Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya Karya Siti Rosmizah, Bersiaran Di Astro Ria

Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya| Drama Andai Itu Takdirnya bakal menemui penonton di slot Megadrama di Astro Ria sempena Ramadan nanti. Ramai ternanti-nanti buah tangan terbaru novelis dan penerbit Siti Rosmizah ini disebabkan novel ini memang best seller menampilkan penceritaan yang menarik.

Drama 60 episode ini arahan Jamal Khan akan menggandingkan dua pelakon popular Shukri Yahaya dan Hannah Delisha. Bersiaran selama hampir 2 bulan kerana kerana drama ini menghimpunkan sekali adaptasi dari novel Andai Itu Takdirnya 1 & 2 karya Siti Rosmizah.

Sinopsis Andai Itu Takdirnya

Aleya, seorang gadis berasal dari keluarga sederhana. Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Aizril digilai ramai wanita kerana ketampanan dia.

Hidup dia yang kaya menjadikan Syed Aiziril seorang yang berlagak dan sombong. Tanpa di duga telah berlaku satu insiden yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Mereka telah diperangkap oleh Faizal hingga ditangkap khalwat.

Syed Aizril tidak boleh terima dia menuduh Aleya yang perangkap dia semata-mata hendak hidup senang. Syed Aizril dan Aleya disatukan dalam satu majlis pernikahan yang sederhana. Bapa Aleya, Encik Idris begitu kecewa, namun dia tetap hadir untuk mewalikan anaknya. Ibu bapa Syed Aizril pun sama, mereka kecewa namun terpaksa menerima.

Puan Sri Sharifah Aishah mama Syed Aizril begitu membenci Aleya begitu juga dengan emak saudaranya, Sharifah Rosnah. Sepupu Syed Aizril, Sharifah Emilin, yang sepatutnya menjadi isteri Syed Aizril begitu kecewa.

Aleya melalui dugaan dalam hidupnya dengan Syed Aizril menyeksa hidupnya. Namun takdir penentu segalanya, Syed Aizril ditimpa kemalangan namun mampukah Aleya memaafkan semula lelaki yang telah menyeksa kehidupannya tanpa belas? 

Drama Andai Itu Takdirnya

Baca: Biodata Pelakon Hannah Delisha, Rupanya Anak Cinta Dua Benua

Sinopsis Andai Itu Takdirnya 2

Syed Aizril dan Aleya melayari bahtera hidup yang bahagia bersama anak-anak. Lapan tahun hidup berumah tangga begitu indah dan manis rasanya. Datin Sharifah Rosnah tidak dapat menerima takdir yang tersurat buat arwah anaknya. Hati itu masih hitam dengan dendam kesumatnya! Faizal pula, penjara masih tidak menginsafkannya.

Kebencian pada Syed Aizril dan Aleya begitu mendalam sekali. Janjinya! Aleya dan Syed Aizril akan hidup merana! Sharifah Azreen hadir dengan visi untuk memiliki cinta Syed Aizril. Dugaan yang melanda dalam hidupnya, mengoyahkan hati lelaki ini.

Janji pada isterinya dilupakan begitu saja. Hati Syed Aizril sudah tepu dengan ego! Dan ego itu, akhirnya menghancurkan hidupnya. Saat ini, penyesalan dah tak berguna. Hati Aleya sudah mati buatnya! Perlu ke Aleya berpaling lagi? 

Lelaki itu sudah menghancur lumatkan hatinya! Lelaki itu menyeksanya! Lelaki itu mengkhianati cintanya! Andai Itu Takdir-NYA, Aleya redha.

Saksikan kesudahan drama Andai Itu Takdirnya di slot Megadrama sempena Ramadan nanti. Jangan lepaskan peluang mengikuti setiap episod kerana penuh dengan debaran dan bakal menyentuh emosi.

Watak Pelakon Drama Andai Itu Takdirnya

  • Shukri Yahaya sebagai Syed Aizril
  • Hannah Delisha sebagai Aleya
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
  • Idzham Ismail sebagai Ikram
  • Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin
  • Razman Mahayuddin sebagai Faizal
  • Zulkifli Ismail sebagai Syed Abas
  • Aida Khalida sebagai Syarifah Aisyah
  • Esma Daniel sebagai Syed Rahim
  • Laila Nasir sebagai Sharifah Rosnah
  • Atikah Suhaime sebagai Sharifah Azreen
  • Hariz Hamdan sebagai Azhar
  • Nur Dhia Irdina sebagai Dania Arisya

Drama Andai Itu Takdirnya Karya Siti Rosmizah

  • Episod: 60
  • Tarikh Tayangan: Mac 2023
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
  • Rangkaian: Slot MegaDrama, Astro Ria
  • Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan & Liza Ali
  • Pengarah: Jamal Khan
  • Produksi: SR One Sdn Bhd
Drama Andai Itu Takdirnya
Gandingan pelakon drama Andai Itu Takdirnya

INFO NOVEL DRAMA ANDAI ITU TAKDIRNYA

Novel Andai Itu Takdirnya ini juga terbitan Alaf 21 yang menjadi pilihan ribuan pembaca kini dicetak semula! Novel ini juga bakal diadaptasi ke drama dalam masa terdekat! Antara karya Siti Rosmizah yang harus dimiliki.

SINOPSIS NOVEL ANDAI ITU TAKDIRNYA:

“Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya.”

“Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling.”

Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

“Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.

HALAMAN: 592

ILHAM PENULIS DRAMA ANDAI ITU TAKDIRNYA

Umpama mimpi dalam mimpi, itulah perkataan yang tepat hingga tercetusnya ilham saya ini. Saya tertanya sendiri adakah saya seorang yang suka berimaginasi hingga terbawa dalam mimpi?

Rasanya tidak, kerjaya sebagai seorang peguam yang segalanya mementingkan fakta telah membataskan pemikiran saya untuk keluar dari lingkungan profesion saya ini. Pelik tapi benar, selama tiga malam berturut-turut saya bermimpi satu kisah yang sama.

Bermula dengan pengenalan cerita pada malam pertama diikuti dengan babak klimaks pada malam kedua dan penutup pada malam terakhirnya. Pelik, kan? Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis, satu bidang yang begitu berlawanan dengan apa yang saya praktikkan sekarang.

Dengan sokongan dan galakan suami, keluarga dan rakan-rakan, saya akhirnya melihat dari satu sudut yang positif, segala yang terjadi atas kehendak yang Maha Esa, mungkin mimpi itu bukan satu mainan tidur untuk saya tetapi satu anugerah dari-NYA. – Siti Rosmizah –

Buku ini boleh dibeli secara online di www.karangkrafmall.com pada harga promosi RM25.50

Drama Andai Itu Takdirnya
Novel popular karya Siti Rosmizah

Artikel Lain: Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Boleh Strim Online Di TONTON

2 thoughts on “Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya Karya Siti Rosmizah, Bersiaran Di Astro Ria”

Leave a Comment

error: Content is protected !!