Lilitan hijab sehebat profesional. Itu hanya kenyataan ke atau sekadar pujian. Apa pun yang kita simpulkan, kalau pakai tudung pasti tak lepas dari gaya ikatan yang pelbagai. Lain orang lain gaya lilitannya.
Lama tak tulis entri pasal fesyen tudung. Macam-macam dah fesyen dan jenis tudung yang keluar. Apa yang pasti, jenama popular macam Naelofar Hijab, Sugarscarf, Radiusite, Aidijuma, CintaQaseh (sekadar menyebut beberapa nama) kembali menerjah minda setiap wanita untuk membeli dan memakainya.
Lilitan Hijab Sehebat Profesional
Tidak kira mahal atau murah, yang penting memang terasa bangga giler dapat pakai tudung jenama hebat ni. Saya pun tak terkecuali. Mana taknya raya tahun ini saya beli sampai tiga tudung Naelofar dan nak nampak impak cun di pagi raya.
Rasanya bukan saya sahaja tetapi geng2 di opis juga tidak terkecuali. Tudung tidak berjenama pun jika dililit menarik, pasti membuat hati tertarik. Apa yang penting kreativiti kamu dalam cara lilitan yang pelbagai (kalau ada lebih masa la membelek depan cermin pagi-pagi).
Cari Tutorial Kat Youtube
Tak de yang susah nak tahu cara pakai. Layari sahaja youtube dan pilih tutorial shawl ke, tutorial hijab ataupun apa sahaja berkaitan. Cuma beza keras tangan atau tidak je untuk belajar cara memakainya.
Ah! Kalau malas nak pikir, sarung sahaja instant shawl. Cepat mudah dan senang. Kalau saya, instant shawl digunakan untuk weekend sahaja atau jemput anak balik sekolah (jangan marah penggemar instant shawl).
Nak tengok saya lilit hebat bak model profesional, tunggu hari kerja. Jom lihat beberapa gaya lilitan tudung dari kawan-kawan seopis… sama hebat sama bergaya, bak model hijab ternama.
Cara Pilih HIjab Sesuai Bentuk Wajah
1. Untuk Wajah Oval Atau Lonjong
Sebenarnya watah begini sesuai pakai Dengan style apa pun mengikut bentuk wajah. Pakai secara natural digan bahagian Depan hiijab diikat ke dada atau bahagian leher untuk kesan lebih rapi.
2. Wajah Bulat Agar Tidak Chubby
Untuk elak pipi yang chubby, pemakai perlu depankan sedikit hijab di bahagian pipi untuk menutupi bahágian ini dengan memberikan dagu lebih runcing. Boleh juga ikat hjijab di bahagian leher akan beri efek lebih kemas bahagian pipi seiring nampak wajah lebih runcing.
3. Wajah Bentuk Hati
Mereka yang memiliki wajah bentik hati memiliki dahi yang lebih luas dengan bentuk semakin mengecil dan terlihat runcing di bahagian dagu. Pakai hijab yang sedikit longgar di bahagian dahi untuk menutup kekurangan yang ada.
4. Wajah Bentuk Diamod
Jangan pakai inner terlalu ke depan tetapi harus diseimbangakan dengan bahagian pipi dan dagu. Longgarkan sedikit hijab di bahagian pipi untuk memberikan ilusi lebih yang sama dengan dahi.
5. Wajah Kotak
Elak terus pakai hijab jenis meruncing di bahagian dahi. Gunakan bentuk bulat lebih cantik dan kemas.
Walau apa juga shawl yang kamu pakai, pastikan ia selesa dan sesuatu dengan bentuk wajah. Tidak semua wajah kita sesuai dengan instant shawl, atau memang sarungkan sahaja wide shawl. Apa yang penting selesa dan menutup aurat.
maknyus, web ini sangat mudah dimengerti. aku jadi mengetahui banyak hal dari web ini. lanjutkan!!!
tq
After research just a few of the blog posts on your website now, and I truly like your approach of blogging. I bookmarked it to my bookmark website listing and will probably be checking back soon. Pls take a look at my web page as nicely and let me know what you think.