Baju Raya 2023 Ini Gaya Pilihan Selebriti Popular

Baju Raya 2023 | Baru saja masuk tahun 2023, tetapi kita sudah membayangkan sambutan hari raya tahun ini. Dan kalau sebut saja hari raya yang korang paling nantikan adalah fesyen baju raya. Tak kisahlah apa design baju raya sekalipun, apa yang penting mestilah kena ada baju baru.

Waktu ini mulalah kita akan mula mencari apa fesyen baju raya perempuan paling onzz untuk digayakan. Maklumlah tak sampai tiga bulan sahaja lagi persiapan untuk kita menyambut Syawal. Kalau tak tempah sekarang, alamatnya nak dekat raya nanti kenalah pakai baju ready made.

Bukan tak best gayakan baju ready made, tetapi ada kalanya potongan tidak berapa kena dengan bentuk badan seseorang. Agak-agak apa trend warna baju raya korang tahun ni. Sis pilih hijau sebab nampak lebih segar dan tenang.

Mungkin terlebih besar, menggelebeh atau sedikit ketat di bahagian tertentu. Dah pikir nak alter pulak, mana ada yang nak terima kalau last minute. Salah pakai baju raya boleh spoil sebulan mood raya tau. Soo, apa kata kita lihat apa agaknya fesyen baju raya terkini bakal popular untuk Syawal nanti.

Fesyen Baju Raya Terkini 2023

Artikel Lain: Selendang VS Tudung Awning, Gaya Lebih Menawan

Korang sebenarnya boleh pilih design yang sesuai untuk digayakan sama ada baju kurung moden, baju kebaya, kurung cotton ataupun baju raya bling-bling yang rasanya lebih sesuai untuk majlis raya dalam dewan atau rumah beraircond.

Banyak rujukan di internet yang korang boleh cari untuk dijadikan inspirasi jika nak tempah baju dengan tukang jahit. Bagi tukang jahit yang pro, berikan apa saja design, pasti tiada masalah dan akan boleh dibuat dengan teliti dan kemas. Ada kalanya lebih cantik dan nampak eksklusif seperti baju dari butik mewah.

Walaupun pelbagai dsign baju raya 2023 yang dipamerkan, tapi bagi sis bila time raya memang suka menggayakan baju kurung cotton sahaja.

Bukan apa kerana ia lebih selesa untuk sis bergerak ke sana ke mari sepanjang seharian berhari raya. Dengan material yang sejuk dan ringan menjadikan kita bebas melakukan apa saja aksi atau kerja-kerja rumah.

design baju raya 2023

Sebenarnya pemilihan warna juga sangat memainkan peranan penting dalam memastikan penampilan kita tampak cantik dan menarik di hari mulia ini nanti.

Jika mereka yang tidak bertudung, tidak ada masalah tetapi bagi yang berhijab, pasti akan ada masalah untuk mix and match pemilihan kedua-duanya. Agak-agak apa tema baju raya 2023 yang korang akan pilih nanti.

Mana mungkin baju warna menerang, tudung juga warna yang sama. Padanan ini penting untuk memastikan gaya kita tidak seperti pokok krismas. Kalau baju warna gelap, carilah warna-warna hijab lebih cerah sedikit untuk mencantikkan lagi penampilan kita.

Bagi tahun 2023 ini, jika menurut phantone color, terdapat 5 warna yang dikatakan paling popular dan bakal jadi pilihan untuk tahun 2023 ini.

Warna popular yang dikeluarkan untuk musim bunga/musim panas 2023 ialah Digital Lavender (Digital Lavender), Sundial Yellow (Sundial), Luscious Red (Luscious Red), Tranquil Blue (Tranquil Blue) dan Copper Green (Verdigris). Lavender Digital malah dipilih sebagai warna tahun ini. Kelima-lima warna tepu dengan warna positif dan optimistik ini memberikan lebih ketenangan dan juga untuk healing proses.

design baju raya 2023
Trend color 2023

Artikel Lain: Cara Lupus Baju Lama

Jadi, yang masih tercari-cari warna trending untuk baju raya tahun ini bolehlah mencari pilihan warna diberi. Dan korang juga boleh mix and match padanan ini dengan hijab digayakan untuk menyerlah lagi penampilan di pagi raya.

Baju Raya Kanak-Kanak

Jangan dilupa juga bagi yang berkeluarga, pastinya akan menggayakan baju sedondon dengan anak-anak. Jika korang bersemangat untuk bergaya sedondon, pastikan beberapa perkara untuk mencari atau menempah baju kanak-kanak ini. Paling penting adalah mencari fabrib yang selesa untuk mereka.

Jika baju raya kanak-kanak di bawah usia 6 tahun, pastikan fabriknya lebih selesa dan tidak merimaskan mereka. Tidak salah bergaya sedondon dengan pilihan warna sesuai, asalkan fabrik untuk mereka selesa dipakai seharian beraya nanti. Kenalah pikir design baju raya 2023 paling terkini untuk digayakan.

Terdapat banyak butik menjual baju raya kanak-kanak ini, terutama seperti Gedung Jakel, Minaz, Radiusite, dan beberapa lagi butik yang menyediakan fesyen baju raya budak perempuan terkini.

Baju Raya Lelaki

Bukan hanya kaum perempuan saja yang mahu bergaya, lelaki juga tak ketinggalan. Kalau kita lihat raya tahun lepas, ramai yang mengenakan baju Melayu lelaki potongan moden atau slim.

Sebenarnya terpulang pada citarasa masing-masing, nak cari design yang macam mana sesuai untuk digayakan di hari raya. Jika gemar jenis slim, pilihan yang berkenan atau jika tidak cari sahaja jenis potongan besar atau baju Melayu biasa.

Fabrik juga penting untuk kaum lelaki yang cepat berpeluh. Jika pasangan korang jenis kuat berpeluh, elakkan menggayakan jenis satin kerana jika basah akan terus terkesan di bahagian tertentu.

Sis senaraikan antara butik yang popular menjelang raya nanti. Cuma diingatkan buatlah persiapan lebih awal. Tak kisahlah sama ada korang nak beli atau tempah, pastikan buat persediaan awal. Bukan apa, kalau dah hujung-hujung puasa baru nak cari, harga memang jadi kayangan terus.

Nak tak nak kenalah beli sebab memang nak sambut raya dengan design baju raya 2023 yang memang paling meletop kali ini.

Bagi berkeluarga besar atau sedondon, pastikan sekarang ini dah cari atau book tukang jahit kegemaran korang. Tak kisah design kurung moden, kurung pesak, kurung riau, kebaya labuh, kebaya singkat atau kebarung, pastikan bersesuaian dan penampilan tetap ONZ menyambut Syawal mulia.

Ada sesetengah butik boleh kita lihat secara fizikal dan ada juga yang boleh dibeli secara online. Jika korang tak cerewet dan malas bersesak-sesak, boleh je beli secara online. Pastikan size, jenis fabrik dan warna bersesuaian mengikut apa yang dihajati untuk design baju raya 2023 nanti.

design baju raya 2023
  • Jakel
  • Kamdar
  • Ariani
  • Pop Look
  • PrimaValet
  • Jovian
  • Naelofar
  • Starvillion

Butik Online Pilihan Ramai:

  • Alia Bastamam
  • Whimisgirl
  • Tom Abang Saufi
  • Lilit
  • Mimpi Kita
  • Larney
  • Lubna
  • Shopee
  • Lazada

Dalam satu perkongsian di twitter @siswanisenan ada memberitahu panda memilih design baju raya mengikut bentuk badan. Barulah raya nanti boleh ONZ.

Malah sebenarnya teknik pilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan kita juga boleh buat seseorang itu nampak lebih konfiden apabila berhadapan dengan orang. Lagi-lagi di pagi Syawal nan mulia nanti.

1. Fesyen Baju Kurung Moden Potongan Duyong

Cutting ini sesuai bagi mereka yang bertubuh hourglass, Opal, straight dan yang berbadan chubby. Individual yang bertubuh sedikit besar di bahagian bawah terutama di punggung, tidak digalakkan untuk memilih potongan ini.

Fesyen baju raya 2023

2. Dart Baju Di Depan

Potongan seperti ini pula tidak sesuai untuk digayakan oleh mereka yang bertubuh berisi dan ia lebih sesuai untuk individu yang memiliki tubuh hour glass, straight dan semi tiga.

Fesyen baju raya 2023

3. Dart Baju Belakang

Untuk potongan  ini pula lebih sesuai untuk mereka yang bertubuh chubby kerana ia boleh memberikan sedikit ilusi lebih kecil. Namun ia tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai benbuk badan regi tiga, yang mana besar di bahagian bawah.

Fesyen baju raya 2023

4. Corak Sama, Baju & Kain Untuk Fesyen Baju Moden Terkini

Bagi mereka yang bertubuh straight seperti tidak sesuai dengan cutting Ini kerana korang akan kelihatan lebih kurus dan cantik terletak.

5. Kurung Pahang

Sesuai untuk korang yang bertubuh straight, hourglass, badan berisi dan seni tiga. Dada yang berbidang kecil dan pinggul sedikit besar pula sangat sesuai tengan potongan ini.

6. Pesak Gantung

Baju kurung jenis ini terdiri Daripada pisak atas dan pesar bawah di mana bahagian tepi pisak ini berbelah. Potongan ini tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai tubuh yang agak besar di bahagian pinggul.


Agak-agak tema baju raya untuk tahun 2024 apa? Ada tak yang minat nak pakai batik atau songket tema tahun depan. Kalau nak yang cantik dan harga berbaloi, korang boleh layan Pasar Payang Terengganu yang menjanjikan syurga sebenar baju batik dan juga songket.

Artikel Lain: Jaket Serlah Penampilan Gaya Lebih Santai

8 thoughts on “Baju Raya 2023 Ini Gaya Pilihan Selebriti Popular”

  1. wow baju raya tahun ni ek. timing tak cantik this year sebab sama naik dengan budak masuk sekolah. kena fikir dulu yang mana keperluan atau kemahuan, hiks.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!