. aTas – Koleksi Beg Golongan Profesional

Bagi anda yang mahukan beg kerja premium tanpa harga yang melambung tinggi, aTas menawarkan pilihan ideal. Jenama ini direka khas untuk profesional yang menghargai gabungan gaya dan praktikaliti. Dengan reka bentuk yang anggun dan bahan berkualiti tinggi, aTas memberikan beg perniagaan dan aksesori ‘cuti-cuti’ yang tahan lama dan penuh gaya, sesuai untuk kerja dan perjalanan.

  • Rangkaian Produk: Beg perniagaan premium, aksesori perjalanan
  • Ciri Utama: Bahan berkualiti tinggi, ketahanan luar biasa dan reka bentuk profesional
  • Harga yang ditawarkan: RM 139 – RM 369
AEON Lancar Jenama In-House

2. iYKYK – Beg Rekaan Trendy & Stailo

iYKYK adalah untuk mereka yang menyukai gaya ringkas tetapi mewah. Jenama ini mencipta aksesori dan beg tangan yang minimalis, menjadikan ia pilihan sempurna untuk wanita yang mahukan gaya sofistikated tanpa berlebihan.

Reka bentuk iYKYK yang bersahaja tetapi anggun mencerminkan kemewahan yang understated, ideal untuk gaya hidup harian yang serba ringkas namun elegan.

  • Rangkaian Produk: Beg tangan signature, aksesori elegan
  • Ciri Utama: Reka bentuk minimalis, estetik anggun, fungsi praktikal
  • Harga yang ditawarkan: RM 139 – RM 159
AEON Lancar Jenama In-House

3. THE GOOD SHOES – Pilihan Lebih Selesa

Dengan THE GOOD SHOES, anda tidak lagi perlu memilih antara gaya atau keselesaan. Jenama ini menawarkan kasut harian dan sneakers yang direka untuk memberikan sokongan tambahan dan keselesaan sepanjang hari.

Tapak kasut yang direka secara ergonomik memastikan kaki anda sentiasa disokong dengan baik, menjadikannya sesuai untuk gaya hidup yang sibuk. Dengan THE GOOD SHOES, anda boleh bergaya tanpa perlu mengorbankan keselesaan!

  • Rangkaian Produk: Kasut harian, sneakers, kasut yang selesa
  • Ciri Utama: Sokongan tambahan, reka bentuk ergonomik, bahan ringan
  • Harga yang ditawarkan: RM 99 – RM 149
AEON Lancar Jenama In-House

4. GALLIVANT – Bagi Pengembara Moden

Bagi mereka yang suka berjalan-jalan, GALLIVANT menawarkan pilihan beg melancong yang praktikal dan tahan lama.

Dari beg galas kompak hingga bagasi ringan, setiap produk direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan pengembara moden. GALLIVANT juga hadir dengan jaminan produk serta memberikan anda ketenangan fikiran ketika bercuti ataupun melancong.

  • Rangkaian Produk: Beg melancong, beg duffel, beg galas, aksesori ‘cuti-cuti’.
  • Ciri Utama: Bahan tahan lama, kompartmen yang best, reka bentuk ringan
  • Harga yang ditawarkan: RM 59 – RM 369
AEON Lancar Jenama In-House

Baca Juga: Dr Diana Clinic Bangi Tawar Rawatan Jeragat Tanpa Sakit

AEON Lancar Jenama In-House Dengan Peragaan

Majlis AEON perkenal jenama in-huse menampilkan Lai Ngai Yuen, Chief Merchandising & Marketing Officer AEON (M) Bhd yang berkongsi bagaimana idea penciptaan jenama ini tercetus.

Ternyata produk diperkenalkan ini  sesuai dengan citarasa golongan muda kini kerana rekaan lebih trendy, praktikal dengan kualiti terjamin.

Ini adalah bagi memenuhi keperluan pelbagai lapisan umur yang gemar melancong atau produk disediakan juga sesuai bagi mereka yang berkerja. Sememangnya setiap koleksi yang diperkenalkan direka untuk menyokong setiap langkah perjalanan pelanggannya setianya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan koleksi terbaru ini boleh berkunjung ke AEON Mall terdekat dan terokai rangkaian jenama in-house yang pastinya mampu memikat hati. Kunjungi AEON sekarang

AEON Lancar Jenama In-House

Baca Juga: AEON Mall Bukit Tinggi Lancar Transformers One Movie, Di Pawagam Mulai September 2024

Leave a Comment

error: Content is protected !!