Cara Mudah Putihkan Gigi Kuning Guna Baking Soda

Cara Mudah Putihkan Gigi Kuning Guna Baking Soda| Masalah gigi kuning akan menyebabkan seseorang itu rasa tak selesa. Rasanya nak buka mulut pun segan, bimbang orang akan mengata.

Ramai yang selama ini hanya memikirkan cara bagaimana untuk memutihkan wajah. Tetapi tiada guna kalau muka saja yang putih tetapi bab gigi kuning. Walau dah cuba ubat gigi putihkan gigi, tapi masih tak berhasil.

Artikel Lain: Bau Mulut & Cara Mudah Atasinya

Ini akan menjelaskan senyuman seseorang, malah ada juga yang rasa tak yakin jika mengalami masalah gigi kuning. Waktu ini pasti kita akan mencari cara memutihkan gigi dalam 1 hari atau cara putihkan gigi kuning dengan cepat. 

Sebenarnya terdapat banyak cara memutihkan gigi kuning, tetapi sis nak cadang 9 cara putihkan gigi dengan cepat & berkesan. Dan yang penting selamat guna cara memutihkan gigi dengan cepat & berkesan ini.

Cara putihkan gigi kuning
Kredit Photo: Shiny Diamond – Pexel

Artikel Lain: Cara Hilangkan Resdung

Penyebab Gigi Kuning

Gemar Minum Kopi Atau Teh

Makanan dan minuman seperti teh atau kopi menjadi penyebab utama kenapa warna gigi jadi lebih gelap. Bukan itu saja, malah minuman berasid seperti minuman berkarbonat, serta buah-buahan dan syuran tertentu juga boleh menyebabkan masalah gigi kuning.

Merokok

Ini bagi mereka yang kuat merokok tak kira masa dan tepat. Produkt tembakau seperti rokok mengandungi zarah-zarah yang boleh tinggalkan kesan pada alur mikroskopisk enamel gigi. Ia akan meninggalkan kesan serta mengubah warna jadi gelap dan sukar untuk dibersihkan.

Mulut Kering

Air liar sebenarnya berfungsi untuk meneutralkan asid dan mengalirkan keluar, tetapi bagi mereka yang alami masalah mulut kering akan hilang ciri perlindungan ini. Contohnya apabila seseorang bernafas melalui mulut, ia boleh mencegah air liur daripada membasahi mulut dan dapat tingkatkan risiko menipiskan enamel gigi.

Artikel Lain: Sofea Jane Pilih Vege, Rahsia Cantik 53 Tahun

Ubatan

Rupanya pengambilan antibiotik dan ubatan juga penyebabkan gigi boleh jadi kuning. Terutama golongan kanak-kanak yang mengambil fluroda berlebihan boleh sebabkan gigi jadi kuning apabila mereka dewasa nanti.

Sebenarnya ada pelbagai cara putihkan gigi dengan cepat dan berkesan. Tidak kisahlah sama ada korang nak cara putihkan gigi secara alami atau beli produk pemutih gigi di Watson.

Cara Putihkan Gigi Kuning

1. Kunyah Makanan Sebagai Pencuci Mulut

Dikatakan kunyah makanan seperti epal, sayur saderi atau lobak merah dapat menjadikan gigi korang jadi lebih putig disebabkan teksturnya yang berserat. Ia juga dapat membersihkan makanan terlekat pada gigi serta menghilangkan (kesat) plak-plak kekuningan yang terhasil dicelahannya.

2. Cara Putihkan Gigi Guna Baking Soda

Antara petua memutihkan gigi yang paling popular adalah dengan menggunakan baking soda. Caranya adalah dengan membancuh suku sudu teh baking soda dengan sedikit ubat gigi. Beruskan gigi seperti biasa dan bilas dengan air. Lakukannya sekali seminggu atau setiap 2 minggu. Perlu diingat jangan guna baking soda secara melampau juga dikatakan boleh menghakis enamel gigi nanti.

3. Cara Memutihkan Gigi Dengan Garam

Jangan tak tahu, korang juga boleh guna cara memutihkan gigi dengan garam. Ini kerana penggunaan garam dikatakan boleh menambah sumber mineral pada gigi dan sekaligus menyerlahkan lagi warna putihnya. Caranya adalah dengan menyapukan garam pada gigi seperti langkah menggunakan baking soda di atas. Kemudian berus dan bilasnya seperti biasa.

Cara putihkan gigi kuning

5. Kena Rajin Berus & Flos

Cara paling mudah kena rajin berus dan bersihkan gigi dengan flos. Ubat gigi dapat membantu mengeluarkan kotoran daripada gigi manakala penggunaan flos dapat mengeluarkan sisa makanan dengan berkesan. Sesetengah makanan yang terlekat di celah gigi tidak dapat dibersihkan dengan sempurna menggunakan berus gigi. Makanan yang terbiar lama di celahan boleh menghasilkan bakteria dan plak gigi.

6. Kurangkan Pengambilan Kopi & Minuman Bergula

Jangan tak tahu salah satu penyebab utama gigi kuning adalah minum kopi, selain rokok dan juga ambil minuman bersoda. Bukan kata tak boleh langsung minum air kopi, tapi perlulah hadkan pengambilannya setiap hari. Ini kerana minuman dan makanan bergula boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria Streptocuccus Mutans,  iaitu bakteria utama penyebab plak dan gingivitis yang merosakkan gigi serta menjejaskan keputihannya.

7. Gunakan Apple Cider atau Cuka Epal

Salah satu cara semula jadi putihkan gigi adalah dengan menggunakan cuka epal. Ambil satu sudu cuka epal dan larutkan dengen setengah cawan air. Kemudian kumur dengan larutan cuka epal berkenaan dan lakukan setiap pagi. Pastkan larutkan dulu cuka epal sebelum digunakan kerana cuka epal yang pekat boleh menghakis enamel gigi dan merosakkannya.

8. Guna Lemon

Ada juga cara mudah untuk putihkan gigi hanya guna lemon. Caranya adalah dengan menggunakan perahan lemon yang diletakkan pada gigi sama ada menggunakan berus gigi atau jari. Ratakan dulu pada bahagian enamel gigi dan biarkan lima minit. Berus lembut dan bilas seperti biasa. Tak susah mana pun cara nak putihkan gigi guna lemon. 

Cara putihkan gigi kuning

9. Kena Rajin Jumpa Doktor Gigi

Jika cara memutihkan gigi kuning dicadangkan kurang berkesan, korang boleh serah diri berjumpa dengan doktor gigi. Doktor gigi akan membuat pemeriksaan dan lakukan rawatan bersesuian. Antaranya rawatan veneer. Proses ini biasanya membabitkan cara untuk pulihkan bahágian hadapan gigi agar kelihatan putih dan bentuk gigi jadi lebih cantik. Rawatan ini mampu bertahan lama tetapi kos agak tinggi sedikit.

Pemutih Gigi Paling Berkesan

Ada juga carian dalam internet, warga maya turut berkongsi cara alami menghilangkan gigi kuning ini hanya sepantas 5 minit guna dua bahan saja.

Perkongsian dari Fitriah Azman yang memberitahu cara digunakan ini bukan sahaja membersihkan gigi kuning, tetapi juga nafas jadi segar. Hanya menggunakan 2 bahan yang gerenti senang nak cari di dapur.

Bahan-bahan:

  • Soda bikarbonat
  • Perasan lemon

Cara Membuat:

  1. Letak soda bikarbonat dalam bekas.
  2. Perah lemon tadi ke dalam bekas yang dah diletak soda bikarbonat.
  3. Gaul rata larutan tadi sehingga jadi paste macam ubat gigi. Campurkan sedikit air.
  4. Gosok gigi dengan campuran tadi dan biarkan selama 5 minit. Kemudian barulah berkumur seperti biasa.
Cara putihkan gigi kuning

Produk Putihkan Gigi Di Watson

Ini pula antara produk pemutih gigi paling berkesan yang sis rasa korang mesti suka. Boleh je cari di drugstore seperti Watson, kalau beli masa sale lebih jimat. Jom kita survey apa dia produk pemutih gigi dan juga ubat karang gigi di farmasi dan elakkan sesekali beli produk pemutih gigi viral bahaya dan boleh mendatangkan masalah lain.

1. Colgate Optik White Plus Shine White

Jenama Colgate sememangnya sudah menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia dan ubat gigi Optic White 100g ini boleh memutihkan gigi dalam masa 1 minggu sahaja. Antara ubat gigi terbaik boleh korang beli di drugstore.

2. Darlie Whitening Toothpaste Charcoal Clean (Value Pack)

Mengandungi zarah arang buluh Korea dengan serapan semula jadi di dalam ubat gigi ini yang membantu untuk membersihkan mulut dengan lebih teliti.

3. Sensodyne Gentle Whitening Flurida Toothpaste

Usah risau, guna sahaja ubat gigi Sensodyne yang sesuai untuk bersihkan gigi sensitif ini.  Jika anda berus gigi 2 kali sehari, ubat gigi ini mampu mengembalikan gigi anda kepada warna putih semula jadinya.  Malah, pemutih gigi ini juga boleh bertindak menghilangkan kotorsn dari dalam gigi sekaligus dapat melegakan gigi sensitif.

4. Paradontax Daily Whitening Toothpaste

Ubat gigi ini mampu membersihkan permukaan gigi daripada kotoran dan sekaligus boleh mengembalikannya kepada warna putih semula jadi.  Jangan lupa untuk ludah selepas memberus gigi dan berkumur seperti biasa kerana anda tidak digalakkan untuk menelan ubat gigi ini.

5. Fresh & White Volcanic Whitening Toothpaste

Tiada lagi masalah gigi kuning atau nafas berbau jika anda gunakan ubat gigi jenama Fresh & White dari Jepun ini. Diformulasikan khas untuk anda yang mahu putihkan gigi secepat mungkin kerana mampu memutihkan gigi lebih putih dalam masa 2 minggu. 

Artikel Lain: 5 Cara Hilangkan Plak Gigi Guna Bahan Dapur Je

2 thoughts on “Cara Mudah Putihkan Gigi Kuning Guna Baking Soda”

Leave a Comment

error: Content is protected !!