Resepi Udang Garlic atau Udang Bawang Putih atau Garlic Prawn memang sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi panas.
Lebih-lebih lagi dihujung-hujung puasa ini, semuanya sudah membayangkan rendang. Kalau boleh nak hidangan yang simple je dan salah satunya resepi udang garlic ni.
Sebenarnya sis pertama kali cuba resepi ini yang diberi oleh geng lunch aka merangkap geng blogger juga Hasnita Sawal masa time PKP hari tu. Maklumlah masa PKP kita rajin masak macam-macam menu sedap dan simple. Time PKP ni pun sis rajin masak Spageti Daging Cincang yang mudah nak buat.
So dia bagi resepi udang garlic yang katanya dikongsi dari masakan disediakan Sheila Rusly. Sekali buat tak menjadi, tapi dua tiga kali buat memang dapat rasa yang diingini. Rasa bawang putih garing membuatkan aromanya cukup menusuk hidung.
Resepi udang garlic ini memang antara resepi udang paling simple dan mudah. Malah bahan-bahan digunakan juga sangat senang nak cari dan mesti ada di rumah.
Cumanya nak masak udang kena tengok-tengok harga udang yang dijual di pasaraya. Kalau murah boleh terus onzz beli. Sekali sekali ok lagi, tapi kalau selalunya nampaknya kena gantung kuali. Budak-budak sangat suka resepi garlic prawn dan sebulan sekali mesti buat. Confirm licin pinggan.
Okaylah, sis nak share resepi udang garlic yang cukup mudah menggunakan tiga bahan utama saja. Penyediaan dan cara masak hanya ambil masa sekitar 10 minit.
Oh yer sebelum masak udang, pastikan udang dibersihkan dulu dengan membuang tahi udang yang berada dalam badannya. Di sini ada cara mudah bersihkan udang yang korang boleh buat waktu mencuci udang.
Resepi Udang Garlic
Bahan-Bahan:
- Udang – dibersihkan & dilumur kunyit, garam dan biarkan seketika
- Chili flakes
- Sedikit minyak
- Bahan perasa secukupnya
Cara Membuat Resepi Udang Garlic:
- Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Kalau nak lebih garing, boleh goreng lama sikit. Sis suka garing, so akan goreng lama sikit tapi jangan sampai terlalu garing. Angkat & ketepikan
- Boleh guna minyak sama (buang sedikit) dan masukkan bawang putih yang dicincang tadi. Biarkan sedikit garing.
- Masukkan udang dan taburkan chili flakes. Gaul sebati.
- Masukkan bahan perasa secukupnya dan gaul lagi sebati. Angkat dan sedia untuk dihidang.
Tip Masak Resepi Udang Garlic
- Pastikan udang dibasuh bersih. Ini cara bersih udang yang betul.
- Api ketika nak goreng bawang putih jangan terlalu besar nanti rasa hangit.
- Kalau nak lebih sedap, banyakkan penggunaan bawang putih.
- Jangan blender atau tumbuk bawang putih, tapi dicincang.
- Tak perlu goreng udang dengan tepung Bestari atau apa juga tepung.
- Gunakan udang segar untuk rasa lebih sedap & manis
- Paling penting kena ada chili flakes, nak rasa lebih pedas masukkan lebih.
Kalau orang nak buat resepi udang garlic cara Sheila Rusly pun boleh. Katanya udang garlic tak payah makan dikedai, buat sendiri lebih puas hati. Hanya guna empat bahan utama dalam penyediaan resepi udang garlic air tangan selebriti popular ini. Jom kita tengok acaner gaya membuatnya.
Resepi Garlic Prawn Shiela Rusly
Bahan-Bahan:
- Udang
- 20 biji bawang putih – dicincang halus
- 5 ulas bawang besar – dicincang
- Chili flakes
- Daun bawang – dihiris halus
- Perisa secukupnya
Cara Membuat:
- Udang dibersihkan digoreng seketika. Biarkan dulu
- Guna lebihan minyak goreng udang dan masukkan bawang putih yang dah dicincang. Jangan guna api besar & goreng hingga sedikit kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan minyak sama dan masukkan bawang besar tadi. Biarkan sedikit garing.
- Masukkan udang tadi dan chili flakes. Gaul sebati.
- Masukkan bawang putih dan letakkan bahan perasa secukup.
- Akhir sekali tabur daun bawang dan gaul sebati sebelum diangkat.
Resepi MAGGI Kari Udang
Sebelum itu sis nak juga cara masak maggi kari udang yang juga sangat popular carian di internet. Maklumlah kalau namanya maggi sapa je yang tak suka.
Kalau dimakan kosong pun sedap apatah lagi kalau diletak bahan sampingan seperti udang. Haa jom kita layan cara masak maggi kari udang kot-kot ada yang teringin lepas raya nanti. Atau kalau nak rasa mewah korang boleh juga try resepi Udang Diraja.
Cara Masak MAGGI® Kari Udang
Bahan-Bahan:
- 1 paket mi MAGGI® Kari
- 4 ketul udang
- 4 Ulas bawang putih – hiris
- 10 gm bawang merah – hiris
- 0.25 gm saderi – hiris
- 0.5 gm lobak merah – dipotong kecil
- 5 gm daun bawang – hiris
- 2 sudu besar sos cili MAGGI®
- 1 gm garam
- 10 gm minyak masak
Langkah Penyediaan:
- Sediakan sepaket MAGGI® kari 2 minit. Panaskan air hingga mendidih. Celur mi MAGGI® selama 2 minit. Angkat & toskan
- Di dalam mangkuk, campurkan udang dan bawang putih. Panaskan 2 sudu minyak dan goreng udang dan bawang putih sehingga ¾ masak. Dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, saderi, lobak merah dan daun bawang.
- Masukkan MAGGI® yang telah dicelur dan masukkan kicap pekat manis, sos cili dan garam. Kacau sehingga rata. Inilah resepi dan cara masak MAGGI® Kari Udang
Atau kalau nak lebih resepi udang yang pelbagai, korang boleh juga try 5 resepi udang yang gerenti senang dan sedap. Kalau dapat udang galah mata sepit biru lagi mengancam kan. Dan yang mahukan kelainan boleh try buat resepi Sambal Udang Geragau Garing confirm sedap tak hengat.
Memang fav udang ni. Biasa masak sambal tumis petai jer. Lain kali boleh try resipi ni.
nampak sedap udang garlicnya, resepi pun nampak mudah nak cuba nanti.
ha nnt try buat sis