Fenomena Crumple Shawl Yang Memang Onzz & Trend

Fenomena Crumple Shawl yang pernah sis gayakan dulu memang sangat onzz. Waktu itu sis beli semua warna yang ada dek kerana ketaksuban dengan fesyen ini.

Dah sekali menulis, memang kita akan jadi gian. Baiklah kali ini sis nak tulis sesuatu yang sis sangat suka. Apalagi iaitu pasal fesyen. Sebelum ini sis ada tulis mengenai fenomena ‘glitter shawl’ yang menjadi pilihan dan mainan penggemarnya.

Dan kali ini mengikut pemerhatian sis, crample shawl pula mendominasi fesyen. Jika melihat perkembangan trend ini di pejabat saya, semua teman-teman, Eizan, Linda, Anis, Wawa, Seda, Fasya Fazida yang turut menggilai fenomena crumple shawl ini.

Geng crumple shawl…Ida & Linda..senang kan pakainya…

Bukan mereka sahaja, sis juga tidak terkecuali. Apatah lagi harganya cukup murah RM10. Dan sis percaya jika beli di jalan TAR, pasti harganya jauh lebih murah.

Memang sebelum itu sis tercari-cari shawl jenis ini. Sis pulak jenis yang ‘rock’ (rock ke…) dan simple…so shawl begini memang kena dengan jiwa gituuu.

Bagi sis jika mahu yang bergaya proper (selendang meletop & kemas), adalah untuk tujuan pergi dinner or majlis orang kahwin.

Di pejabat shawl sempoi memang jadi pilihan. Belum lagi tengok pergi pasar, hehe..tudung sarung je lagi senang untuk digayakan.

Sebelum ini memang sis ada beberapa koleksi crumple shawl ini. Cuma ianya bercorak. Dan sis memang nak cari yang pelbagai warna.

Apatah lagi bila buka IG Jojie (sis jadikan dia idola dalam pemakaian selendang, sebab gayanya yang selamba), dan cantik Jojie memakainya dengan hanya meletakkan di kepala. Apa yang penting menutup aurat.

Berbalik yang tadi, sis borong tudung dari seorang staf remaja (Uzma) sampai lima helai. Semua color yang best sis rembat, hingga menimbulkan rasa tak puas hati Anis (jangan mare ye Anis).

Memang tudung ini cukup senang dan mudah untuk digayakan. Tanpa iron, crumple shawl ini memang memikat hati terutama yang gemar bergaya simple.

Rasanya trend crumple shawl ini bermula dah lama (sis sebenarnya sudah memiliki koleksi ini sebelum itu) tetapi apabila penyanyi no 1, CT memakainya, selendang itu kembali popular.

Betullah tarikan personaliti itu penting dalam mempengaruhi orang untuk memakainya. Dan terbaru CT juga telah dilamar menjadi Ikon bagi tudung Ariani, satu jenama popular. Perkembangan yang bagus apatah lagi CT menjadi ikon fesyennya.

Salah satu koleksi crumple shawl sis. Momen bersama owner ‘terlajak laris’ Datuk Syukri.

Satu keputusan yang bijak di ambil oleh kedua-duanya kerana baik CT ataupun Ariani punya pengaruh yang kuat. Memang senang nak gayakan crumple shawl ini.

Hanya lilit-lilit sahaja dan penampilan tampak cantik sekali. Tak caya jom tengok gambar-gambar sis bersama teman-teman yang menggayakan crumple shawl ni.

Antara crumple shawl yang mula-mula ada dalam koleksi,
with beautiful owner of Malady Couture, Mass Mohammad.

Murah atau mahal, terpulang pada seseorang itu. Jika murah tetapi gaya memakainya cantik, pasti akan jadi tarikan orang lain untuk memakainya.

Bukan sis katakan tidak pada satu jenama ini (memang popular) tetapi, tudung begitu bukan taste sis. Lebih selesa (bagi sis) menggayakan selendang atau tudung yang senang untuk dipakai. Tepuk dada tanya selera. Apa yang penting kita menutup aura kannnn…

Mama Reen – 21/3/0142
3:46 pm

Artikel Lain: Drama Love Elsa, Tarikan OOTD Pelik Uyaina Arshad

6 thoughts on “Fenomena Crumple Shawl Yang Memang Onzz & Trend

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *