Resepi Bubur Ayam Mcd Yang Sedap & Simple | Siapa saja yang tak suka bubur, lagi-lagi kalau korang berada dalam keadaan tidak sihat.
Selalunya bubur ayam Mcd paling sedap tekak rasa nak makan. Rasanya yang sedap dengan minyak bijan serta bendasing lain buat bubur mcd sangat sedap.
Kalau teringin time siang, memang terus zass pergi Mcd cari. Tapi buatnya selera nak makan tengah malam, jenuh pulak semata-mata nak ke Mcd sebab nak makan bubur ayam ni. Ada terdapat dua size yang kecil atau yang besar. Kalau tak suka bahan dalam tu korang boleh asingkan terus pada menu.
Table of Contents
Artikel Lain: Spageti Daging Cincang Paling Sedap, Ini Resipinya

Sebenarnya kita boleh buat sendiri resepi bubur ayam simple Mcd yang rasanya memang gerenti sedap dan lazat ini. Lagi satu lebih jimat sebab boleh buat macam mana yang korang suka. Rasa-rasa tak babis boleh simpan dalam peti sejuk dan kemudian panaskan bila nak makan.
Bubur ayam ini memang dapat membangkitkan selera terutama kalau teka rasa tak berselera nak jamah apa juga makanan keras. Ada banyak sebenarnya resepi bubur yang korang boleh cuba.
Antaranya yang popular dalam carian adalah resepi bubur ayam Azie Kitchen, resepi bubur ayam Chinese style, resepi bubur ayam Che Nom atau resepi bubur ayam mcd Yatie Kitchen. Rata-rata menggunakan beras dan ayam untuk menyediakan resepi bubur ayam ini.
Resepi Sedap Bubur Ayam
Banyak sebenarnya resepi buat bubur ayam Mcd, tetapi paling senang nak buat perkongsian oleh Azwa Muhammad. Menurutnya buat sendiri bubur ini lebih jimat dan selamat. Bila-bila masa saja boleh dimasak dan dia tak lokek untuk berkongsi resepi bubur aya Mcd ini.
Katanya rasanya sangat sedap dan boleh diulang-ulang buat setip kali teringin. Bukan itu je, bubur ayam ini juga boleh dijadikan sarapan pagi untuk anak-anak atau korang sendiri sebelum pergi kerja. Kalau tak percaya cuba buat dan rasa sendiri kesedapannya. Kalau suka boleh layan bila-bila masa nak makan.
Kalau rak nak tambah bendasing lain dalam bubur juga boleh dan ikut citarasa masing-masing. Boleh je tambahkan sayuran sedikit seperti kentang atau sayuran hijau lain seperti celery atau daun bawang.

Kita nak share resepi BUBUR AYAM MCD
Resepi Bubur Ayam Mcd
- Beras 1 cawan ( cuci / toskan )
- Air ( 5 caw-an )
- Halia ( hiris )
- Bawang merah ( hiris )
- Bawang putih ( hiris )
- Kiub ayam 1
- Minyak masak ( 3 sudu )
- Garam / perasa
Cara Membuat Resepi Bubur Ayam Mcd :
- Masakkan beras macam biasa atas api . kacau sampai lembikk . klu kuranv tambah kan air smp jadi bubur
- Panaskan kuali masukkan minyak , masukkan bawang merah , bawang putih & halia . Masakkan sampai betul2 garing .
- Kemudian tuang kan bahan yg goreng tadi dlm periuk bubur , masukkan ayam & kiub pati ayam Dan kacau sampai masak serta masukkan perasa .
- Tutup api , letak bubur lam mangkuk , hiaskan dengan daun bwg , daun sup & bawang goreng .
- Kalau nk pedas ltak lada sulah & cili merah potong-potong

Tapi kalau korang nak try buat bubur kosong pun sedap juga. Yang ini memang kena kalau makan dengan hidangan sampingan lain seperti ikan bilis goreng, sayur kangkung masa belacan, tauhu telur atau dengan ikan masin.
Sebenarnya senang je kalau nak cuba buat bubur kosong ini. Tidak seperti masak nasi, kena letak air yang banyak dan pastikan api sederhana. Atau boleh juga masak dalam slow cooker. Sis nak share resepi cara masak bubur nasi kosong.
Cara Masak Bubur Nasi Kosong
Bahan-bahan:
- 1/2 Cavan beras – untuk hasil lebih wangi guna beras wangi
- Air panas secukupnya
Cara Membuat:
- Cuci beras dan masukkan dua cawan air untuk permulaan.
- Masak nasi seperti basa.
- Bila air mula kering, kacau nasi laju-laju šupaya beras jadi kembang.
- Tambah air panas dalam dua cawan dan biar mendidih.
- Bila air mula kering, kacau perlahan supaya nasi jadi hancur.
- Jangan letak air sejuk, akan sebabkan bubur jadi bantut mendidih kerana suhu akan turun mendadak bila Masuk air sejuk.
Artikel Lain: Cara Goreng Sosej Tak Kecut
Sekali sekala layan bubur ayam mcd memang layan. Terima kasih kongsi resipi ni.
Sedap sangat ni.. kalau tak demam pun tetap sedap dimakan dengan famili.. nak-nak ada sup lagilah laju.