Tempat Menarik Di Penang | Penang atau Pulau Pinang yang terletak di utara semenanjung terbahagi kepada dua bahagian pulau dan tanah besar. Keluasan bahagian pulau ini adalah 285 kilometer persegi dengan jambatan sebagai penghubung utama ke tanah besar.
Penang juga dipanggil dengan nama Pulau Mutiara dan kedudukannya sangat popular sebagai detinasi pilihan untuk pelancongan. Time cuti sekolah atau hujung minggu pun Penang dah padat dengan pelancong selain Pulau Langkawi yang juga jadi destinasi pilihan pengunjung.
Sebut saja nama Penang memang boleh buat sis tersenyum simpul. Bukan, apa di sinilah cinta bersemi 25 tahun lalu ketika sis belajar di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan MassComm. Sis Mama Reen bertemu suami waktu kami sama-sama menimba ilmu di sini, cuma berlainan course.
Travel Penang 2 Hari 1 Malam
Oleh sebab itu, Penang atau USM tetap di hati dan kalau boleh memang tiap-tiap tahun nak bercuti di sini. Bagi sis, Penang sebuah negeri atau destinasi yang menarik untuk dikunjungi sama ada bersama keluarga atau trip buddies atau seorang diri.
Sooo, sempena Me Time, sis dengan dua orang lagi #genglunch Mama Ita dan Sis Elin travel ke Penang untuk 2 hari satu malam. Seronoknya tak terkata kerana ini kali kedua sis dapat pergi ke Penang dengan buddies. Kalau dengan family lagi double enjoy kannn.
Oleh kerana dah hampir 5 tahun tak jengah Penang, sis terpaksa juga google tempat menarik di Penang untuk mudahkan urusan trip ke sana. Trip kali ini sebenarnya lebih kepada nak jalan-jalan cari makan. Soo kami lebih memilih tempat makan menarik di Penang sepanjang trip 2 hari 1 malam.
Sebelum itu, sis ada senaraikan apa tempat menarik di Penang yang kami nak pergi especially tempat makan menarik yang mungkin baru diterokai pelancong. Maklumlah setiap tahun ribuan pelancong yang datang ke Penang.
8 Tempat Menarik Di Penang Wajib Pergi
1. Nasi Kandar Imigresen
Sampai je di pulau, kami terus pergi destinasi pertama. Nasi Kandar Imigresen dan berpandukan waze akhirnya sampai ke kedai makan ini. Mujur tak perlu beratur panjang dan macam biasa sis mintak ayam goreng, kuah campur, bendi dan hati ayam. Istimewanya ada tambahan bawang goreng dan inilah keistimewaan Nasi Kandar Imigresen.
Boleh je makan di situ layan panas sambil menikmati kesedapan nasi kandar viral ini. Dibuka setiap hari dan kedai nasi kandar kecil ini memang sering jadi tumpuan ramai. Ini antara kedai pilihan lain bagi korang yang nak makan nasi kandar.
Bagi sis, rasanya memang sampai di tekak, ayam goreng juga sedap dan berbaloi Q sekejap untuk menikmati kesedapan Nasi Kandar Imigresen ini. Harganya juga berpatutan dan paling penting kena dengan tekak. Tercari-cari juga telur sotong tapi sis tak jumpa di gerai sini. #Genglunch Mama Ita bisik itu kena cari di Nasi Kandar Shariff. Kalau nak lagi best, korang cari je 10 Nasi Kandar Terbaik di Penang mesti cuba.
Alamat: 8, Lorong Pasar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Google Maps: Klik Sini
2. Hameed Pata Mee Sotong
Lepas check in di hotel berhampiran, port makan kedua kami pergi adalah Hameed Pata Mee Sotong yang terletak di Esplanade Park Food Court, George Town. Kat sini sudah tentunya makanan yang paling femes Mee sotongnya. Kalau boleh nak makan sepinggan seorang, tapi dek sebab masih kenyang kami hanya kongsi gitu.
Mee goreng yang dimasak sempoi ini memang sangat sedap dengan tambahan sambal sotong di atasnya. Dekat sini sis dan #genglunch kena Q agak lama kerana orang ramai. Tapi servis cepat kerana mee digoreng dalam kuali besar dengan kuantiti banyak.
Padanan dengan coconut shake menambah keseronokan menikmati mee sotong ini. Jadi bagi yang pertama kali mencari tempat menarik di Penang jangan lupa masukkan dalam list trip ke Penang. Rugi sangat dah sampai tak try.
Alamat: 5, Esplanade Park, Lebuh Light, 10300 George Town
Google Maps: Klik Sini
3. Masjid Terapung Batu Feringgi
Destinasi seterusnya kami menjejaki Masjid Terapung Batu Feringgi untuk tunai solat Asar. Uniknya masjid yang menghadap laut ini pernah dilanda tsunami 13 tahun lalu. Ketika tsunami musnahkan rumah di sekitar tetapi masjid ini kekal utuh dan jadi benteng penahan ombak.
Tak hairanah masjid terapung ini jadi tarikan bagi mereka yang datang ke Penang. Masjid yang sebelum itu adalah sebuah surau sebelum dinaik taraf jadi masjid dek pertambahan jemaah. Reka bentuknya menggabungkan seni bina tempatan dan pengaruh Turki menjadikan masjid ini salah satu tempat menarik di penang wajib korang pergi.
Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Google Maps: Klik Sini
4. Medan Ikan Bakar Teluk Tempoyak
Mengenang zaman ketika belajar, sis dan #genglunch gigih waze mencari sebuah restoran sedap di Teluk Tempoyak. Inilah destinasi makan kami seterusnya untuk makan malam. Medan Ikan bakar Teluk Tempoyak yang terletak di Teluk Tempoyak iaitu sebuah perkampungan nelayan. Ternyata pencarian kami berjaya tetapi banyak perubahan berlaku di kedai yang dulunya agak kecil. Tetapi kini sudah besar, selesa dan menjadi seperti medan selera kerana terdapat beberapa gerai lain menjual pelbagai makanan lain.
Kat sini korang mesti cuba makan ikan bakar. Ada beberapa kedai jual ikan bakar segar, sotong goreng tepung dan macam-macam lagi makanan seafood di sini. Harga boleh tahan dan kami hanya makan ikan bakar kerana masih kenyang sebelum itu.
Apa yang best di sini adalah view cukup menarik. Sebelum atau selepas makan korang boleh selfie berlatar belakang jambatan kedua Penang. Dengan kecanggihan telefon baru #genglunch Sis Elin, momen pelbagai gaya gembira kami berjaya dirakam Iphone 14PM. Soo korang wajib juga pergi sini kalau bukan untuk makan tetapi datang untuk layan tempat menarik di Penang waktu malam.
Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, Besar, Kampung Teluk Tempoyak Kecil, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Google Maps: Klik Sini
5. Astaka Taman Tun Saardon
Sebelum ini #genglunch Mama Ita sering cakap kalau dia dan suami datang Penang mesti akan breakfast di Taman Tun Saardon menikmati nasi kebuli dan serabai. Usai Subuh, kami terus bergerak ke tempat sarapan dicadangkan. Pesan Mama Ita kena pergi awal sebab selalu Q maklumlah ia bersebelah dengan pasar ikan. Rupanya ada banyak gerai makan di Medan Selera Taman Tun Saardon ini.
Kami terus order Serabai, Nasi Ulam dan Keow Teow Theng . Sebenarnya banyak gerai makanan lain tapi yang paling popular dan perlu makan adalah serabai.
Pertama kali sis makan, memang sedap serabai yang seperti lempeng tapi rasa bukan lempeng. Serabai ini dicicah dengan kuahnya seperti sos karamel. Nasi Ulam pun sedap dengan tambahan sambal ikan bilis. Sekali pandang macam nasi ulam, tapi lebih sedap rasanya. Cuma Keow Teow Theng soo sooo sebab gerai paling sedap dijual di USM tapi tutup.
Memang berbaloi kami bangun awal dan bertolak usai subuh ke sini. Makanan yang dicadang untuk breakfast memang kena dengan selera pagi dan sis tanam hasrat bawak suami pulak nanti datang sarapan sini. Memang ini antara tempat sarapan dan menjadi salah satu tempat menarik di Penang perlu masuk dalam list jalan-jalan Penang.
Alamat: Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Penang
Google Maps: Klik Sini
6. Roti Bakar Hutton Lane
Oleh kerana masih awal, kami sempat pusing-pusing bandar George Town. Waktu itu juga Sis Elin bagi cadangan kami layan pulak Roti Bakar Hutton Lane. Walaupun destinasi ini tiada dalam list trip kali ini tetapi memang berbaloi singgah.
Biarpun kena Q (sebab datang sedikit lewat), tapi berbaloi menikmati keenakan roti bakar di sini. Ada macam-macam roti bakar di disediakan. Pilih je menu apa korang nak makan berkenaan roti confirm ada dan sedap. Harga pun ok dan kami hanya share je Roti Canai Telur Goyang Cheese (paling popular) yang diorder. Rupanya Roti Bakar Hutton Lane ini popular di kalangan bikers.
Waktu sampai ada sekumpulan bikers yang baru selesai sarapan. Mungkin sebab lokasi strategik di tengah-tengah bandar di lorong menjadikan Hutton Lane port terbaik untuk bersarapan ringkas sebelum layan tempat menarik di Penang yang lain. Dibuka setiap hari dari jam 5 pagi hingga 1 petang.
Alamat: 300, Jalan Phee Choon, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Google Maps: Klik Sini
7. Restoran Minah
Dan sebelum balik ke Kuala Lumpur lepas checkout, kami menuju ke tempat menarik makan di Penang iaitu di Restoran Minah. Dulu macam tak pernah dengar dan tahu kewujudannya tapi rupanya Restoran Minah ini dah ada sejak zaman sis belajar lagi. Kiranya dah 25 tahun atau lebih Restoran Minah ini dah beroperasi.
Restoran Minah yang dibuka pada 1957 ini menghidangkan pelbagai jenis juadah masakan Melayu tradisional yang sebenar. Tengok semua menu macam nak rasa sebab nampak sedap dan menyelerakan.
Kami ambik hidangan masing-masing tetapi order ayam yang merupakan signature dish Restoran Minah. Masakan lain yang perlu cuba ialah Asam Pedas Ikan Pari dan juga Kari Kepala Ikan. Dengarnya Kari Kepala Ikan dihasilkan dengan menggunakan rempah ratus dibuat sendiri oleh tukang masak restoran ini.
Lokasi yang strategik dengan konsep santai dan ruang makan selesa menjadikan Restoran Minah pilihan mereka yang mahu menikmati sajian ala kampung. Dibuka setiap hari kecuali Isnin dan terletak di Gelugor Penang.
Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, Taman Tun Sardon, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
Google Maps: Klik Sini
8. Jeruk Madu Pak Ali
Dan sebelum keluar dari pulau, pastinya sis tak akan lupa singgah di kedai Jeruk Madu Pak Ali. Sebenarnya banyak kedai Jeruk Madu Pak Ali ini tapi sis lebih selesa pergi di Nibong Tebal kerana lokasi yang strategik untuk terus keluar balik melalui jambatan kedua. Selain jeruk, banyak produk makanan local lain yang dijual di sini.
Bagi yang tak bawak cash jangan risau, korang boleh je bayar pakai kredit kad atau bayaran secara Qr Pay. Pilih saja jeruk/produk mana berkenan dan inilah antara salah satu tempat menarik di Penang untuk trip 2 hari 1 malam wajib pergi.
Alamat: 24, Jalan Pantai Jerjak, Pantai Jerjak, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
Google Maps: Klik Sini
Tempat Makan Menarik Di Penang
Sebenarnya ada banyak tempat makan menarik di Penang terutama bagi penggemar Nasi Kandar. Korang cari je senarai nasi kandar yang popular di Penang dan Cik Google dan Waze pasti akan bawa korang terus ke kedai dicari. Tapi nasi kandar yang paling sis suka sejak dulu adalah Nasi Kandar Shariff. Yang rasa teringin nak makan Nasi Kandar dan nak day trip je bolehlah korang layan tiket ke Penang melalui MAS murah ni, sehala hanya RM89 je dan dapatkan tawaran hingga 9 September 2023.
Tempat Menarik Di Penang Waktu Malam
Kata orang kalau pergi Penang boleh healing (bahasa popular sekarang ini) terutama bagi mereka yang craving dengan makan dan mahukan suasana lebih santai dan tenang. Berjalan sekitar bandar Georgetown melihat gelagat orang sekeliling juga merupakan satu proses healing yang mudah.
Dan lagi satu katanya kalau berjalan waktu malam juga menyeronokkan di Penang. Kalau tak percaya korang boleh cuba dan antara tempat menarik waktu malam di Penang adalah di sekitar Padang Kota, Gurney Drive Hawker Center, Batu Feringgi Night Market, Penang Hill, Armenian Street, Esplanade Park, Tanjung City Marina, The TOP Penang dan Love Lane.
Lagi satu tempat menarik di Penang waktu malam yang korang boleh layan ialah Hard Rock Hotel Penang. Ini kerana korang boleh lepak di ruang lobi sambil melihat live band (jika ada show) atau sekadar duduk di bilik melayan pemandangan kolam cukup indah berwarna-warni. Lagi best lepas korang makan di gerai depan Hard Rock Hotel Penang ni je. Yang tak dapat cuti, boleh je short vacay Hard Rock Hotel Penang.
Alamat: Batu Ferringhi Beach, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Google Maps: Klik Sini
Tempat Menarik Di Penang Yang Percuma
Tapi tak semua tempat menarik di Penang yang berbayar. Ada juga kawasan menarik yang boleh korang pergi secara percuma je. Misalnya di Armenian Street yang korang boleh layan swafoto berlatar belakang image 3D. Tapi kena pergi awal kalau tak nak Q untuk mengambil gambar.
Tempat lain yang cantik untuk korang rakamkan momen best adalah BookXcess Penang, Taman Belia, Rumah P.Ramlee, Taman Negara Penang, Pantai Batu Feringgi, Gurney Drive, Padang Kota Lama, Masjid Kapitan Keling dan Rope Walk atau Pasar Karat Penang yang terletak di sebelah Stadium Bandaraya.
Oh ye, kalau korang perasan dekat Penang macam tak ada Zoo seperti di Melaka atau Taiping. So kalau korang nak ajak anak-anak tengok binatang pelik, korang boleh layan Zoo Negara. Tiketnya boleh dibeli secara online dan harganya murah dan berbaloi.
Lagi satu tempat menarik di area Klang Valley yang korang boleh bawak family adalah di Bangi Wonderland. Pastinya kanak-kanak antara yang tak mahu lepaskan peluang bermain air di sini. Tiket masuk sekitar RM38 seorang dan boleh main sampai puas di sini.
Atau bagi yang belum meneroka Perlis, boleh juga layan negeri kecil yang juga terletak di Utara Semenanjung. Banyak lokasi menarik di Perlis yang korang wajib pergi.
Layari page sitizurinamatsaman.com untuk lebih info
Aww Penang ttp di hati sis ta. Rindu pulak nk pi mkn kt Penang