Sinopsis drama Kerasnya Takdir adalah adaptasi novel dari penulis berbakat besar, Haitun Kamarzaman dilihat sebagai sebuah karya yang sangat indah.
Gaya bahasanya yang santai dan penuh maksud tersirat menjadikan novel Kerasnya Takdir dijadikan pilihan untuk diangkat sebagai sebuah drama.
Drama Kerasnya Takdir mengetengahkan kisah percintaan dua darjat antara golongan bawahan dengan mereka yang dilabel golongan bangsawan dengan kisah dendam yang tak berkesudahan digarap cukup indah dalam novel yang diterjemah ke drama ini membuatkan ramai tidak sabar untuk menonton Kerasnya Takdir, buah tangan penulis Haitun Kamarazaman.
Drama ini akan bersiaran sebaik tamat tayangan Melur Untuk Firdaus 2 yang kini sedang trending di slot Akasi TV3. Walaupun belum ditayangkan tetapi teaser dan promo menarik sudah dimuat naik di media sosial sama ada oleh pelakon, penerbit atau penulis itu sendiri, Haitun Kamarazaman. Nak tahu sinopsis novel Kerasnya Takdir boleh dapatkan di premis buku di MPH dan Popular.
Biodata Penulis Haitun Kamarzaman
Sedikit info mengenai penulis, ini bukanlah novel pertama Haitun Kamarazaman yang diadaptasi ke drama, sebaliknya drama ketiga selepas Tarik Daku Ke Syurga juga untuk slot Akasia di TV3.
Kisah penceritaan novel yang menarik digarap penulis berbakat besar ini menjadikan Kerasnya Takdir dipilih sekali lagi untuk diadaptasi ke drama bagi mengisi slot yang ada..
Mengenali sisi lain Haitun Kamarazaman yang juga merupakan seorang guru di SMK RPS Betau K11 (sekolah menempatkan pelajar orang asli di Kuala Lipis) beliau memang seorang yang suka menulis.
nak jati Kuala Medang, Kuala Lipis yang kini bertugas sebagai seorang guru Bahasa Melayu di SKK9, Betau, Kuala Lipis.
Beliau mendapat Pendidikan awal di SK LKTP FELDA Jenderak Selatan dari darjah satu sampai darjah enam. Kemudian, bersekolah menengah di SMK Kuala Krau selama lima tahun dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.
Penulis memasuki tingkatan enam di SMK Temerloh. Keputusan STPM yang agak baik melayakkan penulis memasuki Universiti Sains Malaysia dalam bidang Komunikasi. Penulis kemudiannya memasuki Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 2000 dan mengambil jurusan Pengajian Melayu/Sastera.
Beliau memulakan perkhidmatan sebagai guru di SMK Agama Ranau pada tahun 2001 hingga 2003. Kemudiannya beliau bertukar ke SMK Sungai Koyan dari tahun 2003 sehingga tahun 2018. Pada tahun 2018, penulis bertukar ke SK Betau.
Penulis bermula sebagai penulis swaterbit pada tahun 2018 dengan menghasilkan buku solo pertama yang bertajuk BERTATIH MENCARI DIRI BERUBAHLAH. Buku ini adalah buku kisah hidup yang mengisahkan perjalanan hidup penulis dari kecil hingga dewasa.
Kemudian diikuti buku kedua iaitu TRAVELOG HATI, KEMBARA ITU HIJRAH. Buku ini adalah catatan perjalanan penulis setiap kali beliau mengembara ke luar negara.
Seterusnya pada tahun 2020, beliau menerbitkan novel pertamanya iaitu SALJU RINDU DI KOTA EDINBURGH, diikuti novel kedua bertajuk TARIK DAKU KE SYURGA dan novel ketiga bertajuk KERASNYA TAKDIR. Novel keempat penulis bertajuk DIAN PERAWAN, diikuti novel kelima bertajuk ENG AN HEIG Kuingin Terbang. Dan terbaharu ialah novel TABIR KARTIKA.
Manakala novel SALJU RINDU DI KOTA EDINBURGH, DIAN PERAWAN, ENG ANG HEIG dan TABIR KARTIKA juga bakal diadaptasi sebagai drama bersiri.
Selain novel, penulis turut aktif menghasilkan cerpen. Koleksi cerpen penulis telah dimuatkan dalam sebuah antologi bertajuk ANGIN CINTA DARI BETAU.
Penulis juga banyak terlibat dengan penulisan antologi bersama tokoh penulisan terkenal tanah air. Berpuluh-puluh nuah koleksi cerpen telah diterbitkan hasil kerjasama dengan penulis-penulis yang lain. Antara yang terkenal ialah Antologi cerpen dalam buku SEROJA MASIH BERBUNGA.
Haitun juga turut berpotensi menulis cerita atau kisah seram seperti Tabir Kartika. Yang suka cerita begini, mungkin boleh layan juga filem Menjelang Maghrib yang penuh suspen dan mendebarkan.
Sinopsis Drama Kerasnya Takdir
Mengisahkan Jeha yang berkahwin dengan Syed Munir, anak Syarifah Aminah yang dikatakan berasal daripada golongan bangsawan di Bukit Betong. Perkahwinan mereka ini tidak direstui oleh ibu Syed Munir, Syarifah Aminah. Syarifah Mastura, kakak Syed Munir juga turut membenci Jeha kerana dianggap ‘orang yang tidak diketahui asal-usulnya’. Mereka kemudiannya dikurniakan seorang anak, Syarifah Saleha.
Takdir Allah SWT, Syed Munir tiba-tiba lumpuh dan Jeha pula terpaksa bekerja. Segala-galanya kini di bawah tanggungjawab Jeha. Mencari nafkah, menguruskan suami dan anak serta hal ehwal rumah tangga. Ini kerana rasa cinta yang mendalam pada suaminya Syed Munir.
Selain itu, Jeha mengupah Haryanto, seorang pekerja Indonesia untuk menoreh getah di kebun kecil miliknya. Hasilnya dapat juga menampung keperluan harian mereka sekeluarga.
Konflik mula timbul apabila majikannya, Encik Farouk yang pernah menaruh hati pada Jeha, mula menabur fitnah terhadap mereka berdua. Kemuncak konflik berlaku apabila Jeha terpisah daripada suami dan anaknya sehingga dia dikatakan telah menjadi gila.
Apakah fitnah yang tersebar dan mengapa Jeha boleh terpisah daripada suami dan anaknya? Apa pula yang terjadi kepada Haryanto, Syarifah Aminah dan Syarifah Saleha? Ikuti drama terbaru yang mengisi slot Akasia ini nanti pada 24 April 2023 di TV3. Adakah cinta akan kembali menemukan mereka berdua atau takdir yang cukup keras untuk Syed Munir dan Jeha dapat bersatu semula.
Pelakon Drama Kerasnya Takdir
- Amyra Rosli sebagai Jeha
- Redza Rosli sebagai Syed Munir
- Kartina Aziz sebagai Syarifah Aminah
- Mia Nasir sebagai Syarifah Emelia
Drama sebanyak 28 episode terbitan Creative Skill Solution dan diarahkan oleh Emi Suffian. Menampilkan pelakon cukup hebat seperti Amyra Rosli dan Redza Rosli sebagai teraju utama dengen dibantu pelakon lain seperti Kartina Aziz, Azlee Khairi, Rita Rudaini dan ramai lagi.
Drama Kerasnya Takdir
- Episod: 28
- Tarikh Tayangan: 24 April 2023
- Waktu Siaran: Isnin-Jumaat,7:00 malam
- Rangkaian: Akasia TV3
- Penulis Skrip: Nieza Nahar
- Pengarah: Emi Suffian
- Produksi: Creative Skill Solution
- Pelakon: Amyra Rosli, Redza Rosli, Kartina Aziz, Halim Radzi, Mia Nasir, Azlee Khairi, Rita Rudaini, Husna Mustaffa, Zarynn Min
Baca Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya Karya Siti Rosmizah, Bersiaran Di Astro Ria
Tak layan lagi drama ni. Tengah melayan drama lain. Nanti bolehlah layan drama ni plak
hehe boleh layan bila2
Thanks so much for sharing a snippets of this 28 episodes drama. Enjoy my read as in I’m following the episodes myself. Cheers SiennyLovesDrawing
enjoy sis
Alamak, drama sedih air mata mmg menganggu emosi ni. Kak Pip dah lama sgt Tak layan any kind of drama, hurm bilalah nak marathon lagi Ni layan drama .. Ni pelakon pun best2.
pelakon semua hebat
Menarik cerita ni .. tapi belum berkesempatan nak tengok kat tv .. boleh cari channel dan rakam nih..
haaa boleh tgk ulangan
Wah, novel ni tak pernah baca lagi, tapi bila tengok para pelakon yang lakonkan drama ni, confirm best. Sebab dorang punya lakonan tak pernah mengecewakan, sentiasa menjiwai watak yang diberikan. Ada peluang nanti, boleh layan drama ni.
layan sis