Khasiat Sayur Pak Choy Untuk Kesihatan

Khasiat sayur pak choy rupanya sangat baik untuk kesihatan. Bukan itu saja, sayuran hijau sedikit pahit ini juga sebenarnya baik untuk kulit kerana kandungan vitamin C di dalamnya.

Sis sebenarnya tak gemat sangat sayuran pak choy ini tetapi disebabkan En Abah kena makan sahur, jadi ini antara pilihan terbaik berdaun.

Apa Itu Sayur Pak Choy

Pak choy atau nama saintifiknya Brassica rapa L yang merupakan spesies tumbuhan Daripada famili Cruciferae. Pak Choy dimakan sebagai sayuran segar kerana daunnya yang ranggup serta dimasak tumis atau sedap dibuat sup.

Pak Choy mengandungi Vitamin A yang sangat tinggi. Hal ini kerana dalam Pak Choy terdapat Beta Karotin, Zea Xhantin dan Lutein yang bermanfaat untuk kesihatan mata. Karotenoid berfungsi mencegah katarak dan memperbaiki penglihatan di malam hari. Ini Antara kebaikannya untuk kesihatan mata.

Kebaikan Sayur Pak Choy

Dan antara resepi paling mudah memasaknya andalah hanya ditumis bawang putih dan diletakkan sedikit sos tiram. Tak sampai dua minit, siap masakan simple ini.

khasiat sayur
Kredit Foto: Pexel.com

Ada orang lain rebus saja pun sudah memadai. Dan paling popular dibuat sup sayur atau nama jawa dulu-dulu ‘janggan bening’. Dan lawannya paling sedap dimakan bersama ikan kering (tak kisah jenis ikan apa atau lagi sedap gelama).

Resepi Sayur Pak Choy

Sis nak kongsi resepi mudah masak pak choy yang ringkas dan khasiat sayuran ini gerenti sangat baik untuk kesihatan.

Hanya perlukan pak choy yang dipotong dan sebiji bawang putih. Ketuk bawang putih dan tumis hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan sayuran dan letak sos tiram. Tambahkan perasa, sedikit air dan siap.

khasiat sayur

Antara Khasiat Sayur Pak Choy Yang Ramai Tak Tahu

Cegah Kanser

Sama seperti kebanyakan sayuran lainnya, pak coy juga berpotensi cegah kanser. Ini kerana mengandung folat yang boleh mencegah pembentukan sel kanker akibat mutasi DNA.

Pakcoy juga mengandung vitamin C, vitamin E, dan beta karoten, yang merupakan antioksidan sehingga boleh mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas.

Khasiat Sayur Jaga kesihatan Tulang

Mengandung berbagai macam nutrisi dan zat mineral yang baik untuk kesihatan tulang. Mulai dari zat besi, fosfor, kalsium, magnesium, zinc, dan vitamin K!

Misalnya, fosfor dan kalsium, yang sangat penting untuk memperkuat struktur tulang. Kemudian ada vitamin K yang menjaga kestabilan kalsium di dalam tulang.

Tekanan Darah

Manfaat lain adalah menjaga tekanan darah. Tidak hairan, ia mengandung kalium, kalsium, dan magnesium yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi secara alami.

Menurut sebuah laporan dalam American Journal of Clinical Nutrition, mengonsumsi kalium hingga 4.700 miligram per hari, bisa menurunkan tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh asupan natrium yang tinggi.

khasiat sayuran

Jaga Kesihatan Kulit

Tanpa kolagen, berbagai masalah kulit akan datang. Untungnya, kandungan vitamin C yang dimiliki boleh membekalkan kolagen untuk bekerja lebih baik dalam menjaga kesihatan kulit.

Sebab, vitamin C memiliki komponen antioksidan yang boleh menjaga kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari, polusi, dan asap.

Vitamin C juga membuat kolagen lebih efektif, sehingga kemampuannya dalam mencegah kulit kering juga meningkat.

Manfaat Sayur Pak Choy Cegah Keradangan Dalam Tubuh

Kandungan kolin yang dimiliki juga boleh mencegah munculnya keradangan dalam tubuh. Tidak hanya itu, kolin juga boleh membantu anda tidur lebih nyenyak, menjaga pergerakkan otot, hingga meningkatkan kemampuan belajar dan mengingat.

Khasiat Sayur Pak Choy Untuk Buah Pinggang

Dalam satu perkongsian akaun Tiktok Doktor Nordin memberitahu bahawa sayuran pak choy atau sawi Jepun ini juga sangat bagus untuk kesihatan buah pinggang. 

Menurutnya antara symptom atau gejala yang sering dihadapi bagi mereka yang ada masalah buah pinggang adalah muka dan kaki mula bengkak, kegatalan di bahagian kulit, tekanan darah naik dan juga warna air kencing jadi gelap serta berbuih.

Bagi 100 gm pak choy yang belum Dimasa mengandungi nutrien ini:

  • Tenaga/Kalori: 13kcal
  • Protein: 1.5 gram
  • Karbohidrat: 2.18 gram
  • Serat: 1 gm
  • Kalsium: 105 miligram
  • Zat besi: 0.8 miligram
  • Magnesium: 19 miligram

Jadi antara sayuran yang dicadangkan untuk mereka yang ada masalah ini ambik adalah pak choy yang memang kaya dengen nutrien penting diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Baca Juga: Resepi Siakap 3 Rasa, Ini Rahsianya Sedap & Mudah

Sumber: Sehatq.com

Artikel Lain:

Leave a Comment

error: Content is protected !!