Resepi carbonara asli spaghetti memang jadi pilihan sis untuk dinner. Bukan untuk sis tetapi anak-anak. Asyik makan nasi dari pagi, so malam kita layan spaghetti carbonara dengan kuah yang kita buat sendiri.
Sebenarnya sebelum ini memang sis selalu buat resepi spaghetti carbonara ini. Tetapi menggunakan sos yang kita beli dalam tin. Memang senang kerja sebab tinggal panaskan kuali dan masukkan je sos carbonara. Tetapi rasanya tak berapa kick macam kita makan di hotel atau kafe hipster.
Resepi Carbonara Asli
Sebenarnya dah lama sis cari résepi carbonara asli yang senang, sedap dan tak leceh nak buat. Dalam banyak pencarian google sana sini, sis tak pernah jumpa yang kenan di hati.
Tetapi kebetulan seorang teman lama yang juga geng sekuliah sis share resipi kuah carbonara buat sendiri. Katanya “Senang je hang tak payah beli yang tin tu tak berapa sedap”. Buat sendiri lagi puas hati katanya.
So sis pun cuba resipi diberi dan terima kasih buat sahabat sis, Ija yang tak lokek share resipi (padahal dia meniaga spageti carbonara ini). Macam-macam dia meniaga, paling sedap Ayam Kuzi, Ayam Rose dan Sambal Daging Hitam.
Resipi Buat Sendiri Menjadi
Sekali cuba dan minta pandangan jujur anak-anak, semua cakap sedap. “Kenapa Mama tak buat macam ni dulu”. Tapi tak tahulah jujur ke tidak jawapan diberi, tapi diorang ni memang akan memanjang cakap sedap kalau sis masak apa juga masadan.
Jadi kesimpulan feedback jujur ini sis boleh katakan pencarian mencari resepi carbonara asli spaghetti menjadi. Tak perlukan banyak bahan kerana semuanya memang ada je stok di rumah.
Siapa yang tak ada stok spageti, susu cair atau butter di rumah. Rasanya ini antara bahan asas yang kita kena ada di rumah. Selain tepung, gula, minyak, beras dan telur.
Okey, sis kongsikan resepi homemade spageti carbonara terlajak senang ini. Mungkin sama dengan resipi yang korang buat, tetapi inilah cara sis masak untuk kenyangkan perut anak-anak.
Bak kata my dotter “Macam spageti kat hotel…” Wow, terus kembang bontot dipuji begitu. Sapa lagi nak puji masakan kita, kalau bukan anak-anak kannnn..
Resepi Carbonara Asli Yang Sedap
Bahan-bahan:
- Spageti – direbus seketika dengan minyak zaitun
- Isi ayam – dipotong kecil
- Butter
- Susu cair tin
- Bawang putih – cencang
- Bawang Holand – potong dadu
- Lada hitam – tumbuk atau serbuk pun ok
- Kiub ayam
- Keju slice – option
- Mix herb – option
- Chili flakes – option
Cara membuat:
- Tumis guna butter, bawang putih, bawang holland hingga naik bau.
- Kemudian letak hirisan ayam dan biar sampai kering, supaya ayam tak hanyir.
- Masukkan pula black pepper. Letak air dalam 1 cawan dengan susu cair dan kepingan keju.
- Untuk rahsia lebih sedap, masukkan kiub ayam sebelum letak garam . Kacau dengan api yang kecik dan biarkan sampai pekat.
- Last sekali masukkan spageti dan gaul sebati. Biarkan seketika.
- Masukkan juga mix herbs dan siap. Boleh juga masukkan chili flakes untuk rasa lebih pedas.
Disclaimer: Untuk yang nak masukkan sayuran brokoli atau baby tomato pun boleh. Pastikan rebus seketika brokoli. Atau kalau nak masukkan seafood atau kepingan daging juga boleh. Biarkan digoreng terlebih dahulu. Sis nak share juga resipi kalau nak letak kepingan sosej dalam kuah carbonara tadi.
Potong sosej ketika beku dan goreng ketika lembut. Potong serong nipis dan goreng dalam minyak yang panas. Akan jadi seperti keropok dan letak sebagai hiasan dalam kuah carbonara tadi. Memang umpppp…
Artikel lain:
Wow makin hebat memasak la sis reen…good job👏
hahaha…
Macam sedap and simple jer buat mcm ni kan.. rmh ni x de peminat carbonara .. tp nnt boleh tru
buat mesti iman like
Nampak simple ni kak.. boleh try nanti.
bisaaa
Wahhh…sedap ni. Anak konfim suke.
nnt try