Permohonan Rayuan Haji 2024, Tips Mudah Guna Aplikasi THiJARI

Permohonan Rayuan Haji 2024 Online| Cara buat rayuan haji guna online. Kenapa kena buat, permohonan ini adalah untuk memastikan kira dapat pergi tunai haji bukan pada giliran tahun ini. Tak perlu pergi pejabat Tabung Haji, tapi boleh je buat guna online melalui sistem THiJARI. Ini caranya untuk buat rayuan haji online bermula 26 Januari 2024.

Untuk mereka yang nak buat permohonan rayuan haji 2024 online, boleh ikuti cara ini. Tak perlu ke pejabat TH, semuanya boleh dibuat di hujung jari saja. Permohonan rayuan haji 1445 ini boleh dibuat mulai 26 Januari 2024.

Semak Surat Tawaran Di THiJARI

Sebelum itu boleh buat semakan surat tawaran sama ada anda berjaya ditawarkan atau tidak untuk tunai haji 2024/1445H melalui aplikasi THiJARI. Jadi untuk melihat surat tawaran haji 2024 ini boleh je kita semak terus melalui aplikasi di THiJARI saja

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, TH akan mengeluarkan Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaaah haji bagi tahun 19 Januari lalu, dan bakal jemaah perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh 7 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan.

Panggilan Haji tahun 2024 ini akan utamakan kepada bakal haji yang masih lagi berbaki (Covid) sehingga tahun 2023 dan sebahagian pula giliran haji 2024.

Rayuan haji melalui platform atas talian THiJARI akan dibuka mulai 26 Januari 2024, dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram. Tahun ini seperti tahun 2023 lalu, pihak Kerajaan Arab Saudi tidak lagi menghadkan umur untuk tunai haji. 

Baca Juga: Tips Haji 2023: Buat 10 Amalan Sunat Ini Menjelang Wukuf Di Arafah

Permohonan Rayuan Haji 2024 Online

Bila boleh buat rayuan haji 2024?

Mulai tahun 2021, semua urusan perkhidmatan Haji adalah melalui sistem aplikasi ThiJARI termasuk rayuan. tiada lagi surat rayuan haji yang perlu dihantar ke pejabat TH, sebaliknya hanya guna aplikasi saja. Sila rujuk langkah berikut untuk membuat rayuan haji online melalui THiJARI:

  1. Login ke THiJARI.
  2. Pilih Menu Perkhidmatan Haji.
  3. Pilih Menu Rayuan_Haji.
  4. Baca Garis Panduan dan Kategori Rayuan yang dipaparkan
  5. Pilih Kategori Rayuan yang berkaitan.
  6. Lengkapkan Ruangan Maklumat kecuali Lanjut Usia, Mualaf dan Lain Rayuan.
  7. Klik pada ruangan Berikutnya.
  8. Baca dan Pilih pada ruangan yang berkenaan pada Ruangan Bayaran Haji, Kesihatan dan Akad Istitoah.
  9. Klik Ruangan HANTAR setelah semua bahagian dilengkapi.
  10. Maklumat Status Rayuan akan dipaparkan.
  11. Sila pastikan pemohon klik ruangan Muat Turun
  12. Surat Maklumbalas akan dimuat turun dan pemohon hendaklah mengiikuti dan memahami kandungan arahan dalam surat berkenaan.
  13. Salinan Surat Maklumbalas Permohonan Rayuan akan dihantar ke email pemohon.
permohonan rayuan haji 2024

Cara Daftar Aplikasi THijJARI

Aplikasi Tabung Haji ini telah direka bentuk semula dengan rupa yang lebih menarik, pelayaran yang lebih mudah dan keselamatan yang dipertingkatkan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pendeposit kami.

Untuk memuat turun aplikasi THiJARI:

Play Store (Pengguna Android):

  1. Sila taip “Tabung Haji” di ruang carian.
  2. Tekan “Tabung Haji”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.

App Store (Pengguna iOS):

  1. Sila taip “Tabung Haji” di ruang carian.
  2. Tekan “Tabung Haji”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mendaftar akaun THiJARI terlebih dahulu di laman web THiJARI sebelum menggunakan aplikasi THiJARI. Untuk mendaftar, sila ke laman sesawang www.thijari.com.my.

Permohonan Rayuan Haji 2024

Bayaran Kos Haji 2024

Bayaran kos untuk tunai haji tahun 2024 ini juga berbeza-beza mengikut status sama ada B40, M40 dan T20. Untuk B40 dan M40 masih ada subsidi tetapi bagi golongan T20 tidak ada sebarang subsidi yang diberikan. Boleh rujuk jadual ni untuk mengetahui kos yang dikenakan.

Bayaran Haji jemaah Muassasah kumpulan B40 meningkat RM1,000 seorang kepada RM11,980 namun Kerajaan Malaysia bersetuju menanggung kenaikan tersebut dan bakal haji hanya membayar RM10,980, sama dengan kadar tahun 2022.

Manakala bayaran Haji jemaah Muassasah kumpulan M40 meningkat RM3,000 kepada RM15,980 seorang dan masih menikmati Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM14,870 seorang atau 48% daripada kos menunaikan haji tahun ini.

Dan bagi jemaah Muassasah dalam kumpulan T20 iaitu mereka dengan pendapatan melebih RM15,000 sebulan akan dikenakan bayaran penuh kos menunaikan Haji iaitu RM30,850 seorang.

Sementara bagi rayuan haji di luar giliran terpilih secara Muassasah, bayaran penuh Kos Haji sebanyak RM30,850 seorang telah ditetapkan, melainkan yang membuat rayuan mahram atau rayuan pengikut kepada jemaah lanjut usia yang telah terpilih menunaikan haji pada tahun ini.

permohonan rayuan haji 2024

Rayuan Haji, Pengalaman Tahun 2022

Mengerjakan ibadah Haji adalah rukun Islam kelima yang wajib dilakukan jika berkemampuan dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan. Jika dan lakukan Rukun Islam kelima ini, maka lengkaplah tuntutan kita sebagai orang Islam.

Namun bukan perjalanan menunaikan haji itu tidaklah mudah yang disangka. Walau mempunyai banyak duit, jika belum tiba masanya dipanggil menjadi Tetamu Allah, maka impian ke sana hanya boleh disimpan dalam anganan sambil berdoa dipanggil Allah ke rumahNya.

Itulah juga situasi yang sis alami sepanjang journey to hajj tahun 1443 hijrah. Dugaan demi dugaan yang perlu ditempuh sebelum akhirnya diizinkan oleh Allah untuk menjadi tetamu Baitullah. Tahun 2020, sepatutnya sis dan suami jadi tetamuNya, tetapi kena hold dek Covid-19 melanda satu dunia.

Walaupun ketika itu nama sudah dipilih dan sudah menjalani pemeriksaan kesihatan, tetapi Allah tidak tetapkan tahun itu untuk menjadi tetamuNya. Sebelum itu memang sis rajin buat rayuan haji dan ketika itu guna surat biasa yang dihantar ke pejabat Tabung Haji.

Baca Juga: Haji Ifrad Cara Buat Dan Kelebihannya Musim Haji

Detik diterima menjadi TetamuNya pada awal 2020, adalah suatu yang sangat menggembirakan. Lebih gembira dari berita kita hamil atau dapat bonus. Walaupun persediaan masih belum sempurna hanya 10 peratus, tetapi perancangan Allah itu Maha Hebat.

Namun sis tak putus buat rayuan haji dan kali ini secara online. Rayuan haji online 2022 sis buat melalui sistem Tijari. Melalui rayuan haji online Tijari ini kita akan dapat tahu terus bila date sepatutnya berangkat dan semua maklumat dalam sistem online berkenaan. Cara buat rayuan haji online hanya melalui apliksi diperkenalkan iaitu THiJARI

Walaupun rayuan sudah dibuat, tetapi masih berdoa supaya rayuan haji online 2022 diterima oleh pihak TH (walaupun tahu ia semua dalam sistem.) Apabila sis dengar sebahagian jemaah sudah dapat tiket penerbang awal ke tanah suci untuk tunai haji 1443h pada minggu awal Syawal, hati dah mula berdebar.

“Dapat ke tak ni, rayuan lepas atau tak”. Setiap hari tak putus berdoa supaya nama sis dan suami lepas untuk rayuan haji online 2022 memandangkan tahun kami pergi sepatutnya 1444H. Apatah lagi kuota tahun 2022 adalah hanya separuh dari kuota sebenar.

Allah Maha Mendengar doa hambaNya, masih sis ingat minggu terakhir Syawal kami akhirnya dapat panggilan untuk menjawab sama ada Ya atau Tidak terima tawaran haji tahun 1443H. Allahukhbar sebak rasa dada dan tanpa pikir panjang sis dan suami terus beri kata putus kami terima tawaran berkenaan.

Baca Juga: Cara Mudah Kirim Doa Depan Kaabah & Hari Arafah 1444H

Permohonan Rayuan Haji 2023 Online

Tetapi sebelum selain doa, pelbagai usaha sis lakukan untuk pastikan nama sangkut dalam sistem Tabung Haji. Maklumlah semua data dalam sistem dan memang jemaah perlu akur dengan kuota dan tahun giliran ditetapkan.

Selain sentiasa berhubung dengan petugas TH, Call Centre setiap masa dan periksa aplikasi ThiJARI dengan kerap, usaha terakhir sis buat adalah datang sendiri ke pejabat HQ TH di Jalan Tun Razak. Masa ini rasa tak puas hati kalau tak tanya sendiri adakah ada peluang untuk tunai haji tahun 1443H.

Alhamdulillah petugas TH ketika itu melayan sis dengan baik. Mereka juga periksa nama dalam sistem dan memang turn adalah tahun 2023. Petugas turut menitip pesan ‘Puan doa banyak-banyak semoga nama naik dalam sistem’. Menurutnya ramai jemaah tahun 2022 reject kerana masalah kesihatan dan faktor usia lebih 60 tahun.

Sesungguhnya doa kita sampai dan didengari oleh Allah, setelah membuat persiapan dalam jangka masa 2 minggu, sis dan suami akhirnya berangkat untuk musafir dalam tempoh 42 hari.

Kami akan terus turun di Jeddah dan masuk Mekah dulu baru Madinah kerana waktu itu Arafah hanya tinggal dua minggu sahaja. Allah berdebar menanti detik Hajj dan kami juga dari tanah air juga sudah tekad memilih Haji Ifrad. Tunggu next posting sis akan beritahu rukun untuk Haji Ifrad.

Oh ye bagi mereka yang menyimpan Duit Tabung Haji kalau boleh jalan sesekali keluarkan semua duit yang ada dalam akaun terutama untuk pendaftaran Tabung Haji. Jika wang ini dikeluarkan, berkemungkinan turn untuk tunai Haji akan bermula dari saat korang mendaftar lagi sekali.

Permohonan Rayuan Haji 2023 Online

Baca: Daftar Haji Online 2023

15 thoughts on “Permohonan Rayuan Haji 2024, Tips Mudah Guna Aplikasi THiJARI”

  1. baru tahu cara macam ni mohon haji dan boleh buat rayuan. tenkiu share info ni, sgt bermanfaat. atleast boleh tlg parents apply juga mcm ni. lengkap sgt makluman dari sis. moga urusan sis dimudahkan!

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!