Resepi ayam goreng kunyit hanya guna empat bahan termasuk tepung bestari. Tak perlu susah payah nak pergi kedai kerana rasanya memang padu dan confirm makan sampai licin pinggan. Ini bahan-bahan utamanya yang perlu ada.
Resepi Ayam Goreng Kunyit
Bahan-Bahan:
- Isi ayam
- Tepung Bestari
- Serbuk cili
- Sedikit kunyit, garam & serbuk perasa
- Sedikit air
- Sedikit sos tiram
- Minyak untuk menggoreng
- Sedikit sayuran (kacang panjang, carrot & kobis bunga)
Cara Membuat:
- Potong isi ayam ikut citarasa. Masukkan tepung bestari, serbuk cili, serbuk perasa, kunyit, garam dan sedikit air.
- Gaul sebati dan biarkan perap untuk seketika
- Panaskan api, biarkan panas betul dan masuk ayam seketul-seketul supaya cantik gorengannya.
- Apabila kekuningan angkat dan letak tepi. Goreng ayam hingga habis semua.
- Buang sedikit minyak, masukkan sayuran dan letak sos tiram. Biarkan sayuran lembut dan campurkan dengan ayam.
- Gaul sebati dan bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi panas.
Ini adalah resepi yang dikongsi oleh kakak Ipar, Cik Ayu yang memang terror masak. Selama ini masak goreng kunyit macam tu je rupanya tambah tepung bestari rasanya memang padu dan rasa macam di kedai. Ayamnya lebih rangup jika disalut dengan tepung bestari. Inilah rahsia resepi ayam goreng kunyit simple dan sedap.
Baca Juga: https://sitizurinamatsaman.com/resepi-daging-goreng-kunyit-sedap-simple/
Macam-Macam Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap
Rasanya ada bermacam-macam resepi yang orang share untuk resepi ayam goreng kunyit ini. Ayam goreng kunyit lembut ini adalah menu simple yang cukup popular dan mampu memikat selera di kalangan penggemarnya.
Sajiannya cukup ringkas tanpa penyediaan cukup remeh menjadikan ayam goreng kunyit antara warisan kulineri yang ramai tak tahu. Perapan bahan menggunakan bahan utama kunyit, serbuk cili serta sedikit tambahan tepung bestari menjadikan resepi ayam goreng kunyit menjadi menu ringkas untuk hidangan seisi keluarga.
Lain orang lain cara buatnya. Jika melihat carian resepi ayam kunyit ini ramai yang mencari resepi dari influencer masakan terkenal seperti resepi dari Che Nom, Ayam Goreng Mat Rock atau Ayam Goreng Kunyit Khairul Aming.
Apa yang pasti semua resepi ini menggunakan bahan-bahan yang mudah dan ada di dapur kita. Dan rasanya juga seperti di kedai, confirm pinggan licin. Nak lebih sedap memang lawankan dengan sambal macam resepi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock.
Baca Juga: https://sitizurinamatsaman.com/resepi-ikan-tongkol-masak-taucu-paling/
Resepi Ayam Goreng Kunyit Che Nom
Bahan-Bahan:
- 300g ayam, bahagian dada
- 4 batang kacang panjang – potong 2 inci
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 biji bawang besar – hiris nipis
- 2 ulas bawang putih – hiris nipis
- 1 biji bawang merah – hiris nipis
- 1 biji cili merah – hiris nipis
- 2 senduk minyak masak
Cara Membuat:
- Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
- Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau.
- Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang.
Baca Juga: https://surihack.com/ayam-goreng-szechuan-ringkas-tapi-mantap/
Resepi Ayam Goreng Rangup Kunyit Khairul Aming
Bahan-Bahan:
- 2 ketul dada ayam – potong dadu
- 1/2 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sb tepung jagung
- 1 biji Bawang besar – potong 8
- 2 biji bawang putih – pecahkan
- Kacang panjang & carrot – potong panjang
- Secubit garam
Cara Membuat:
- Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Gaul rata. Campur sekali tepung jagung.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng garing ayam. Angkat dan tos
- Kemudian masukkan dalam 3 sudu minyak goreng tadi ke dalam kuali. Tumis bawang, bawang putih, carrot, kacang panjang sekejap. Nak letak cili pun boleh.
- Masukkan ayam tadi, gaul rata.Jika rasa kurang, tambah garam sikit ataupun serbuk perasa secukupnya. Kemudian angkat dan tos masakan sekiranya ada terlebih minyak. Boleh hidang dengan nasi panas.
Ayam Goreng Kunyit Viral
Bahan-Bahan:
- 600 gm dada ayam – dipotong dadu
- 15 gm tepung Tagung
- 10 gm tepung beras
- 1 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu besar serbuk kari
- Satu kiub ayam
- Sedikit air
- Sedikit garam
Cara Membuat:
- Peram dada ayam sekejap sebelum digoreng dengan minyak secukupnya. Biarkan sampai ayam tenggelam dalam minyak.
- Goreng ayam sampai masak. Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.
Bahan-Bahan Untuk Buat Sambal:
- 5 biji cili merah
- 6-10 biji cili padi merah
- Sedikit belacan
- Sedikit gula
- Sedikit tomato dada – boleh ditmbuk sekali
Cara Membuat:
- Kisar semua bahan sekali dan masak atas api kecil. Ambil sedikit minyak goreng ayam dan masuk sekejap.
- Masak 5-8 minit dan siap untuk dimakan. Makan dengan nasi panas dan ayam goreng kunyit tadi.
Tips Masak Ayam Goreng Kunyit:
- Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras.
- Gunakan isi ayam untuk lebih mudah dan cepat masak. Potong kiub lebih senang penyediaannya.
- Jika beli ayam seekor, ambil bahagian isi sahaja.
- Untuk rasa lebih padu, biarkan perapan ayam dalam setengah jam
- Goreng ayam seketul-seketul dan elak masukkan sekaligus untuk dapat tekstur ayam yang cantik.
- Sayuran yang sesuai digunakan adalah seperti kobis bunga, carrot dan juga kacang panjang.
- Untuk elak ayam digoreng tak melekat, boleh guna kuali non stick ini yang juga turut menyeronokkan kerja memasak di dapur.
Petua Elak Ayam Hanyir
Kadang-kadang ayam yang kita beli berbau hanyir jika tak betul membasuhnya dan boleh membantutkan selera apabila sudah dimasak. Ada beberapa tip boleh dikongsi untuk menghilangkan bau hanyir ayam ini. Antaranya:
1. Guna Tepung Gandum
Rendam ayam dengan tepung gandum selama 30 minit sebelum mencucinya. Bukan sahaja bau hanyir hilang, bahkan lelemak ayam juga akan keluar.
2. Air Asam Jawa
Guna air asam jawa dimana lumur ayam dengan asam jawa dan biarkan 20 minit. Kemudian bilas dan ayam akan jadi lebih puith.
3. Air Basuhan Beras
Boleh juga gunakan air lebihan beras. Rendam selama 20 minit dan akan bertukar warna. Lelemak ayam juga akan kelihatan. Bilas dengan air bersih dan boleh dimasak seperti biasa.
4. Guna Cuka
Rendamkan ayam dengen sedikit cuka, waktu cuci ini lendir akan keluar dan ayam jadi lebih bersih. Basuh bersih dan boleh dimasak seperti biasa.
5. Guna lima nipis Dan Limau Kasturi
Boleh juga gunakan petua perap ayam dengan perahan air liman nipis atau limau kasturi dan biar selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
6. Suhu Penyimpanan Yang betul
Perlu disimpan dalam suhu beku yang sepatutnya. Ayam beku bertutup boleh disimpan sehingga 9 bulan.
5 Tanda Ayam Busuk Atau Rosak
1. Perubahan Warna
Sebelum masak periksa ayam. Ayam segar mempunyai warna merah jambu dan jika rosak warnanya bertukar pudar. Jika sudah rosak, warnanya tidak akan jadi putih walau dicuci dan dibersihkan. Selalunya daging ayam berwarna abu-abu atau hijau keabuan.
2. Ada Bau Yang Kuat
Ada bau seperti busuk, masak dan bau amonia. Elakkan terus masak jika ada tercium bau ini pada ayam.
3. Berlendir Dan Melekit
Selalunya jika ayam berlendir akan hilang lepas dibersihkan. Tetapi lendir ayam rosak tidak akan hilang walaupun dicuci dan dibersihkan. Daging ayam juga terasa sangat melekit.
4. Ais Berketul Pada Ayam Dibekukan
Ayam yang disimpan atau dibekukan, terdapat lapisan ais tebal pada ayam berkenaan menandakan bahawa ayam itu dalam keadaan tidak bagus dan tidak sesuai untuk dimakan. Ini juga boleh dikatakan masalah dari rpgi penyimpanan ayam berkenaan.
5. Bau Ayam Kuat Ketika Proses Masak
Ayam rosak akan keluarkan bau seperti telur busuk atau belereng ketika sedang dalam proses masakan.
Harga Isi Ayam Di Pasaran
Isi ayam adalah bahagian terbaik untuk membuat ayam goreng kunyit atau butter chicken. Ini kerana bahagian ini tiada tulang dan lebih lembut untuk dimakan. Walau bagaimanapun harga isi ayam ini sedikit mahal berbanding seekor ayam.
Pasaran | Harga 1KG |
---|---|
LOTUS | RM16.90 |
SHOPEE | RM32.00 (2KG) |
KING | RM20.50 |
MYDIN | RM17.99 |
LAZADA | RM23.80 |
Layari page sitizurinamatsaman.com dan join telegram mammareen untuk lebih info
ayam goreng kunyit ni memang famous jadi lauk bajet kalau makan di luar
padu kan sis