Zizi Kirana figura hebat dalam dunia industri hiburan tanah air yang terkenal dengan imej tersendiri. Walaupun namanya lambat bersinar tetapi kehadiran Zizi Kirana memberi impak besar dalam industri seni.
Bercerita pasal dirinya tertumpu mengenai soal kehidupan peribadinya dan juga penghijrahan yang membawa kepada penampilan lebih santun berbanding seksi dulu.
Zizi Kirana ata nama penuhnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil merupakan seorang penyanyi popular di Malaysia. Memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian apabila memasuki pertandingan realiti Akademi Fantasia pada tahun 2009.
Walaupun tersingkir separuh jalan, tetapi Zizi Kirana tidak terus menoleh ke belakang. Terus menapak mengejar cita-citanya untuk bergelar penyanyi. Pernah menjadi penyanyi bagi kumpulan The Fabulous Cats sebelum kemudiannya bergerak solo dan berjaya mencipta imej tersendiri.
Baca Juga: https://sitizurinamatsaman.com/biodata-penuh-hannah-delisha/
Kejayaan paling manis selama bergelar penyanyi apabila Zizi Kirana berjaya memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu kali ke 35 membawakan lagu ‘Eh’. Lengkap berpakaian seakan-akan dewi legenda Indonesia iaitu Nyi Roro Kidul atau Kanjeng Ratu Kidul, Zizi berkata, dia sengaja menyuntik elemen tradisional ke dalam lagu genre hip hop itu bagi memberikan sedikit nafas nusantara. Sejak itu ramai mula menyedari bakat nyanyian yang ada dalam diri Zizi Kirana.
Pernah dilabel penyanyi paling seksi, tetapi perubahan penghijrahan oleh Zizi Kirana seperti melahirkan diri Zizi Kirana yang baru. Ternyata ramai suka dengan penampilan terkini penyanyi yang berasal dari Sabah ini.
Biodata Zizi Kirana
- Pemilik nama penuh Nur Fazelah@Zizie Mad Tahil merupakan anak sulung dalam keluarganya.
- Dilahirkan di Semporna Sabah pada 23 Januari 1985 dan Sipitang tempat dia dibesarkan dari umurnya dua tahun.
- Zizi Kirana yang kini berusia 35 tahun mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Weston Beaufort tetapi tidak menyambung pelajaran selepas tingkatan lima.
- Rupanya sebelum bergelar penyanyi, Zizi yang mempunyai suara serak basah ini merupakan kakitangan kerajaan yang bertugas di Jabatan Penerangan Sabah.
- Muncul dalam program realiti Akademi Fantasi Musim Ketujuh (AF7) seangkatan denga Hafiz Suip dan Akim Ahmad. Walaupun terssungkur awal tetapi tak patahkan semangat bergelar penyanyi.
- Zizi juga memulakan kariernya sebagai penyanyi kumpulan asyid bersama grup Zaiyan sebelum dikenali sebagai penyanyi komersial.
- Mempunyai kebolehan mengalunkan lagu-lagu nasyid, berselawat dan membaca ayat suci Al-Quran dengan taranum. Kelebihan ini telah mula digilap ketika di zaman bangku sekolah di mana Zizi Kirana pernah bersaing dalam pertandingan tilawah Al-Quran peringkat negeri Sabah mewakili sekolahnya. Sedap rupanya suara Zizi Kirana mengaji. Jangan tak tahu ibu saudara Zizi juga merupakan bekas Qariah negeri Sabah.
- Pernah bergelar ustazah lepas tamat persekolahan dan secara sukarela menhajar kanak-kanak di kampungnya mengaji situ di sebuah masjid di Sipitang Sabah selama 3 tahun.
- Selain membawakan genre RAO, dia juga turut dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu dangdut atas dorongan bintang rap agenda, Malique. Antara lagu popularnya Boeh Jalan, Nak Ke Tak Nak Lepak Mamak, Rahsia Hati dan banyak lagi.
- Hujung tahun 2009, Zizi kembangkan kerjaya seninya sebagai salah seorang kumpulan The Fabulous Cats yang memperjuangkan muzik hip hop diketuai oleh bintang hip hop popular, Cat Farish.
- Dia kemudiannya mula bergerak solo dan membawakan nama Zizi Kirana dan ternyata percaturannya ini berjaya.
- Turut mengembangkan bakat dalam dunia lakonan apabila membintangi pelbagai drama, telefilm dan filem seperti Hantu Boceng, Bujang Sepah Lalalitamplom, Cuti-Cuti Cinta, Cinta Kapcai dan Pian Kena Balik Raya.
- Zizi Kirana sebelum itu dikenali dengan mej seksi tetapi mula berhijrah apabila menukar penampilan dengan gaya lebih santun sekarang ini sekitar tahun 2021.
- Siapa sangka pertemuan dengan suami Yusuf Bahrin bermula lepas mereka sama-sama tertibat menjayakan rakaman program All Together Now Malaysia sekitar Mac lalu. Pasangan ini berkahwin pada 2021 dan sehingga kini mesih belum dikurniakan anak.
- Suami Zizi Kirana, Yusuf Bahrin juga adalah seorang pelakon dan lebih muda 7 tahun daripada Zizi. Namun itu tak jadi alasan untuk membina kehidupan berumah tangga.
- Mempunyai follower 1.3 juta di Instagram, Zizi Kirana juga turut berkongsi rutin harian dan menyebarkan sisi kebaikan kepada pengikutnya.
Petua Cantik Zizi Kirana
Diangerah kulit yang cantik, Zizi Kirana bersyukur kerana tidak berdepan masalah kulit wajah yang teruk. Dalam satu temubual, memberitahu dia banyak menggunakan bahan semulajadi di dapur untuk tampil cantik menawan.
Menurut Zizi dia bukanlah seorang yang rajin pergi ke spa kecantikan untuk dapatkan rawatan sebaliknya pergi apabila perlu sahaja. Boleh dikatakan dalam setahun dua kali sahaja akan ke spa.
Memberitahu rahsia dia menjaga kulit, saya tidak mempunyai sebarang teknik rawatan khusus. Sebaliknya, saya hanya mencuci muka dengan pencuci wajah, memakai pelindung sinar matahari, serum dan pelembap wajah seperti yang biasa dilakukan oleh semua wanita.
Jika mempunyai masa terluang dia membuat masker pada wajah dengan menggunakan kunyit hidup yang ditumbuk halus. Zizi juga gemar melakukan sendiri masker wajah di rumah kerana seperti yang dikatakan tadi, saya tidak gemar ke spa kecantikan.
Baca Juga: https://sitizurinamatsaman.com/siapa-sophia-albarakbah-ini-fakta-menarik-yang-ramai-tahu-tahu/
Bagi Zizi untuk menjaga penampilan agar kekal anggun dan jelita, semuanya bermula dari dalam. Selain mengamalkan pengambilan makanan dan gaya hidup sihat, perihal jiwa serta kerohanian juga perlu dijaga. Selain itu, dia juga seorang yang amat menitik beratkan aspek kebersihan.
Sebagai tambah nilai untuk kesihatan, Zizi juga mengambil vitamin sebagai suplemen tambahan. Dan penyanyi yang mudah tersenyum ini juga berkongsi amalannya mengamalkan minum jus kulit sebagai minuman kesihatan. Ini adala cara tradisional dan mudah nutuk melakukannya sediri di rumah bagi menjaga kesihatan.
Pernah Dilabel Seksi Dan Cerita Penghijrahan
Pernah dilabel sebagai penyanyi wanita seksi, namun hidayah itu milik Allah. Siapa sangka Zizi Kirana kini merasai manisnya pengalaman saat melakukan penghijrahan ke atas lebih baik.
Menurutnya Selawat Purnama atau lebih dikenali Selawat Qamarun jadi asbab memupuk dirinya berhijrah secara perlarán-lahan. Ketika itu berduet dengan kumpulan nasyid UNIC.
Apabila selawat itu keluar dan diterima ramai, ini antara selawat (Qamarun) yang diminta orang ramai untuk dialunkan. Ternyata impaknya membuatkan dirinya berubah menjadi insan lebih baik.
Selain itu, Zizi mengakui penghijarahan juga bermula apabila mula merasai kehilangan insan tersayang di sekelilingnya. Apabila hati dijentik terus merasa inilah masa untuk berubah dan terus melangkah ke hadapan.
Zizi juga memberitahu Allah berinya banyak nikmat hingga bertanya pada diri sediri apa yang dirinya beri kepada Allah. Apa tujuan hidup dan bila bermuhasabah, zizi tekad untuk berhijrah. Ternyata bersyukur dengan apa yang dilaluinya kini dan percaya aturan Allah itu terbaik bagi dirinya.
Perkahwinan Dengan Yusuf Bahrin
Menyingkap kisah rumahtangganya, Zizi memberitahu dia dan suaminya pelakon Yusuf Bahrin berkenalan selama dua bulan dan pada 29 Ogos 2021 bertunang secara virtual.
Menyedari suaminya muda tujuh tahun tetapi tidak jadi peghalang untuk hidup bersama. Dia tak rasa kekok atau janggal kerana Yusof menerima diri seadanya.
Pasangan ini pasangan itu selamat dinikahkan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju pada September 2021 lalu. Bagi suaminya Yusuf juga tidak ada masalah menerima Zizi Kirana sebagai isteri walaupun tua beberapa tahun dari dirinya.
Apa yang penting hati yang ikhlas dan jujur. Yusuf suka perwatakan Zizi yang bersahaja, dia juga seorang yang baik hati dan menghormati orang tua. Lepas dua tahun berkahwin, pasangan ini belum lagi dikurniakan cahayamata dan masih dalam mood ‘honeymoon’.
Zizi dan suami juga diberikan rezeki tunai umrah awal tahun lalu dan itu pengalaman kali pertama baginya dan menganggap impian sejak dulu untuk berbulan madu di Mekah termakbul.
Cover Lagu Malique Pedih Hati
Perkembangan terbaru Zizi adalah apabila dia membuat kemunculan menyanyikan Cover lagu Sedih Hati nyanyian Malique yang baru-baru ini mencetus kontroversi. Dia yang juga merupakan anak didik Malique begitu teruja diberi keizinan untuk cover lagu Sedih Hati ini.
Lagu terbaru Malique dikatakan kontroversi kerana turut menggabungkan sebuah lagu dari nyanyian arwah Mona Fandey yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 November 2001 di usia 45 tahun lepas didapati bersalah membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 1993.
Lagu berjudul Ratapan Anak dinyanyikan oleh Mona Fandey sekitar tahun 90an. Lagu Mona Fandey ini dijadikan sebagai intro dan background pada lagu terbaru penyanyi Malique ini. Malah tajuk Sedih Hati juga turut diambil dari bait dalam lagu nyanyian Mona Fandey.
Lirik Cover Lagu Sedih Hati Zizi Kirana
Sedih Hati By Malique Sedih hati tak terkira Melihat kawan gembira Berilah daku harapan Mengharungi masa depan-pan-pan Kritikal, deteriorasi mental Fizikal, diragut reaksi dangkal Tipikal egotistikal Dasar dajal hipokritikal Diari apokaliptikal dari diarea politikal Diganti lampin sambung ratah mana praktikal Teatrikal, balada farmaseutikal Dek badut-badut bangku muzikal Yang kemaruk menagih puji, bertanding suci Kita meratap, menangis, mengemis ruji Atap diranap gergasi geng beruk tuli Minta dikembalikan asasi jenuh dibuli Moga segera berakhir gawat (amin) Semoga semua derita dirawat (amin) Yang istiqamah semoga dirahmat (amin) Yang ruwaibidhah semoga dilaknat Sedih hati tak terkira Melihat kawan gembira Berilah daku harapan Mengharungi masa depan-pan-pan Apa rasanya gah di rumah agam? Apa rasanya lena tidur malam? Apa rasanya hidup diampu khadam? Apa rasa jamu darah daging resipi haram? Apa rasa fantasi jadi dewa? Annunaki kebal istimewa, hah Kakistokrasi, duta neraka Baka derhaka, punca malapetaka Ketawakan yang mati, persendakan yang parah Yang lumpuh dipenjara, diseksa, diseranah Yang maling, alim dan zalim Pak Pandir mendominasi Serebrum di patella tular sensasi Apa rasa roh tanpa empati Korup minda dan hati, tanggungjawab dinafi Salahkan propaganda, persalahkan konspirasi Persalahkan segalanya kecuali pekung sendiri Maaf tuan hamba kebuntuan Kalau tuan di angkasa bercumbuan Salam dari warga kemurungan Moga ditulah tuan seketurunan Sedih hati tak terkira Melihat kawan gembira Berilah daku harapan Mengharungi masa depan-pan-pan Ambil darah, ramu racun Sudah ludahkan jamu diadun Satu-satu gugur terkubur Pupus yang zalim tinggal yang luhur Rasis, fasis, narsisis fasik Bergayut di sarkis si spastik fantastik Kuasa bergayut di tali halimunan Tunggu sihirnya dicabut nantikan haribulan Mobilisasi, mulakan draf, fisabilillahi rapatkan saf Hingga ke hari dieleminasi, inalillahi khalif khilaf Kiri dan kanan tembok batu biasa-biasakan Namanya karma, namanya tulah nah kau rasakan Sedih hati tak terkira Melihat kawan gembira Berilah daku harapan Mengharungi masa depan-pan Berilah daku harapan Mengharungi masa depan-pan-pan-pan-pan |
Nak hijab cantik & murah korang boleh je click di sini
Join page Diary Hot Mama di telegram untuk lebih info