Siapa Sophia Albarakbah, Ini Fakta Menarik Yang Ramai Tahu Tahu

Siapa Sophia Albarakbah, Ini Fakta Menarik Yang Ramai Tahu Tahu | Sejak tercetusnya kontroversi dalam drama terbaru Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan Aliff Aziz dengan Sophia Albarakbah, ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya pelakon wanita ini.

  • Nama penuhnya
  • Apa pendidikannya
  • Asal dari mana
  • Drama & filem lakonannya
  • Akaun media sosialnya

Malah kehadiran Sophia sebelum ini seperti tidak diendahkan sehinggalah namanya meletup gara-gara drama yang bersiaran ini.

Artikel Lain: Siapa Ira Kazar, Ini Biodata Ramai Tak Tahu

Siapa Sophia Albarakbah

Artikel Lain: Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah Boleh Strim Di Tonton.com.my

Siapa sebenarnya Sophia Albarakbah yang juga dikatakan bukan sahaja mempunyai seraut wajah cantik tetapi juga mempunyai personaliti cukup menarik. Malah jika sekali pandang, wajah Sophia kelihatan seiras pelakon Hannah Delisha.

Siapa Sophia Albarakbah

Sophia Albarakbah adalah gandingan terbaru Aliff Aziz dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang bersiaran sebanyak 28 episod untuk Slot Akasia di TV3 jam 7 malam atau juga boleh strim secara online di tonton.com.my.

Jadi, banyak carian di internet untuk mengenali dengan lebih dekat lagi pelakon yang juga banyak membintangi drama lain untuk TV3 atau Astro Megadrama.

Namun kali ini popularitinya menjadi bualan dek kontroversi membabitkan Sophia Albarakbah dan Aliff Aziz dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Siapa Sophia Albarakbah, jom kita lihat fakta menarik yang sis kumpul.

Siapa Sophia Albarakbah
Cantik dalam identiti tersendiri

Biodata Sophia Albarakbah

  1. Nama penuh Sophia Albarakbah adalah Sharifah Sophia Binti Syed Abdul Rahman dan menggunakan nama komersial Sophia Albarakbah.
  2. Beragama Islam dan memiliki Darah kacukan Melayu, Cina dan Arab
  3. Berumur 28 tahun dan lahir pada 19 Julai 1993 dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Sophia mendapat penddikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dalam bidang Dietetik di International Medical University.
  4. Aktif berlakon pada 2019 dengan wajahnya menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pelajaran. Sophia kemudiannya menempa nama dengen membintangi drama Tercipta Satu Ikakan untuk slot Megadrama di Astro Ria. Walaupun berlakon ketika usia sudah lewat namun minat menyebabkan dia terus bertahan hingga hari ini.
  5. Mula terjebak dalam dunia lakonán selepas diundang temannya untuk menghadiri uji bakat filem bertajuk 18. Pernah juga berlakon dalam filem pertamanya bertajuk Mimaland bergandingan dengan Fattah Amin yang ditayangkan pada penghujung 2020. Dia juga turut berlakon dalam filem Pasal Kau! Untuk tayangan di Nexflix.
  6. Pernah buat kemunculan dalam video muzik lagu viral, ‘Siti Bilang Cuti’ yang dinyanyikan oleh penyanyi dan pelawak Danial Zaini dan juga ‘Sedar’ nyanyian Fareez Fauzi.
  7. Turut tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33).
  8. Menyifatkan dirinya seorang yang introvert dan pemalu. Gadis cantik ini turut dikenali dengan nama lain iaitu Sophia Koshka.
  9. Sophia mula dikenali ramai selepas membawa watak Cahaya Malaika menerusi lakonan dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz, dan watak Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya bergandingan dengan Keith Foo.
  10. Turut berlakon dalam drama lain seperti Devoted, Hadiah Dari Tuhan dan juga Cinta Hilang Kata. Pada tahun 2022 pula Sophia telah ditampilkan untuk tayangan pawagam dalam filem Jerangkung Dalam Almari dan Ada Hantu 2.
  11. Sophia juga pernah memperoleh pengiktirafan di World Film Carnival Singapore 2021 untuk pencalonan kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Pencapaian Luar Biasa.
  12. Tidak selesa dikaitkan dengan imej seksi dan mahu fokus dengan kejayanya berbanding gosip yang tidak ada relevan tengan dirinya. Mengimpikan berlakon watak dalam filem berkonsep fantasi.
  13. Penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia, Aisha Retno juga adalah sepupu kepada Sophia Albarakbah.
  14. Kemana tumpah muah kalau tidak ke nasi. rupanya, ibu Sophia juga pernah berkecimpung dalam bidang seni apabila berjaya meráih tempat kedua dalam pertandingan Ratu Cantik Malaysia 1980.
  15. Mempunyai akaun Instagram atas nama @sophiekoshka dengan pengikut sebanyak 278K dan di Tiktok pula dengan akaun nama @sophiaalbarakbah di mana follower melebihi 69K.

Sebenarnya Sophia juga seorang yang sangat gemar berfesyen dan begitu menjaga penampilannya. Jika dilihat di laman Instagramnya Sophia juga mempunyai ciri-ciri seorang model populat. Pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini juga sangat bijak bergaya dengan OODTD menarik.

OOTD Menarik Sophia Albarakbah

Gaya 1

Gaya 2

Gaya 3

Gaya 4

Gaya 5

Artikel Lain: Tonton Drama Kerana Cinta Itu Ada Lakonan Mantap Nabila Razali

Leave a Comment

error: Content is protected !!