Biodata Penuh Hannah Delisha, Rupanya Anak Cinta Dua Benua

Biodata Penuh Hannah Delisha | Hannah Delisha pelakon dari Singapura ini rupanya seorang pelakon yang memiliki wajah pan asian. Dilahirkan pada 27 Oktober 1996, selain berlakon turut bergelar penyanyi, model dan pengacara di Singapura.

Namanya mula dikenali bila berlakun dalam drama Mencintaimu Mr Photographer apabila bergandingan dengan Syafiq Kyile. Kini nama Hannah Delisha kembali trending menerusi drama terbaru Drama Andai Itu Takdirnya tampil membawakan watak Aleya di samping pelakon Shukri Yahaya.

Siapa sebenarnya pemilik nama Hannah Delisha yang dianugerah seraut wajah cantik menawan dek kerana campuran cinta dua budaya berbeza. Mesti ramai nak tahu biodata pelakon Hannah Delisha ini.

Siapa Sophia Albarakbah, Ini Fakta Menarik Yang Ramai Tahu Tahu

Biodata Pelakon Hannah Delisha

  1. Nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birth. Menggunakan nama Hannah Delisha untuk tujuan komersial.
  2. Lahir pada 27 Oktober 1996 dan kini Hannah Delisha berusia 27 tahun.
  3. Ibunya Noor Ashikin merupakan penyanyi di zaman 80an Dan lebih Mesra dengan panggilan Kakcik Wujud. Dan bapanya pula berketurunan lelaki Inggeris bernama Peter Blackburne Birch.
  4. Hannah Delisha berketurunan kacukan Inggeris di sebelah bapa dan Melayu Singapura ibunya.
  5. Mempunyai seorang adik beradik bernama Mia Delisha.
  6. Telah berkahwin pada 18 Februari 2021 Dengan pasangannya Imam Shah Abdul Mutalib yang juga seorang pelakon.
  7. Selain bergelar pelakon, Hannah Delisha juga aktif terbabit dengan kerjaya sebagai penyanyi, pengacara TV, model dan jurucakap produk.
  8. Pernah merakamkan lagu bertajuk,Retak, Anugerah dan Tak Pelru Kata Apa-apa. Dia juga merupakan bekas anggota kumpułan Duo yang dianggotai bersama adik beradiknya Mia Delisha.
  9. Drama lakonannya paling popular Mencintaimu Mr Photographer, Khaty Gerenti, Faculty dan telefilem Spaghetti Kuah Kacang. Namun pada 2017, dia mula mengorak langkah menembusi pasaran di Malaysia apabila bergandingan dengan Syafiq Kyle dalam drama Mencintaimu Mr Photographer.
  10. Sangat gemar makanan Melayu seperti Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas, Ulam-Ulaman dan Sambal.
  11. Hannah Delisha juga pandai bertutur dalam pelbagai bahasa termásuk, Hindi, Jepun, Arab, Inggeris, Sepanyol, Cina selain fasih berbahasa Melayu.
  12. Pernah memenangi anugerah Personaliti Wanita Paling Popular pada Pesta Perdana Singapura ke 14 pada tahun 2017 menjadikan dia pemenang termuda kategori berkenaan kerana ketika itu usianya baru menjangkau 20 tahun.
  13. Untuk mengikut perkembangan terkini Hannah Delisha, boleh ikuti di laman sosial twitter, facebook & instagram menggunakan nama Hannah Delisha.

8 Tips Awet Muda Dan Cantik Walau Usia Masuk 40an

Biodata pelakon Hannah Delisha

Rahsia Cantik Pelakon Singapura Hannah Delisha

Seraut wajahnya yang cantik tanpa sebarang cela membuatkan ramai tertaanya-tanya rutin penjagaan kulit wajah, sementelah dia agak sibuk dengan kerjayanya sebagai pelakon, penyanyi, pengacara dan jurucakap produk.

Dalam satu artikel, menurut Hannah dia sentiasa menjaga wajahnya agar sentiasa terpelihara kebersihannya. Malah tidak lupa setiap kali lepas bersolek, Hannah akan terus mencuci wajah sebelum masuk tidur. Ini yang menjadi rutin hariannya sejak dulu.

Selain itu pelakon yang mempunyai sepasang mata cantik ini juga memberitahu dia sentiasa menjaga pemakanannya agar lebih seimbang dan sihat.

Malah ketika hari perkahwinannya juga dilihat Hannah Delisha sangat cantik tanpa sebarang solekan tebal. Ini rupanya rahsia biodata pelakon Hannah Delisha

Dia juga begitu menjaga kesihatan tubuh badan dengan aktif melakukan rutin di gym bagi memastikan kecergasan tubuh. 

Selain itu, Hannah turut mengamalkan pengambilan suplemen vitamin C setiap hari untuk kesihatan tubuh badannya.

Bagi Hannah juga seseorang itu perlu menjaga kecantikan luaran dan dalaman. Jika kita boleh memjaga kedua-duanya, tidak mustahil kecantikan wajah akan terserlah secara semulajadi.

Biodata pelakon Hannah Delisha

Baca: Petua Kekal Cantik Dan Awet Muda Ikut Islam Yang Mudah

Ikut 5 Tip Ini Nak Cantik Macam Hannah Delisha

1. Dapatkan Kualiti Tidur Yang Cukup

Untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik perlukan waktu tidur mencukupi. Sekurang-kuangnya dalam tempoh 6-8 jam sehari. Jika waktu tidur pendek, bukan saja metabodilisme terganggu kulit juga akan terkesan dengan wajah jadi kusam dan lesu.

2. Elakkan Stress

Jika kita stress akan beri kesan bukan saja pada kesihatan badan tetapi juga wajah. Stress juga akan akibatkan hormon jadi tak stabil dan menjadikan diri kita cepat jadi tua dari usia sebenar.

3. Peredaran Darah Yang Baik

Peredaran darah yang baik juga salah satu faktor berkait rapat dengan kesihatan kulit wajah. Jika ada peredaran darah yang baik akan membawa oksigen cukup ke bahagian wajah. Kulit juga tidak akan kering dan nampak segar.

4. Minum Air Secukupnya

Sekurangnya-kurangnya minum 8 gelas sehari atau kira-kira 2.5 liter. Elakkan juga minum air manis bagi mengelakkan pertambahan berat badan.

5. Cuci Muka Setiap Malam

Tak perlu dapatkan rawatan mahal, sebaliknya cukup dengan mencuci muka guna produk pencuci yang sesuai dengan jenis kulit wajah. Gunakan juga pelembap dan juga sunscreen terutama di waktu malam bagi mengelakkan proses regenerate kulit. Jangan lupa juga penggunaan mask boleh membantu kulit wajah jadi lebih berseri dan tidak kusam.

Biodata pelakon Hannah Delisha

Hannah Delisha juga merupakan pelakon wanita utama dalam drama Andai Itu Takdirnya yang kini bersiaran di Astro Ria. Dia bergandingan dengan Shukri Yahaya membawakan watak Aleya. Drama ini adalah adaptasi dari novel Best Seller, karya Siti Rosmizah yang juga merupa penerbit drama ini.

Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya

Aleya, seorang gadis berasal dari keluarga sederhana. Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Aizril digilai ramai wanita kerana ketampanan dia. 

Hidup dia yang kaya menjadikan Syed Aiziril seorang yang berlagak dan sombong. Tanpa di duga telah berlaku satu insiden yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Mereka telah diperangkap oleh Faizal hingga ditangkap khalwat. 

Syed Aizril tidak boleh terima dia menuduh Aleya yang perangkap dia semata-mata hendak hidup senang. Syed Aizril dan Aleya disatukan dalam satu majlis pernikahan yang sederhana. Bapa Aleya, Encik Idris begitu kecewa, namun dia tetap hadir untuk mewalikan anaknya. Ibu bapa Syed Aizril pun sama, mereka kecewa namun terpaksa menerima. 

Puan Sri Sharifah Aishah mama Syed Aizril begitu membenci Aleya begitu juga dengan emak saudaranya, Sharifah Rosnah. Sepupu Syed Aizril, Sharifah Emilin, yang sepatutnya menjadi isteri Syed Aizril begitu kecewa. 

Aleya melalui dugaan dalam hidupnya dengan Syed Aizril menyeksa hidupnya. Namun takdir penentu segalanya, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ikuti sambungan drama Andai Itu Takdirnya ini yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis di saluran Megadrama Astro Ria.

Biodata pelakon Hannah Delisha

Leave a Comment

error: Content is protected !!