Sofea Jane Pilih Vege, Rahsia Cantik Di Usia 53 Tahun| Melihat lakonan cemerlang dalam drama bersiri One Cent Thief mengingatkan zaman kegemilangan pelakon berwajah Pan-Asian ini ketika zaman 90an.
Membawakan watak Ibu Zara, lakonannya memang bersahaja tetapi tinggalkan kesan mendalam di hati penonton. Ramai nak tahu kesudahan watak Ibu Zara yan bersikap antagonis.
Watak Antagonis Ibu Zara

Namun yang paling terkesan adalah kecantikan dan kejelitaan wajah Sofea Jane yang tak dimamah usia walaupun usianya dah cecah 53 tahun. Da masih lagi cantik, jelita dan aura ibu kepada empat anak ini memang sangat menyerlah.
Ramai nak tahu rahsia kecantikan dan bagaimana Sofea Jane kekal fit di usia ini. Jika ditinjau di laman sosialnya, ternyata isteri kesayangan Datuk Meor ini rupanya rajin mengamalkan aktiviti lasak yang lebih membawa kepada kecintaannya pada alam semula jadi.

Sofea Jane Pilih Vege
Ternyata Datin Sofea Jane, 50 tahun sangat bersyukur atas kurniaan yan diberikan Allah SWT selain mengakui amat menitik beratkan penjagaan kesihatan.
Namun begitu, pemilik nama pentas Sofia Jane, dia tidak merasakan dirinya masih menawan seperti yang diperkatakan ramai memandangkan usianya bukan lagi muda.
Artikel Lain: Cara Mudah Turunkan Tahap Kolesterol
Walaupun agak berat berkongsi rahia penjagaan kecantikan, namun Sofea tetap memberitahu regim kecantikan dirinya.
Menurutnya bukan kerana kedekut berkongsi ilmu tentang amalannya, tetapi Sofea berpendapat apa yang dirasakan baik bagi dirinya, tidak bermakna bagus untuk orang lain.

“Sebab apa yang bagus pada saya tidak semestinya baik juga untuk orang lain. Saya sudah pun berusia 50 tahun dan anda pula 25 tahun. Bagaimana saya mahu berkongsi rahsia jika tidak sesuai dengan anda?” katanya.
Makan Sayur Sejak 7 Tahun Lalu
Hanya selepas dipujuk, Sofia akhirnya memberitahu dia sudah menukar menu pemakanannya kepada makanan berasaskan sayur-sayuran (vegetarian) sejak tujuh tahun lalu.
“Saya pengamal sayur-sayuran. Saya sudah menjadi ‘vegetarian’ sejak tujuh tahun lalu. Selain itu saya hanya amalkan perkara asas yang dilakukan seperti orang lain iaitu bersenam dan minum air putih dengan banyak,” katanya.
Pemenang Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 1993 itu bagaimanapun seakan menolak pujian yang mengatakan dirinya masih kelihatan muda kerana kulit wajahnya sudah pun mempunyai garis-garis kedutan halus.

Rahsia Cantik Di Usia 53 Tahun
“Siapa kata saya muda? Kulit saya sudah ada garis-garis kedutan halus. Tapi saya sangat menyukainya. Saya tidak akan kembali pada usia 25 tahun. Hakikatnya saya sudah berusia 50 tahun.
“Saranan terbaik saya, jaga pemakanan dan jalani kehidupan yang sihat dan aktif. Paling penting jangan lupa untuk senyum dengan orang di sekeliling kita,” katanya yang membuat kemunculan semula dalam karier lakonan dalam drama disiarkan Astro Ria.
Sekadar info, Sofea Jane berkahwin dengan Datuk Meor Zain Azman pada 9 September 1995 dan dikurniakan empat anak, Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya. Antara filem popular suatu ketika dulu ialah Harry Boy, Kekasih Awal dan Akhir, Perempuan Isteri dan … atau pun Sayang Salmah.

Artikel Lain: Selendang VS Tudung Awning, Gaya Lebih Menawan
Kagum dengan kecantikan dia dr dulu sampai pd usia skrg.
.
Memang cantik betul Sofea Jane ni.. dah masuk 50-an pun masih cun..