Cara Masak Kari Ayam Guna Santan Asli, Kuah Lebih Pekat & Sedap

Cara Masak Kari Ayam | Apa agaknya resepi kari paling sedap? Ramai suka buat kari tapi kebanyakan guna santan kotak. Sebabnya mudah nak cari dan senang didapati. Tak remehkan kerja dapur. Tapi tahap sedapnya mungkin berbeza bila guna santan pekat daripada isi kelapa sendiri.

Masakan kari atau gulai memang sering jadi pilihan mak-mak untuk dijadikan menu utama keluarga. Bukan saja sedap makan bersama nasi, tetapi juga boleh dimakan dengan roti, lempeng ataupun pulut. Malah kari ini katanya jadi lebih sedap kalau dibiarkan semalaman kerana kuahnya jadi lebih pekat dan lebih sedap.

Artikel Lain: Resepi Daging Goreng Kunyit Sedap & Simple

Pantangnya pula kuah yang bersantan ini jangan sesekali ambil guna tangan. Atau masukkan kembali kuah tak habis dalam kuali yang kita guna untuk masak kati berkenaan. Boleh jadi basi satu periuk dek sikap yang tak ambil peduli kebersihan masakan kari.

Ada macam-macam cara orang buat kari ini, tetapi sekarang ini ramai yang suka gunakan santan kotak. Maklumlah ada pelbagai jenama santan kotak seperti Kara, Saji, Adabi, Ayam Brand dan macam-macam brand lagi di pasaran. Jadi boleh cuba resepi ayam masak kari yang kena dengan selera.

Cari saja di pasaraya berhampiran dan lebih bagus dijual dengan combo atak pek jimat. Jadi jika tiba-tiba teringin nak masak resepi kari ayam, tak perlu perah santan bagai sebab ambik je sekotak yang dikatakan menyamai sebiji santan kelapa.

Sis pula kalau buat kari memang kalau boleh elak guna santan kotak. Bukan tak suka tetapi bagi sis kuah kari/gulai nampak tak cantik. Apa pun cara masak kari ayam simple memang perlu guna santan untuk lebih rasa lemak.

Macam tak pecah minyak. Itu pendapat sis dan tidak mewakili orang lain. Walaupun mudah nak dapat (ada je stok santan kotak di rumah), tetapi sis lebih suka cara masak kari ayam guna santan kelapa asli. Cara masak kari ayam santan asli lebih sedap dengan kuah juga lebih pekat.

Cara masak kari ayam

Kebaikan Santan Kelapa

Santan kelama tidak mendatangkan keburukan seperti kolesterol, sebalikya mengandungi manfaat dan khasiat diperlukan tubuh.

Santan juga sangat baia Untuk tulng supaya kita jadi lebih sihat dan kuat. Santan merupakan sumber dari fósforus yang tinggi di dalamnya. Ia juga kaya dengan zat besi yanğ boleh mengelak dari penyakit anemia.

Dalam satu kajian mendapati penduduk dunia yang makan santan setiap hari mempunyai kadar penyakit jantung lebih rendah berbanding masyarakat moden yang mengambil makanans segera seperti makanan berproses.

Kali ini sis nak share resepi kari ayam guna santan asli yang dimesin dari sebiji kelapa. Resepinya mungkin sama dengan orang lain dan yang beza ia menggunakan santan asli.

Mungkin korang boleh cuba resepi sendiri tetapi part santan tu tukar guna santan asli. Rasanya lebih sedap, pekat dan berlemak. Makan dengan nasi panas dan ikan goreng memang ngam sangat.

Cara Masak Kari Ayam Santan Asli

Bahan-bahan:

  • Ayam – potong ikut citarasa
  • 5 ulas bawang merah – hiris
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • Empat sekawan
  • Halia – hiris
  • Kari
  • Rempah kari Cap O
  • Asam keping
  • Santan kelapa asli
  • Garam & serbuk perasa
  • 2 Kentang – belah 4
  • Sedikit minyak untuk tumis
Cara masak kari ayam
Guna santan pekat yang diperah atau diblender.

Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris, daun kari dan empat sekawan hingga naik bau. Masukkan rempah kari Cap O dan kalau nak pedas boleh tumis sedikit cili boh sebelum letak rempah kari.
  2. Biarkan rempah kari betul-betul naik minyak dan kacau perlahan. Biar dalam keadaan api kecik dan rempah kari naik minyak.
  3. Masukkan ayam yang dipotong kacau sebati. Masukkan juga kentang agar empuk sekali dengan ayam. Masukkan santan cair sedikit dan biarkan mendidih.
  4. Apabila ayam sudah empuk, masukkan santan pekat dan kacau lagi hingga sebati. Biarkan dalam api kecil dan pastikan kuah kari naik minyak dan nampak cantik.
  5. Masukkan asam keping, serbuk perasa secukupnya. Tambah perasa ikut citarasa masing-masing. Apabila kuah kari sudah nampak cantik, bolehlah ditutup api.
Cara masak kari ayam
Pastikan api perlahan dan kacau supaya tak pecah minyak. Apabila dah pekat baru tutup api.
Cara masak kari ayam
Kari jadi lebih cantik, pekat & naik minyak cantik.

Ekstra Info Cara Masak Kari Ayam Sedap Guna Santan Asli

  • Pastikan kuah kari benar-benar jadi pekat sebelum ditutup api. Jika guna santan asli, confirm akan dapat kejadian kuah pekat ini. Lain rupanya kalau guna santan kotak. Susah nak pecah minyak dan rupanya sedikit mengecewakan walaupun rasanya sedap.
  • Lagi satu jangan lupa untuk gunakan rempah kari cap O, rempah kari ini lain daripada yang dan memang kena dengan tekak sis.
  • Pastikan juga santan diperah (sis guna blender je) asingkan santan pekat terlebih dahulu dan blend lagi sekali untuk dapatkan santan cair pula.
  • Pastikan ayam dan kentang betul-betul empuk untuk bagi balance kedua-dua bahan utama ini.
  • Lagi satu kalau nak lebih sedap, masukkan gula nise atau gula melaka menggantikan gula (sedikit je sudah memadai).

Jika kita buat carian di internet, cara masak kari ayam sedap atau gulai ini antara yang popular dan sering dicari. Malah ia juga sebenarnya menjadi menu mudah bulan puasa yang juga jadi kegemaran ramai. Ini kerana lebihan kari boleh dimakan bersama roti waktu sahur nanti.

Antara resepi popular seperti resepi kari ayam Azie Kitchen, resepi kari ayam Che Nom, resepi kari ayam Shiela Rusly, resepi kari ayam mamak, resepi kari ayam simple dan resepi kari ayam Sugu Pavithra. Ada juga carian reseki kari ayam tanpa santan. Terpulang nak guna resepi apa masak kari ayam, yang penting kena dengan selera masing-masing.

Artikel Lain: 5 Resepi Kari Ayam Pilihan Buka Puasa

Cara ‘Defrost’ Lauk Sejuk Beku

Pernah tak korang berdepan situasi bila mood masak datang, tiba-tiba ayam yang dibekukan lupa nak keluar. Memang masalah kerana bahan penyediaan lain sudah disiapkan.

Tak perlu risau, ada cara betul untuk melembutkan lauk-pauk sejuk beku ini. Tak sampai 10 minit, segala lauk beku boleh jadi lembut dan boleh dimasak seperti biasa.

1. Guna Microwave

Cara paling mudah dan efektif. Masukkan lauk sjuk beku dalam bekas dan masakan dalam ketuhar. Tekan je button ‘defrost’ dan tunggu proses siap. Hasilnya korang akan lihat ais pada lauk sejuk beku cair dengan mudqh.

2. Guna Cuka Makan

Boleh juga gunakan cuka. Ambil daging yang hendak dimasak dan masukkan dalam bekas. Masukkan air dan sedikit cuka. Cuka mampu turunkan suhu beku setra masa sama jadikan daging empuk dan mudah dimasak. Lepas daging lemput, boleh dibilas dan masak seperti basa.

3. Guna periuk

Untuk yanğ tiada microwave, guna cara lain untuk lembutkan lauk sejuk beku. Basuh lauk sjuk beku dengan cara alirkan air selama 1-2 minit. Kemudian terungkupkan periuk pertama dan susun lauk beku di bahagian bontot periuk. Ambil periuk kedua dan isi air di dalamnya. Letakkan lauk diatasnya dan biarkan  tunggu daging lembut. Cara sesuai untuk lembutkan daging lembu, potongan kambing dan ikan.

4. Guna Air Panas

Sesuai untuk lembutkan daging bukan untuk ikan dan ayam. Masukkan air mendidih dalam bekas dan campurkan sedikit air biasa supaya suhu cecah 80C. Masukkan kepingan daging yang heidak dicairkan dan tunggu hingga aisnya cair. Tos dan masakan daging seperti basa. Masa diambil bergantung pada tebalnya daging, lagi nipis lagi cepat lembut.

Cara masak kari ayam

Artikel Lain: Resepi Sardin Ekonomi

16 thoughts on “Cara Masak Kari Ayam Guna Santan Asli, Kuah Lebih Pekat & Sedap”

Leave a Comment

error: Content is protected !!