Tips Haji 2024: Buat 10 Amalan Sunat Ini Menjelang Wukuf Di Arafah

Tips Haji 2023 | Tahniah buat sahabat-sahabat yang dapat panggilan haji tahun ini 1444H. Dengarnya ada yang akan musafir selama 47 hari. Agak lama jemaah kita berada di sana ye.

Rezeki jemaah tahun ini berbanding sis tahun lepas hanya 42 hari. Dengan kata lain hanya sebulan lebih berada di Tanah Suci termasuk Madinah.

Sebulan di Mekah, lebih 30 hari kedengarannya macam lama tetapi sebenarnya tidak. Angka je rasa lebih sebulan tetapi pejam celik pejam celik tak rasa pun macam lebih sebulan. Kalau boleh nak duduk lama lagi di sana berdamping dengan Allah, tetapi ada tuntutan lain perlu kita ambil berat bila pulang.

Tips haji

Hari Wukuf 2023

Ada sahabat sis tanya, lama juga ye 30 hari di sana, apa nak buat sepanjang tempoh itu? Tidakkah terbit rasa bosan sepanjang berada di Rumah Allah atau apa perkara lain boleh dilakukan sebelum dan selepas hari Wukuf. Melalui website Tabung Haji, dinyatakan hari wukuf 2023 untuk tahun ini adalah pada 9 Zulhijjah 1444H iaitu pada 27 Jun 2023 pada hari Selasa.

Allahuakhbar, sepanjang 42 hari sis dan suami bermusafir di sana, tak timbul sedikit pun rasa bosan, malas atau menunggu-nunggu hari untuk balik ke tanah air. Banyak amalan lain atau tips haji boleh dilakukan sepanjang waktu itu.

Kalau boleh biarlah terus kekal berada di sana, sebab sepanjang 42 hari memang sis tak ingat langsung pasal kerja (ketika itu masih bergelar PEKERJA), takde rasa nak jeling phone tengok2 emel atau WA grup kerja. Memang Tuhan tutup terus rasa nak ingat kerja ketika itu dan lebih tumpukan pada soal ibadah.

Jadi tang mana rasanya kalau ada yang tanya “Apa nak buat sepanjang sebulan kat sana”. Sis anggap ini pertanyaan untuk mereka yang tak berapa ikhlas nak pergi atau sebenarnya pergi sana untuk tujuan lain.

Wallahuahlam, bagi sis nawaitu kita berada di Tanah Suci adalah untuk melakukan ibadah kepadaNya, untuk mengenali siapa Pencipta Kita dan bagaimana menjaga hubungan kita dengan orang sekeliling.

Inilah masanya kita tak perlu bangun pagi untuk pergi kerja, memasak untuk keluarga, mengemas rumah, menghantar anak ke sekolah atau tuisyen, menonton TV atau melakukan apa-apa juga hobi dilakukan sebelum ini di rumah. Masa yang ada inilah 24 jam kita peruntukan untuk melakukan seberapa banyak amalan ibadah kepadaNya.

Terus terang macam sis yang sebelum ini jahil tidak pernah atau jarang lakukan Solat Sunat, Solat Tahajjud, Khatam Quran tetapi di sana mengajar sis untuk lebih mengenali dan belajar cara untuk kita lebih mengasihi Allah SWT. Biarpun masih belum terlewat tetapi inilah yang sis pelajari sepanjang bermusafir di sana. Serius banyak tips haji yang sis pelajari sepanjang berada di sana.

Banyak lagi sebenarnya amalan sunat haji dan umrah lain boleh dilakukan di sana. Gunakanlah sepanjang 47 hari berada di sana untuk dihabiskan dengan melakukan ibadah atau iktikaf di rumah Allah ini. Kalau dah balik nanti pasti kita rindu momen untuk berulang alik dari hotel ke Masjidil Haram. Kerinduan itu sakit untuk dirasai bila kita berhajat untuk pergi tetapi tak boleh disebabkan perkara lain.

Tips haji

Amalan Tips Haji Boleh Dilakukan Sebelum Wukuf

Masuknya bulan Zulkaedah, jemaah haji perlu membuat persediaan untuk penerbangan pertama dan seterusnya. Setiap hari akan ada jemaah yang berangkat samaada turun di Madinah atau Mekah. Sis nak cerita jika jemaah yang turun di Mekah tak kiralah sama ada sebulan di mekah sebelum wukuf atau lagi dua minggu sebelum Hajj sebenar tiba.

Bagi jemaah, jangan terasa sebulan itu tempoh lama sebenarnya ia hanya sekejap saja. Ada pelbagai altiviti yang korang boleh buat sepanjang waktu menunggu wukuf. Tiada istilah bosan, borang atau apa lagi nak buat yer. Insyallah sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan di sana dan ini antara tips ibadah haji boleh buat nanti.

1. Kerjakan Urusan Umrah

Sebaik sampai, jika di Mekah kalau berniat Tamattuk kena kerjakan urusan umrah dahulu. Dan bagi yang buat Haji Ifrad, perlu lakukan Tawaf Qudum iaitu Tawaf Selamat Datang dan seterusnya lakukan ibadah Wajib Haji iaitu Saei.

2. Solat 5 Waktu Di Masjidil Haram

Sepanjang menunggu hari wukuf 2023, ambil peluang untuk solat lima waktu di Masjidil Haram. Tidak kira berapa jauh pun dari hotel (jika muassasah) ke Masjidil Haram, selagi kudrat ada pergi solat di sana. Ganjara pahala solat di Masjidil Haram ini amat besar dan tersendiri. Alangkah seronok sambil berjalan ke Masjidil Haram bersama-sama pasangan sambil bercerita dan menikmati pemandangan sekitarnya. Jangan lupa untuk berzikir, selawat dan talbiah sepanjang pergi dan balik ke Masjid.

3. Iktikaf Di Surau/Hotel Penginapan

Namun begitu, jemaah juga tidak digalakkan untuk solat di Masjidil Haram lagi beberapa hari untuk wukuf. Eloklah berehat dan solat di surau disediakan atau masjid berdekatan. Ini bagi mengumpul tenaga sepanjang untuk tempoh Masyair 6 hari nanti di sana. Dalam tempoh itu masih lagi boleh iktikaf di surau atau bilik penginapan saja.

4. Iktikaf Di Masjidil Haram / Dataran

Melakukan ibadah iktikaf di masjidil Haram. Usai solat fardhu menunggu waktu solat lain, boleh lakukan pelbagai aktiviti seperti membaca Quran, berzikir, selawat dan melakukan solat sunat (jika masuk waktunya). Ada juga yang mengambil kesempatan bermalam di sini bersama pasangan, tidak kiralah sama ada bermalam dalam masjid atau di dataran berbumbungkan langit bersama pasangan.

Ini antara momen paling best dan manis untuk dikenang. Tak percaya cubalah lakukan dan korang akan nikmati saat itu seperti berbulan madu. Ini antara tips haji yang lebih santai, mungkin ia lebih mendekatkan diri dengan pasangan jika sebelum ini masing-masing sibuk. Waktu ini digunakan dengan membaca Quran bersama-sama atau berbincang doa khusus apa untuk dibaca di Arafah nanti.

5. Khatam Quran & Cara Cepat Nak Khatam

Lakukan khatam quran sepanjang bermusafir di sini. Jika boleh habiskan sebelum pergi ke Madinah (jika turun Mekah) atau habiskan bacaan sebelum pulang ke tanah air. Sis sendiri habiskan ketika di Madinah disebabkan ABC sebanyak dua kali. Jika tidak boleh baca, baca tafsir Quran yang ada terjemahannya. Lagi best sebab kita boleh tahu maksud sebenar isi kandungan ayat yang dibaca. Sis teringat kisah Nabi Musa seperti diceritakan dalam Quran yang begitu mendalam penceritaannya.

Ada cara untuk baca Quran ketika di tanah suci. Jemaah boleh ikut tiips haji ini atau terpulang bagaimana korang nak bacanya janji khatam sebuah Quran. Boleh bawak quran sendiri ketika di sana, tetapi apabila berada di Masjidil Haram eloklah baca Quran yang disediakan di sana.

Caranya ambil gambar page yang kita baca ketika di hotel dan cari page itu dalam quran di Masjidil Haram. Kemudian selesai baca ambil lagi sekali page akhir untuk disambung di bilik nanti. Sentiasa baca setiap kali usai solat fardhu, barulah boleh cepat khatam quran di sana.

Tips ibadah haji paling memberi manfaat yang sangat luar biasa di sana. Korang juga boleh buat amalan wakaf Quran di sana, tetapi perlu diingat kena beli di kedai dalam dataran, bukan yang berniaga di luar. Hanya Quran tali kuning diterima penjaga Masjid.

Tips haji

6. Tingkatkan Amalan Sunat Seperti Solat Sunat

Tingkatkan pelbagai amalan sunat di sini. Antaranya solat sunat tahajjud, solat sunat taubat (boleh lakukan seberapa banyak rakaat), solat sunat hajat, solat sunat tasbih dan pelabagai lagi solat sunat usai solat fardhu. Tidak rugi kita bangun seawal. jam 1 atau 2 pagi untuk berjalan ke Masjidil Haram. Walaupun jaraknya jauh (hotel sis dulu berjalan hampir setengah jam), tetapi puas hati dapat tempat paling best di Masjidil Haram. Lakukan solat sunat ini dan mintalah bersungguh-sungguh dengan Allah agar diampun dosa, dimewahkan rezeki dan dipermudah segala urusan menunaikan haji.

7. Banyakkan Tawaf Sunat

Tips haji lain pula ambil peluang lakukan tawaf sunat seberapa banyak yang boleh. Kalau larat setiap kali sebelum atau selepas waktu solat. Sis dan geng bilik ambil peluang lakukan tawaf sunat pertama dan datang awal semata-mata untuk solat depan kaabah. Alangkah bertuahnya diberi peluang solat dan berdoa dengan Multazam ketika itu. Waktu itu terasa betapa kerdilnya diri ini yang dipilih jadi tetamuNya ketika itu. Allahuakhbar, jika boleh lakukan seberapa banyak tawaf sunat ini sepanjang berada di sana. Tips nak kalau nak cepat habis pusingan, pergi ke bulatan kecil dan jalan cepat-cepat di sana.

8. Ambil Peluang Berdoa

Banyakkan berdoa sepanjang berada di sini. Setiap kali selepas solat, berdoalah agar diampunkan segala dosa, dipermudah urusan sebelum mengerjakan haji dan diberi kesihatan yang baik sepanjang waktu menuju wukuf. Rugi sungguh jika tak ambil kesempatan berdoa, lagi2 ketika berada di tempat mustajab seperti depan Multazam atau Hijir Ismail. Kalau tak doa depan Kaabah juga sudah memadai. Lagi satu sepanjang tawaf juga kita boleh berdoa setiap kali buat tujuh pusingan.

9. Lakukan Puasa Sunat Isnin Khamis

Boleh juga lakukan ibadah puasa iaitu puasa sunat Isnin dan Khamis. Ramai jemaah buat puasa sunat dan jangan risau untuk berbuka kerana ada rezeki yang menanti setiap hari Isnin dan khamis. Walau bagaimanapun sis tak sempat untuk berpuasa di sini, sahabat sis Hajah Diana sempat berpuasa dan sis menemani dia berbuka dengan air zam-zam (air terbaik di sini dan di dunia) dan bekalan kurma. Ada juga jemaah yang sedekahkan biskut atau coklat untuk jemaah. Jika berkesempatan bolehlah menyempurnakan amalan puasa sunat ini. Ini antara amalan tips haji paling mudah dibuat.

10. Banyakkan Bersedeqa

Tips haji lain banyakkan amalan bersedekah terutama pada hari Jumaat di Masjidil Haram. Ada sahabat sis, Hajah Yana dan suami Haji Khairul mengambil kesempatan berkongsi pada geng pejabat yang berniat untuk bersedeqah di sini. Hantar saja ke grup WA pasti ramai berniat untuk berkongsi amalan ini.

Mereka mengumpul duit sumbangan dan kemudian membeli makanan seperti shawarma atau kebab dan diedarkan pada individu memerlukan. Seperti cleaner masjid, jemaah dari negara2 Afrika atau Indonesia atau sapa2 yang berkehendak. Sis sempat lakukan tiga kali amalan sedeqa ini dengan dibantu Hajah Nisa dan Hajah Ummu.

Itu antara amalan dan tips haji yang boleh korang lakukan sebelum wukuf. Jadi adakah korang rasa masih tak tahu aktiviti apa yang nak dilakukan sebelum itu? Cuba buat yang sis senaraikan dan kalau ada bergantung pada kreativiti dan nawaitu masing-masing. Ingat pergi sini bukan untuk melancong tetapi memang nak lakukan ibadah semata-mata. Lagi-lagi sebelum hari wukuf pada 9 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah.

Tips haji

Pantang Larang Ihram

Tapi jangan sesekali lupa pantang larang ihram atau 13 larangan dalam ihram haji sepanjang berada di sana. Ini antara yang jemaah perlu sentiasa ingat walau apa juga aktiviti yang mahu dilakukan. Lagi-lagi mereka yang nak buat haji ifrad, perlu berhati-hati dengan pantang larang ihram ini.

Dan apabila dah selesai musim haji, jemaah masih boleh amalkan segala amalan sunat haji dan umrah di atas kerana masih mempunyai masa yang panjang lagi di Mekah. Cuma apabila telah selesai urusan ibadah, boleh la kita cuci-cuci mata untuk membeli sedikit barang keperluan untuk sanak saudara dan sahabat di Malaysia.

Kalau di sana kita panggil ‘melontar’ maksudnya membeli dan sedikit sebanyak dapat membantu jana ekonomi peniaga di sana yang sebelum itu terjejas teruk disebabkan PKP. Kena pandai pilih dan tawar menawar untuk beli barangan di sana.

Cuma sis nak ingatkan buat aktiviti ini sebelum masuk waktu Zuhur kerana inilah masa yang agak panjang untuk lakukan urusan jual beli. Atau masa yang ada boleh habiskan dengan melakukan ibadah umrah dengan berniat di Tanaim.

Bagi yang tidak melakukan umrah, boleh juga buat tawaf sunat seberapa banyak yang boleh. Lebih elok buat ketika sebelum masuk waktu solat fardhu sebabnya kita boleh terus solat di mataf dan ambik peluang lagi untuk terus berdoa depan Kaabah. Ada cara mudah untuk kirim doa depan Kaabah. Nanti sis kongsi caranya bagi panduan untuk jemaah kita.

Tips haji

Layari Info Lain Di sitizurinamatsaman.com

Leave a Comment

error: Content is protected !!