10 Fakta Menarik Mizz Nina : Bergelar Isteri Kembali Lepas Setahun ‘Solo’

Mizz Nina | Tahniah diucapkan kepada Mizz Nina kembali bergelar isteri lepas hampir setahun berpisah dengan bekas suaminya penyanyi Noh Hujan.

Majlis pernikahan Mizz Nina dengan suaminya, Essam Muhammad yang juga seorang penyanyi rap kacukan Maghribi dan Amerika Syarikat dari Seattle Amerika Syarikat berlangsung di luar negara dihadiri keluarga dan rakan terdekat saja.

Sebaik Mizz Nina declare pernikahan keduanya ini di laman Instagramnya, ramai yang nak tahu biodata Essam Muhammad lelaki yang berjaya menawan kembali hati Mizz Nina.

Okay, kita lupakan dulu kisah suaminya. Tapi siapakah sebenarnya Mizz Nina yang dulunya sangat aktif bergelar penyanyi hingga namanya popular di peringkat antarabangsa.

Namun Mizz Nina mula mengundur diri dari bidang seni setelah mengalami penghijrahan bila balik dari menunaikan ibadah haji pada tahun 2013.

mizz nina

Penghijrahan Mizz Nina

Sepanjang sis bergelar wartawan memang tak pernah bertemu dalam sebarang majlis atau mengadakan sesi fotografi untuk penghias muka depan. Memang tak ada rezeki dan waktu itu nama Mizz Nina memang popular disebabkan perkahwinan terdahulu dan penghijrahan mendadak.

Dalam satu posting di Instagramnya melihat dia 10 tahun dulu Mizz Nina memberitahu 10 tahun dulu dirinya tidak berhijab, ketika itu solo dan terlalu fokus paa kerjayanya. Dan ditakdirkan juga ketka itu Mizz Nina berkahwin dan Tuhan makbulkan permintaannya pada akhir tahun 2009.

Waktu itu imannya turut berkembang dan dia dapat merasakan kesan cukup besar pada dirinya. Walaupun mengakui tidak solat 5 kali sehari, masih tidak menutup aurat tetapi dia masih tidak menutup pintu dan hubungan dengan Allah.

Malah Mizz Nina menasihati mereka yang berjuang untuk solat agar terus melakukannya walau sekali sehari. Teruskan dan lakukan kerana Allah. Insyallah satu hari nanti akan menemui diri sebenar dan memenuhi semua kewajipan itu.

Mizz Nina juga memberitahu dia tidak tahu membaca Alif Ba Ta dan hanya menghafal surah Al-Fatihah dan 3 Qul.

Dia hanya belajar ketika usianya 33 tahun dan masih belum terlambat untuk mempelajari Al-Quran. Bersyukur kerana Allah menuntun dirinya untuk mengamalkan Islam dan masih dalam perjalanan ke jalan yang betul.

Baginya masih tidak terlambat untuk mempelajari Al-Quran dan perlu tekad untuk membuat perubahan dan usaha untuk Allah.

Subhanallah sis cukup kagum dengan perubahan yang dialami oleh Mizz Nina. Daripada seorang yang alpa, Mizz Nina kini berusaha memastikan dirinya berada dalam landasan betul.

Siapa sebenarnya Mizz Nina yang bakat nyanyiannya dulu cukup dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa. Jom kita semak biodata Mizz Nina yang sangat berbeza penampilan 10 tahun dulu.

mizz nina

Biodata Mizza Nina

  1. Nama Penuh: Shazrina Azman
  2. Nama Popular: Mizz Nina
  3. Tarikh Lahir : 1 Julai 1980
  4. Umur Pada 2023: 43 Tahun
  5. Asal: Kuala Lumpur
  6. Pendidikan: Ijazah Pengajian Media Dan Perhubungan Awan Di Universiti Australia
  7. Pekerjaan: Penyanyi, pendakwah, aktivitis kemanusiaa, pemuzik, penulis lagu, pereka fesyen, ahli perniagaan dan usahawan
  8. Layari Mizz Nina IG untuk mengetahui perkembangan terbaru dirinya yang kini mengumpul 1.1 juta follower. Dia juga aktif di laman sosial twitter.

Fakta Menarik Mizz Nina

  1. Pada tahun 1999 hingga 2013, Mizz Nina dulu sangat aktif dalam industri muzik. Ketika itu dia menjadi ahli Teh Tarik Crew dan satu-satunya ahli wanita dalam kumpulan ini. Namanya dikenali di peringkat antarabangsa.
  2. Mizz Nina kahwin dengan penyanyi Hujan, Noh Salleh pada 2011 dan Mizz Nina bercerai pada 2022. Mereka tidak dikurniakan anak tetapi mempunyai seorang anak angkat bernama Musa.
  3. Bapa Mizz Nina adalah seorang tokoh korporat disegani, Pengerusi AmBank, Tan Sri Azman Hashim dan ibunya pula Tunku Arishah Tunku Maamor.
  4. Pada tahun 2013, Mizz Nina mengambil keputusan bersara dari industri muzik dan mengambil keputusan berhijab setelah balik dari mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.
  5. Mizz Nina mengumumkan dirinya sudah berkahwin dengan suaminya Essam Muhammad dalam satu majlis tertutup di hadiri keluarga dan rakan terdekat. 
  6. Mizz Nina meluahkan rasa syukur degan perkahwinan kali kedua ini dan menganggap takdir terindah ditentukan Allah SWT. Dia juga bersyukur perkahwinan ini mendapat restu kedua ibu bapanya.
  7. Mizz Nina dan suaminya Essam Muhammad akan sama-sama menjalankan kerja dakwah dan begitu teruja untuk melayari fasa terbaru ini bersama-sama.
mizz nina

Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info

Leave a Comment

error: Content is protected !!