Resepi Kerabu Pucuk Paku Sedap Dan Simple, Buka Selera Bulan Puasa

Resepi Kerabu Pucuk Paku antara pelbagai jenis kerabu yang sis suka. Kira macam ulam-ulaman sebagai salah satu pembuka selera. Antara sajian paling sedap dimakan lagi-lagi time bulan puasa.

Cara membuatnya hanya menggunakan sayuran utama iaitu pucuk paku yang digaul bersama bahan-bahan lain seperti kerisik kelapa. Kalau kita campur dengan taugeh, jadilah resepi kerabu pucuk paku taugeh.

Nak lagi sedap boleh juga korang campurkan dengan kerang. Jadilah resepi kerabu kerang yang juga sangat menggamit selera berbuka. Terasa seperti menikmati buffet Ramadhan 2023 di mana-mana hotel mewah.

Resepi Kerabu Pucuk Paku

Okaylah sis share resepi pucuk paku yang mana bahan-bahan nak buat mudah dicari. Tapi sis nak ingatkan kena buat masa dekat time nak berbuka prasa, baru lebih terasa segar dan sedap.

Resepi kerabu pucuk paku ini sis kongsi dari Facebook Asmiera Che As yang bukan je share resepi pucuk paku, tetapi juga resepi kerabu mangga, resepi kerabu. Jom kita tengok resepi kerabu dikongsi.

Kat Sini Kami Kongsikan Resipi Pelbagai Kerabu Fav Org Utagha yg hangpa boleh try buat kalau agak terlioq. Resipi Boleh Tgk Kat bawah dan kat gambaq jugak. Selamat Mencuba 

Resepi Kerabu Pucuk Paku 

Bahan-Bahan:

  • Pucuk Paku 1 ikat (Rebus dan toskan)
  • Taugeh (rebus dan toskan)
  • 10 ulas Bawang kecik Racik

Bahan Blend

  • Santan Pekat
  • Lengkuas sikit
  • 6 batang serai – racik halus
  • Halia sikit
  • Cabai Kecik & Cabai besar (suka hati nak pedas buh banyak nak kurang buh sikit)
  • Belacan
  • Kerisik
  • Garam & Serbuk perasa

Cara Membuat:

Blend semua brg yg dalam list blend.. Tuang dalam bekas pucuk paku taugeh dan bawang dan gaul rata. Siap untuk dimakan resepi kerabu yang sedap dan simple.

Resepi Kerabu Pucuk Paku
Kerabu Pucuk Paku & Kerabu Jantung Pisang

Resipi Kerabu Pelam / Mangga 

Bahan-Bahan:

  • Cili padi hijau
  • Cili merah
  • Belacan sikit 
  • Garam
  • Gula
  • Tumbuk – Nyok Mesin Putih Saja

Cara Membuat

  1. Bila dah tumbuk lumat masuk nyioq mesin yang putih gebu tumbuk bagi sekata dengan cabai…
  2. Pastu gaul dengan pelam parut, bawang besar hiris dan ikan bilis goreng. Siap

Resipi Kerabu Daun Selom 

Bahan-Bahan:

  • Daun Selom – Racik Halus
  • Cili padi hijau
  • Cili merah
  • Belacan sikit 
  • Garam
  • Gula
  • Aji / Serbuk Perasa
  • Tumbuk – Nyok Mesin Putih Saja

Cara Membuat:

  1. Bila dah tumbuk lumat masuk nyioq mesin yang putih gebu tumbuk bagi sekata dengan cabai…
  2. Pastu gaul dgn Daun Selom yang diracik halus. Siap

Resepi Kerabu Bunga Betik 

Bahan-Bahan:

  • Bunga Betik Rebus dgn asam keping garam dan gula (tak mahu bagi pahit) dan toskan
  • 10 biji Bawang kecik Racik 

Bahan Blend:

  • Santan Pekat rm2 (tak mau yang ceroi tau atau santan kotak) 
  • Lengkuas sikit 
  • Halia sikit 
  • 20 biji Cabai Kecik & 2 biji Cabai besar (suka hati nak pedas buh banyak nak kurang buh sikit)
  • Belacan 
  • Kerisik

Cara Membuat:

Blend semua brg yg dalam list blend.. Tuang dalam bekas berisi bunga betik dan bawang. Siap..

Resepi Kerabu Pucuk Paku
Resepi Kerabu Pucuk Betik & Resepi Kerabu Taugeh

Resipi Kerabu Jantung Pisang 

Bahan-Bahan:

  • Jantung Pisang – (Rebus dan toskan)
  • 10ulas Bawang kecik Racik 

Bahan Blend:

  • Santan Pekat 
  • Lengkuas sikit 
  • 6 batang serai – racik halus
  • Halia sikit 
  • Cabai Kecik & Cabai besar (suka hati nak pedas buh banyak nak kurang buh sikit)
  • Belacan 
  • Kerisik
  • Garam & Serbuk perasa

Cara Membuat:

Blend semua barang yang dalam list blend.. Tuang dalam bekas jantung pisang yang di potong kecik supaya senang makan dan bawang dan gaul rata.. siap!!

Resipi Kerabu Pucuk Beka

Bahan-Bahan:

  • Pucuk Beka – Racik suka hati besar mana yang nak
  • Cili padi hijau
  • Cili merah
  • Belacan sikit 
  • Garam
  • Gula
  • Aji / Serbuk Perasa
  • Tumbuk – Nyok Mesin Putih Saja

Cara Membuat:

  1. Bila dah tumbuk lumat masuk nyioq mesin hat putih gebu tumbuk bagi sekata dengan cabai…
  2. Pastu gaul dengan Pucuk Beka yang dihiris.. Siap
Resepi Kerabu Pucuk Paku
Resepi Kerabu Pucuk Beka & Resepi Kerabu Ulam Raja

Resepi Kerabu Nangka & Kerang

Bahan-Bahan:

  • Nangka Muda – Rebus sehingga betul2 lembut dan toskan
  • Kerang – Rebus dan kopek ambil isi
  • Pucuk Paku 1 ikat (Rebus dan toskan)
  • Taugeh (rebus dan toskan)
  • 10ulas Bawang kecik Racik 

Bahan Blend:

  • Santan Pekat 
  • Lengkuas sikit 
  • 6 batang serai – racik halus
  • Halia sikit 
  • Cabai Kecik & Cabai besar (suka hati nak pedas buh banyak nak kurang buh sikit)
  • Belacan 
  • Kerisik
  • Garam & Serbuk perasa

Cara Membuat:

  1. Blend semua barang yang dalam list blend..
  2. Tuang dalam bekas berisi nangka muda,pucuk paku taugeh , kerang dan bawang dan gaul rata.. siap!!

Resepi Kerabu Ulam Raja 

Bahan-Bahan:

  • Ulam Raja – Racik halus
  • Cili padi hijau
  • Cili merah
  • Belacan sikit 
  • Garam
  • Gula
  • Aji / Serbuk Perasa
  • Tumbuk – Nyok Mesin Putih Saja

Cara Membuat:

  1. Bila dah tumbuk lumat masuk nyioq mesin yang putih gebu tumbuk bagi sekata dengan cili…
  2. Pastu gaul dengan Ulam Raja yang dihiris halus. Siap

Resepi Kerabu Taugeh

Bahan-Bahan:

  • Taugeh (rebus dan toskan)
  • 10 ulas Bawang kecik Racik 
  • Bahan Blend
  • Santan Pekat 
  • Lengkuas sikit 
  • 6 batang serai – racik halus
  • Halia sikit 
  • Cabai Kecik & Cabai besar (suka hati nak pedas buh banyak nak kurang buh sikit)
  • Belacan 
  • Kerisik
  • Garam & Serbuk perasa

Cara Membuat:

Blend semua barang yang dalam list blend.. Tuang dalam belas berisi taugeh dan bawang dan gaul rata.. siap!!

Resepi Kerabu Pucuk Paku
Resepi Kerabu Nangka & Resepi Kerabu Daun Selom

Kebaikan Makan Resepi Kerabu

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, masakan kerabu ini merupakan salah satu amalan pemakanan secara sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ini kerana kerabu kebiasaannya disediakan daripada sayur-sayran seperti pucuk paku dan taugeh atau Bahan-buahan seperti mangga. Buah-buahan, sayur-sayuran mentah atau sayur-sayuran yang dicelur boleh digunakan disamping bahan-bahan lain seperti kelapa parut, garam, lada dan lain-lain. 

Kerabu merupakan hidangan yang sihat kerana bahan asasnya adalah daripada buah-buahan atau sayur-sayuran serta kaedah memasaknya tidak menggunakan minyak. Salah satu resepi kerabu paling sedap, resepi kerabu pucuk paku.

Baca Lagi: Khasiat Sayur Pak Choy Untuk Kesihatan

Leave a Comment

error: Content is protected !!