Transformers One Movie| Teruja apabila mendapat undangan untuk menyaksikan sendiri tayangan lebih awal filem anime Transformer One yang berlangsung di TGV AEON Mall Bukit Tinggi baru-baru ini. Bagai ulam di cita kerana memang sebelum ini mengikut rapat sekuel filem Transformers yang menjadi hero kebanggaan si pencinta Gergasi Besi ini.
Sebelum itu, sis sempat melayan majlis perasmian yang diadakan sempena Movie Screening ini dengan beberapa persembahan gimik sebagai pembuka acara. Turut menyaksikan serta melancarkan pembukaan filem animasi ini adalah tetamu VVIP,Puan Munirah Azmi (Chief Operation Officer AEON Mall), Mr. Nicholas Yong ( Managing Director Universal Pictures), Ms. Kara Lee (Marketing Director Universal Pictures), Ms Michelle (Universal Pictures), Mr Tan Cheong Tatt (COO of TGV Cinemas), dan Mr. Ashton (TGV Cnemas).
Pengunjung yang hadir juga turut berpeluang menyentuh dan berOOTD dengan model yang didatangkan khas untuk menyuntik aura semangat sebelum sama-sama menyaksikan tayangannya di pawagam nanti bermula 12 September 2024.
Pada hari itu juga turut membawakan pemenang yang berjaya menebus tiket eksklusif iaitu berbelanja minimum RM300 untuk bukan ahli dan RM200 untuk ahli, bagi sama-sama menyaksikan tayangan awal Transformers One ini. Turut diadakan di ruang pameran di AEON Mall Bukit Tinggi ini jualan merchandise seperti mainan, baju, topi, beg dan macam-macam lagi untuk menarik perhatian peminat filem ini.
Untuk di AEON Mall Bukit Tinggi Klang, event ini berlangsung daripada 3 September 2024 hingga 15 September 2024. Setelah itu, akan disambung ke AEON Mall Bandaraya Melaka pula pada 17 September hingga 29 September.
Baca Juga: Join Transformers One Roadshow 2024 Secara Eksklusif Di AEON Mall Terpilih
Transformers One Movie Sinopsis
Transformers One diarahkan oleh Josh Cooley dengan skrip ditulis oleh Eric Pearson serta duo penulis hebat iaitu Andrew Narrer dan Gabriel Ferrari. Tidak seperti filem Transformers sebelumnya, filem Transformers One ini adalah dari sequel Transformers Universe.
Jika filem terdahulu lebih pada konflik antara Autobot dan Decepticons di planet Cybertron tetapi untuk Transformers One ini mengisahkan asal usul robot ini hingga berlaku pertempuran yang tiada penghujungnya.
Turut memfokuskan pada dua karakter utama iaitu, Optimus Prime dan Megatron. Dikatakan mereka ini berkawan baik dengan watak yang dikenali dengan Orion Pax (Optimus Prime) dan D-16 (Megatron).
Namun perjuangan yag berbeza untuk mengubah nasib planet Cybertron menyebabkan berlakunya konflik berpanjangan hingga mengakibatkan pertempuran antara Autobots dan Decepticons.
Film ini juga mengisahkan, Optimus dan Megatron akan bertemu dengan B-127 atau Bumblebee. Mereka juga akan bertemu dengan Ariel atau Elita-1. Pertemuan itu akhirnya menyebabkan berlakunya pertempuran di permukaan planet yang bertujuan melindungi planet Cybertron.
Pertempuran itu juga menjadi tamparan hebat para robot ini untuk menghadapi ancaman dari luar angkasa yang mengerikan yang dikenal sebagai Quintesson. Quintesson ini diduga adalah pencipta Transformers.
Dalam filem ini juga akan mengisahkan mengenai robot raksasa, bernama Alpha Trion dan Autobots tertua. Keduanya adalah Sentinel Prime, yang menjadi kunci dalam konflik di planet Cybertron ini.
Fakta Menarik Filem Transformers One
- Tidak seperti film Transformer lainnya, film Transformers One ini berpusat pada kisah masa lalu dua watak utama dalam filem-filem di Transformer Universe, iaitu Optimus Prime dan Megatron.
- Filem ini juga mengisahkan asal-usul dari pertempuran sengit antara Autobots dan Decepticon, serta asal-usul Optimus Prime dan Megatron sebelum keduanya menjadi musuh utama.
- Watak Optimus Prime sebelumnya disebut Orion Pax dan Megatron disebut sebagai D-16
- Sebelum menjadi musuh yang berusaha untuk saling menghancurkan satu sama lain, Optimus Prime dan Megatron adalah sahabat baik yang mempunyai cita-cita dan tujuan sama.
- Muncul watak Transformers tua memberikan sebuah benda seperti Matrix of Leadership
- Kemunculan watak alien lain bernama Quintesson yang dikenal sebagai bangsa pencipta Transformers yang kejam dan manipulatif,
Bintang Alih Suara
Filem yang menggunakan khidmat alih suara ini dibantu beberapa pelakon hebat seperti:
- Chris Hemsworth sebagai Orion Pax atau Optimus Prime
- Brian Tyree Henry sebagai D-16 atau Megatron
- Scarlett Johansson sebagai Elita-1
- Keegan-Michael Key sebagai B-127 atau Bumblebee
- Jon Hamm sebagai Sentinel Prime
- Lauren Fishburne sebagai Alpha Trion
Optimus dan kawan-kawan akan membawa penonton pada kisah yang belum pernah terlihat sebelumnya. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton pertarungan epik pada filem Transformers One yang akan mula ditayangkan di pawagam berdekatan September ini.