Resepi Daging Dendeng| Kalau tibanya musim raya juadah paling popular untuk disajikan adalah rendang daging. Tapi ada juga rendang macam-macam jenis termasuk rendang rendang ayam kampung, rendang kerang, rendang itik dan ada juga yang masak dendeng daging. Rupanya seperti rendang cuma cara pembuatannya agak lain.
Resepi daging dendeng ini lebih gemar disajikan oleh mereka yang berasal dari Perak (katanya) dan ada pelbagai versi menyediakan daging dendeng ini. Ada macam-macam cara untuk membuat resepi ini tapi yang penting rasanya sedap.
Tapi bila bercerita mengenai masakan rendang, teringat sis waktu menerajui majalah Keluarga yang setiap kali edisi khas Ramadhan atau Syawal akan sediakan resepi pelbagai jenis rendang. Masa inilah kita cari contact sama ada hotel atau tukang masak yang boleh sediakan 10 jenis rendang yang popular.
Berbalik pada cerita daging dendeng, sis nak share perkongsian dari seorang sahabat di Facebook, Fasya Fazida yang ada menyediakan resepi paling mudah dan pantas. Tak perlukan masa lama memasaknya dan hanya dalam setengah jam setelah menyediakannya. Paling penting rasa memang sedap. Lagi-lagi dimakan dengan nasi, roti atau apa sahaja.
Tapi paling bestnya time hari raya Aidilfitri sebab boleh makan dengan lemang, ketupat atau nasi impit kuah kacang. Korang macam sis tak kalau pergi rumah orang mesti nak raya masakan rendang atau daging dendeng yang disajikan.
Baca Juga: Resepi Ayam Goreng Kunyit Rangup Guna Tepung Bestari. Rasa Memang Padu
Resepi Daging Dendeng Perak Style
Bahan Utama:
- 1 kg daging – jangan banyak lemak sangat (rebus, potong nipis). Dah siap rebus, potong nipis dan renjis rata kicap manis pada daging. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging sekejap, toskan. Tumbuk daging dengan lesung batu.
Bahan-Bahan Lain:
- 6 batang serai (diketuk) – goreng garing dan toskan
- 10 helai daun limau purut
- 1 cawan air rebusan daging
- 2 sdb gula
- 1 sdt garam
- 1/2 cawan air asam jawa (sederhana cair)
- Sedikit bahan perasa (saya tak letak sebab rasa ori ni pun dah sedap)
- Sedikit kicap manis
- Sedikit kicap masin
- 1 1/2 cawan bawang goreng
Bahan Untuk Kisar:
- 5 tangkai cili kering (saya tambah cili padi merah dalam 11 batang)
- 3 biji bawang besar
- 8 ulas bawang putih
- 1 ruas ibu jari halia
- 5 batang serai (dihiris)
Cara Membuat:
- Rebuskan dan goreng daging seperti cara di atas.
- Tumiskan bahan kisar.
- Masukkan daun limau purut yang dicarik dan serai yang telah digoreng. Masak hingga pecah minyak.
- Masukkan gula, garam, air asam jawa. Masak hingga garing.
- Masukkan air rebusan daging.
- Masukkan kicap manis (lebihkan) dan kicap masin (gelapkan).
- Dah pekat, masukkan daging dan lebihan daun limau purut.
- Taburkan bawang goreng. Siap.
*Resepi asal unknown
Dan ada juga yang rajin google resepi daging dendeng dari Azie Kitchen, Resepi Daging Dendeng Che Nom atau Resepi Daging Dendeng Khairul Aming. Korang boleh je buat try mana-mana resepi dan kalau tak jadi cuba pula resepi lain. Yang penting bahan utama adalah daging. Selalunya time raya korban paling banyak dapat dan boleh simpan sampai setahun..
Resepi Daging Dendeng Azie Kitchen
Bahan-Bahan:
- 2 kg daging
- 5-6 sudu besar cili kisar – ikut pedas disukai
- Sedikit kicap lemak manis
- Sedikit kicap masin
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Untuk Kisar:
- 4 biji bawang besar
- 6-7 ulas bawang putih
Cara Membuat:
- Daging dipotong dua atau tiga ketul. Rebus daging dalam 30 minit atau agak agak tidak ada darah jer. Hiris nipis.
- Tumbuk ketuk hingga agak agak pecah urat sahaja. Ketuk dari tepi dulu sebelum ke bahagian tengah.
- Panaskan minyak dan goreng daging yang telah diketuk tadi. Goreng daging seketika hingga agak perang sikit. Semasa goreng daging, kena sentiasa jaga api takut hangus. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang kisar hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak dan garing serta pecah minyak.
- Lepas tu masukkan sedikit air rebusan daging, kicap dan garam serta gula, jika perlu.
- Setelah pecah minyak, masukkan daging yang siap digoreng. Kacau sampai sebati. Dan kecilkan api, biar mereneh lama hingga kering sikit. Kalau terlalu kering, tambahkan sedikit air rebusan daging.
Resepi Daging Dendeng Simple Khairul Aming
Bahan-Bahan:
- 1kg daging lembu
- Kicap manis
- 4 batang serai
- Halia sebesar ibu jari
- 4 biji bawang merah
- 6 ulas bawang putih
- Cili kering segenggam
- 6 biji cili padi merah
- 1cawan kicap manis
- 3 helai daun limau purut
- Air rebusan daging
- Garam, gula & serbuk perasa secukupnyaa
- Air asam jawa
Cara Membuat:
- Mula-mula ambil 1kgdaging lembu rebus hingga lembut. Air rebusan daging jangan buang.
- Apabila daging dah masak, hiris nipis-nipis untuk senang ditumbuk.
- Tumbukkan daging yang dipotong dalam lesung tapi jangan sampai hancur daging sebab senang untuk cari-carik apabila makan.
- Kemudian,ambil kicap manis dan gaulkan dengan daging yang kita dah tumbuk tadi. Gaulkan sampai kicap betul-betul sebati.
- 5.Selepas dah siap gaul, gorengkan daging sekejap sahaja untuk bagi diacaramelised dengan kicap tadi.
- Sediakan kisar 4 batangserai, halia sebesar ibu jari, 4 biji bawang merah, 6 ulas bawang putih, segenggam cili kering yang sudah direbus dan tambahkan air. Blend sampai betul-betul hancur.
- Lepas kisar hancur, tumiskan bahan-bahan tadi sampai keringdan tambahkan juga air rebusan daging sebanyak 1 senduk atau lebih.
- Kacaukan sambal sehingga pecah minyak dan barulah masukkan 1 cawan kicap manis. Kacaukan sampai sebati.
- Kemudian, tambahkan 3 helai daun limau purut yang telah dibuang batangnya dan tambahkan juga perasa seperti garam, gula,air asam jawa sedikit dan serbuk perasa.
- Kacau sampai sebati dan boleh masukkan daging yang kita goreng tadi.
Tip Simpan Daging Tahan Lama
1. Asingkan Daging
Asingkan semua bahagian daging batang pinang serta organ dalaman seperti paru, impa, hati dan perut atau untuk buat daging cincang. Letakkan dalam bekas berasingan supana senang untuk memasaknya nanti.
2. Bersih & Cuci Daging
Cuci bersih dengan air mengalir dan elakkan letak di tempat terbuka. Ini untuk elak pembiakan bakteria dan kuman. Masukkan dalam bekas sesuai dan simpan kemas dalam freezer.
3. Simpan Dalam Saiz Sekali Masak
Untuk elak pembekuan berulang, simpan daging dalam bekas yang hanya untuk portion sekali makan. Letakkan dalam freezer dan ambil apabila mahu masak yang lain. Ini bagi elak bakteria mudah membiak dan tekstur daging juga tak rosak dan tidak sedap apabila dimasak.
4. Simpan Dengan Bahan Perapan
Kaedah ini lebih baik dan daging jadi tahan lama berbanding daging mentah. Gaul saja dengan garam, gula, bawang dan kunyit yang berfungsi jadi bahan perapan besrifat anti bakteria dan pengawet makanan. Cara ini juga jimat masa memasak kerana tak perlu perap lagi setiap kali mahu memasaknya.
5. Simpan Bekas Bertutup
Lebih elok untuk simpan daging yang sudah bersih dibasuh dalam bekas bertutup atau jika dalam plastik, balutnya dengan kemas. Boleh juga simpan dalam bekas zip lock kerana memudahkan untuk terus buang bekas plastik berkenaan.
6. Perhatikan Suhu Freezer
Suhu yang sejuk membuatkan bakteria tak boleh hidup. Jadi pastikan bahagian sejuk beku suhu tidak kurang 18 celcius dan daging juga boleh disimpan sehingga tiga bulan lebih.
7. Elak Simpan Dalam Plastik Tidak Bersih
Jangan masukkan terus daging bersama plastik tidak bersih dalam peti sejuk. Buangkan dulu bendasing seperti pasir atau serpihan kayu yang melekat pada daging (terutamanya daging korban). Masukkan daging dalam bekas/plastik bertutup sebelum simpan dalam peti sejuk.
Baca Juga: Resepi Sambal Ikan Bilis Garing Ala Che Nor, Buat Ketagih Nak Makan
Tak pernah lagi buat daging dendeng ini. Tengok cara tu macam mudah je nak dicuba.. harap rajinlah nanti.. tq kak resepi daging dendeng nya.
haaa try nnt nett rajin masak hihi
sedapnya daging dendeng. bolehlah try buat nanti. tak yah berebut battle KA punya kikiki. tq sis share resepi
sedapnya daging dendeng. bolehlah try buat nanti. tak yah berebut battle KA punya kikiki
dendeng Perak jadi pilihan sebab kite orang Perak..hehe
sedap kak