Resepi makaroni goreng bertelur, sarapan paling simple dan cepat untuk sis sediakan time weekend. Tidak perlukan banyak bahan dan paling penting cara buatnya sangat mudah.
Anak-anak pun suka, maklumlah tidak berapa pedas dan rasanya lebih enak berbanding mi goreng. Inilah resipi ‘malas’ yang mudah disediakan dan jimat masa.
Rentetan entri lama ketika menulisnya di hujung minggu, jadi sis update sedikit teks kerana walaupun entri lama tetapi contennya tak lapuk dek zaman. Tapi kalau entri resepi, evergreen selagi ada orang buat carian mengenai sesuatu resepi.
Artikel Lain: Resepi Daging Goreng Kunyit Sedap & Simple
Sedang sis duduk (rileks nampak) menghabiskan cuti hujung minggu, sis terfikir untuk menulis entri ini. Entri yang cukup simple..iaitu pasal makan. Pagi semalam sis malas nak keluar untuk breakfast. Anak-anak pun masih tidur dan agak payah mengejutkan mereka untuk mandi dan bersiap.
Resepi Makaroni Goreng Bertelur
Oleh kerana bahan-bahan asas dah ada, jadi sis ambil keputusan untuk goreng makaroni telur. Sebab apa sis gelar makaroni telur, kerana ia dimasak hanya makaroni dengan telur tanpa sebarang sayuran hijau (budak-budak cukup tak suka sayuran). Dengan hanya bahan ada di rumah saja kalau teringin memang terus akan buat.
Daripada dulu hingga anak-anak dah besar, telur memang jadi keperluan. Mesti ada resepi sambal telur, telur goreng dadar (paling popular) atau telur rebus (terutama Aiman memang suka sangat telur rebus) atau telur mata goyang (agak payah nak buatnya).
Sebaik daging kisar lembut dan makaroni telah direbus, sis terus goreng dan siap dalam tempoh tak sampai satu jam.
Biasanya dari dulu lagi ketika tinggal di Bandar Puteri, Klang, sis dan En. Abah akan breakfast nasi lemak bawah pokok, di Tesco klang ( paling sedang mi mamak & roti bom) ataupun di pelita, klang (roti bom dia not bad).
Bukan malas masak, tapi kadang-kadang dengan breakfast bersama orang tersayang boleh mewujudkan perasaan gembira kami sekeluarga. Selalunya juga apabila selesai breakfast kami akan terus ke Tesco beli barang dapur.
Ok, terlanjur itu sis kongsikan resepi simple ini. Bahan-bahannŷa cukup mudah didapati dan tidak perlu ke kedai seawal pagi ( jika ada semuanya dan jadikan ia bekalan di rumah). Paling penting kena ada makaroni raw (belum direbus).
Artikel Lain: Resepi Bubur Ayam Mcd, Sedap & Simple
Resepi Makaroni Goreng Bertelur Yang Simple
Bahan-bahan:
- Setengah peket makaroni or spiral or apa2 sahaja
- Daging kisar – apa-apa brand dan tidak kisah banyak mana ikut suka
- Sosej – potong serong
- 2-3 biji telur
- Bawang holland – dipotong kiub kecil
- Bawang putih – diketuk & hiris kecil
- Sedikit sos lada hitam
- Sedikit sos cili
- Sedikit cili kisar
- Bahan perasa secukupnya
- Campuran mentega & minyak zaitun
Cara-cara membuat:
- Panaskan campuran minyak dan mentega. Masukkan bawang yang dipotong kiub tadi.
- Setelah naik bau, masukkan daging dan biarkan hingga masak seketika.
- Campurkan pula sos lada hitam, sos cili, cili kisar dan gaul sebati.
- Masukkan bahan perasa secukupnya dan masukkan sosej.
- Masukkan makaroni dan gaul sebati.
- Akhir sekali pecahkan telur dan gaulkan sebati. Biar seketika sebelum diangkat.
Ha, macam mana senangkan resipi simple sis ni. Khusus mama-mama yang suka suatu hidangan simple tapi sedap. Boleh juga sediakan Resepi Tauhu Berdegil untuk dijadikan sajian sampingan untuk breakfast. Cara buatnya juga tak susah dan lawankan dengan sambal kicap pedas.
Anak-anak memang cukup suka kerana resipi ni tak pedas. Sis share sini benda baik, moga resipi ini beri manfaat kepada kaum wanita terutama para ibu semua. Tapi yang tak suka makaroni, korang boleh juga try Resepi Maggi Goreng yang memang jadi kegemaran anak-anak, lagi-lagi kalau tak pedas.
Kenangan Perihal Resepi Makaroni Goreng Bertelur
P/s: Sis teringat beberapa minggu lalu ketika lunch di Anggerik Mall, seorang pakcik menegur dan berkata ‘oo ni la yang tulis blog tu’… Sis hanya senyum. Rupa-rupanya entri yang sis post sebelum ini mengundang orang lain untuk cuba menjamu selera di gerainya. Alhamdulillah dan hari tu juga rezeki sis murah kerana pakcik itu turut belanja sis makan.
Sebenarnya hampir dua tahun rupanya pakcik ini sudah kembali ke rahmatullah. Bertanya kepada isterinya pakcik meninggal secara mengejut. Sis memang terkejut bila tahu berita ini.
Tiadalah lagi ayat “RM5 sudah lah” kerana tidak akan kedengara lagi usikan pakcie ini yang meman popular di kalangan pelanggan kedai makan di Anggerik Mall.
Hot Mama Reen
12:10 am / 5/1/2014