Trending

Tonton Drama Kerana Cinta Itu Ada Lakonan Mantap Nabila Razali

Tonton Drama Kerana Cinta Itu Ada Lakonan Nabila Razali | Siapa tak kenal dengan pelakon dan juga penyanyi Nabila Razali yang sentiasa murah dengan senyuman.

Orangnya kecil molek dan bijak bergaya dengan fesyen diminati. Malah selebriti muda ini juga mempunyai follower di akaun instagramnya mencecah hampir 3 juta.

Artikel Lain: AJL 35, OOTD Nabila Razali Paling Cantik

Jika sebelum ini nama Nabila Razali viral gara-gara suara sedikit terkucil ketika menyanyi lagu secara live, tetapi bakatnya dalam bidang lakonan tidak perlu dipertikai.

Kerana Cinta Itu Ada

Tonton Drama Kerana Cinta Itu Ada

Ketika ini, drama lakonanya bertajuk, Kerana Cinta Itu Ada jadi trending pada setiap hari melalui saluran Drama Sangat TV3 setiap jam 7 malam hingga 8 malam. Wataknya sebagai gadis yang teraniaya dan merindukan kekasihnya mengundang sedih dijiwa penonton.

Kali ini, Nabila Razali berdampingan dengan pelakon muda serba boleh, Aedy Ashraf. Ternyata kserasian kedua-duanya melakonkan watak masing-masing menjadikan drama ini nombor satu tontonnan di kaca TV.

Baik Nabila ataupu Aedy masing-masing memberikan lakonan mantap dan menjiwai watak diberikan dengan berkesan. Walaupun bergandingan kali pertama, namun kedua-duanya tidak kekok menjayakan watak sebagai suami isteri.

Artikel Lain: Sofea Jane Pilih Vege, Rahsia Cantik 53 Tahun

Sinopsis Kerana Cinta Itu Ada

Pertemuan Nabila Aulia ataupun Bella (Nabila Razali) dan Tengku Aisy Mateen (Aedy Ashraf) dimulakan dengan insiden pergaduhan kerana berebut bunga Lily di kedai bunga. Bella berhenti kerja di sebuah hotel dan pulang ke kampungnya. 

Tengku Aisy mengambil keputusan untuk mengambil alih hotel milik bapanya setelah terdengar perbualan Zhafran (Syazuwan Hassan) dan ibu tirinya, Tengku Lydia (Emelda Rosemila) yang ingin membolot semua saham hotel bapanya. Keputusan ini telah membawa kepada pertemuan semula Aisy dan Bella yang kini menguruskan resort milik keluarganya di kampung, Vila Paksina. 

Zhafran memperkenalkan Dahlia (Puteri Khareeza) kepada ibu angkatnya, Tengku Lydia tapi Dahlia dihina oleh Tengku Lydia. Zhafran yang terpengaruh dengan kata-kata Tengku Lydia mula mengejar cinta Bella dan tinggalkan Dahlia. 

Kerana Cinta Itu Ada

Terpisah Kerana Fitnah

Kedatangan Tengku Aisy telah menarik perhatian Dahlia. Dahlia cuba memikat Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy telah melamar Bella sebagai isterinya. Dahlia semakin membenci Bella tetapi dia masih berbuat baik dengan Bella demi kepentingannya.

Menjelang hari pernikahan, Bella difitnah mempunyai hubungan dengan Rayyan (Alvin Chong). Oleh kerana trauma dengan kecurangan bekas tunang, Aisy terus menghukum Bella tanpa berfikir secara rasional. Aisy mahu memutuskan pertunangan tetapi Bella merayu Aisy untuk hadir ke majlis pernikahan demi maruah ibu bapanya. Aisy bersetuju dengan mengenakan syarat pada Bella. 

Aisy menyakiti hati Bella dengan tindakan memilih Dahlia. Bella semakin terluka melihat Aisy dan Dahlia. Bella nekad sambung belajar dan meninggalkan surat untuk Aisy melepaskannya. Setelah beberapa tahun, Bella pulang ke Malaysia dan terkejut bahawa dia masih isteri yang sah kepada Aisy. 

Masihkah ada peluang untuk Aisy membetulkan kesilapannya? Dapatkah Bella menerima Aisy kembali sebagai suaminya? Apakah yang terjadi kepada Dahlia yang sanggup mengkhianati sahabat baik demi kepentingan diri? 

Artikel Lain: Ejen Ali Musim Ketiga, Muncul 7 Episod

Pelakon Kerana Cinta Itu Ada

  • Aedy Ashraf sebagai Aisy (Tengku Aisy Mateen)
  • Nabila Razali sebagai Bella (Nabila Aulia)
  • Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal
  • Alvin Chong sebagai Rayyan
  • Syazuwan Hassan sebagai Zhafran
  • Raden Zaharatul sebagai Dayyan
  • Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia
  • Mas Anizan sebagai Puan Alawiyah
  • Dato Shah Rezza sebagai Encik Nazri
  • Safura Yaakob sebagai Puan Hasni
  • Syaffiq Sahli sebagai Nahfiz
  • Dian P Ramlee sebagai Puan Arifah
  • Husna Mustaffa sebagai Aina
  • Anas Ridzuan sebagai Mamat
  • Saidah Kamarudin sebagai Yana
  • Nick Naem sebagai Edie
  • Najua Pramlee
  • Edika Yusof

Drama sebanyak 28 episode ini merupakan adaptasi novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea terbitan produksi Global Station. Ia diarahkan sepenuhnya oleh Azri Izhar dan boleh ditonton di TV3 ataupun Disney + Hotstar.

Kerana Cinta Itu Ada

Sinopsis Novel Kerana Cinta Itu Ada

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nabila Aulia, graduan lulusan pengurusan perniagaan yang kini mengusahakan resort keluarganya. 

Ketika bekerja di situ, Nabila Aulia (ataupun lebih mesra dipanggil, Bella) telah bertemu dengan Tengku Aisy Mateen, yang merupakan anak pemilik hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Selepas beberapa pertemuan romantis yang tidak dijangka, membuatkan mereka berdua jatuh cinta. 

Pada Bella, Aisy merupakan lelaki paling hebat yang pernah hadir dalam hidupnya. Manakala bagi Aisy, Nabila bukan hanya seorang gadis biasa tapi bidadari yang Allah kirimkan dari syurga. Villa Paksina menjadi saksi kisah cinta mereka.

Namun hubungan percintaan ini putus di tengah jalan dek kerana fitnah oleh kawan baik Bella sendiri, Dahlia Rizal yang semenjak dahulu sentiasa menyimpan rasa cemburu dan sakit hati pada kawan baiknya. 

Mampukan Cinta Kembali Terjalin

Bella membawa diri bertahun-tahun lamanya dan Aisy tetap setia menanti. Hatinya yang terluka buatkan Bella membenci Tengku Aisy tanpa tahu antara dia dan Aisy masih terikat dalam hubungan suami isteri.

Dapatkah hubungan cinta mereka kembali terjalin atau terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan?

Kerana Cinta Itu Ada

Jadi bagi peminat Nabila Razali, jangan lupa untuk terus menontonnya kerana drama Kerana Cinta Itu Ada baru bersiaran 28 Disember lalu. Untuk OST Kerana Cinta Itu Ada pula dinyanyikan oleh Nabila Razali sendiri bersama Khai Bhaha bertajuk Selagi Ku Ada.

OST Kerana Cinta Itu Ada

Artikel Lain: Fesyen Baju Raya Terkini Tahun 2023

Similar Posts

2 thoughts on “Tonton Drama Kerana Cinta Itu Ada Lakonan Mantap Nabila Razali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!