Selendang VS Tudung Awning, Gaya Lebih Menawan

Selendang vs tudung awning, agak-agak yang mana paling membuatkan korang rasa best memakainya. Bagi sis, dua-dua jenis tudung ini ada kelebihan dan kekurangan.

Kalau pakai selendang, kita akan jadi lebih kreatif menggayakannya. Tetapi tudung awning, sarung je dan sedikit solekan wajah menyerlahkan kecantikan dirimu.

Pelbagai Gaya Dicuba

Entri ini sis tulis ketika waktu itu sis memang jadi seorang yang gila fesyen terutama tudung. Fesyen tudung apa yang sis tak cuba pakai. Dari turban, gaya Bienda, tudung crumple atau seledang semua sis cuba. Pantang ada ‘sale’ sure akan beli beberapa helai.

Selendang vs tudung awning
Gaya berbeza-beza ikut kesesuaian majlis.

Tapi kini, sis lebih selesa pakai bawal memandangkan time MCO disebabkan pandemik Covid-19, kita tidak pergi mana. Jadi tudung ini paling selesa menggayakannya sekadar keluar membeli barangan rumah.

Cuma kadang-kadang sis rasa rindu nak pakai shawl dengan lilitan super kebabom. Tunggu la nanti bila dah habis MCO dan kembali Work From Office.

Artikel Lain: 12 Tanda Wajah Rosak, Jangan Lakukan Kesalahan Ini

Ketika menulis entri ini, ide begitu mencurah-curah. Tetapi bahasa entri tidak perlu seperti novel kerana mereka yang membaca lebih gemar bahasa santai.

Sebelum menulis tadi sis sempat melihat program romantika yang disiarkan di astro saluran 134 (kalau x silap & penerbitnya zulakmarwati adalah senior sis di USM).

Disebabkan Penghijrahan

Sis menonton romantika memaparkan kisah pelakon Natasya Hudson di samping suaminya Carleed dan dua cahayamata mereka.

Saya bukan mahu persoal cerita perkahwinan pelakon dan juga model itu. Tetapi penghijrahan yang dilakukan oleh Natasya. Menurut temubual bersama ibunya, Natasha berubah 360 darjah sebaik balik mengerjakan umrah.

Selendang vs tudung awning
Tudung sarung lebih mudah & kemas.

Oh! Bagus sekali penghijrahan yang dibuat. Ya dulu Natasha juga salah seorang pelakon dan model yang boleh tahan penampilannya.

Tetapi kini, dia tetap manis dan menawan dalam hijabnya yang cukup simple. Sekadar lilitan biasa yang menyerlahkan sisi anggun Natasha.

Menurut suami, walaupun Natasha sudah berhijab, tetapi dia masih lagi pandai menggayakan penampilan yang stail. Malah katanya lagi ‘Natasha kita sudah berhijabista’.

Sis melihat gayanya. Benar sapa kata jika berhijab tidak boleh bergaya. Stail itu mengikut kreativiti seseorang dan bijak menggayakan busana yang dipakai.

Selendang vs tudung awning
Masing-masing tidak kalah bergaya.

Seperti juga Misz Nina, alhamdulillah, perubahan dirinya cukup menakjubkan. Seperti Natasha, dia juga berubah 360 darjah sebaik pulang mengerjakan haji tahun ini.

Masih lagi maintan dalam berfesyen cuma gayanya menjurus kepada lebih menutup aurat. Biarpun bergaya turban (saya suka style ni dulu), namun bijak menutup leher dengan inner. Malah pakaian yang dikenakan juga longgar berbanding penampilan dia yang cukup seksi suatu ketika dulu.

Selendang VS Tudung Awning, Mana Lebih Praktikal

Kalau dulu mereka yang bertudung hanya tertakluk pada satu-satu fesyen. Tetapi kini tidak lagi. Dengan hanya sehelai selendang, pelbagai gaya boleh dilakukan. Nah! Jangan bilang fesyen hijab itu kolot, sebaliknya ia dianggap begitu mendominasi dunia fesyen kini.

Selendang vs tudung awning
Pilihan hijab lebih mudah digayakan untuk bercuti, 10 tahun dulu.

Tidak salah kit bereksperimen dalam berhijab, cuma jangan keterlaluan. Contohi sahaja gaya Natasha, Yatt Hamzah, Irma Hasmie, Misz Nina dan beberapa lagi artis yang memilih untuk berhijab.

Jika artis, lagi banyak ikutan dan mereka sebenarnya membawa pengaruh baik. Mungkin boleh mendorong mereka yang tidak berhijab untuk mengenakannya sebagai gaya seharian.

Walau apa sekalipun gaya hijab anda, pastikan selesa, kemas dan yang penting menutup aurat. Jika mahu yang simple, sarung sahaja tudung ready to ware ataupun selendang yang boleh dicuba seribu gaya.

Update entri setelah hampir 10 tahun ditulis, sebenarnya sudah ramai selebriti tampil berhijab dan paling terkesan adalah pengacara dan usahawan Neelofa. Gayanya yang memilih untuk berniqab, namun masih lagi stailo dengan gaya yang sederhana.

Walau berniqab tetap stailo.

Tidak ada rasa kekok menggayakan fesyen niqab, sebaliknya Neelofa terus aktif melakukan pelbagai urusan kerja dengan gaya sebegitu. Malah turut menjadi inspirasi buat wanita di luar sana untuk tampil menutup aurat lebih sempurna.

Kesimpulannya, walau apa juga fesyen hijab digayakan, apa yang penting nawaitu dalam melakukan sesuatu kebajikan. Asalkan maksudnya sampai dan Allah tahu apa yang anda lakukan adalah demi untuk menggandakan pahala kebaikan kepada umat manusia yang lain.

Mama Reen – 3/12/2013

Artikel Lain: Fenomena Crumple Shawl Yang Memang Onzz & Trend

3 thoughts on “Selendang VS Tudung Awning, Gaya Lebih Menawan”

Leave a Comment

error: Content is protected !!