Cara pikat hati suami yang sedang dalam keadaan marah. Jangan terus dibiarkan perkara ini kerana amukan mereka boleh membunuh dan merobohkan institusi rumahtanga.
Tidak dinafikan amukan seorang suami yang memang cukup menakutkan. Pernah tak terfikir kita akan berdepan dengan situasi ini. Bayangkan orang yang kita kahwin disebabkan cinta berubah jadi seorang yang tak pernah kita kenali sebelumnya.
Entri ini sis tulis tujuh lapan tahun lalu ketika sedang membaca paper (ketika itu setiap minggu memang akan beli) untuk mengetahhi perkembangan terkini dalam dan luar negeri. Tidak lagi kini kerana boleh lihat melalui gajet saja.
Cara Pikat Hati Suami
Artikel Lain: Kad Kahwin Nostalgia Klasik Paling Indah
Memang cukup ngeri pagi tadi melihat heading muka depan Harian Metro yang menceritakan bagaimana seorang wanita patah tulang hidung manakala bayinya yang berusia tiga bulan menerima rawatan kerana dikhuatiri mengalami gegaran otak.
Ini adalah gara-gara amukan seorang suami yang naik minyak selepas kecurangan dengan wanita lain terbongkar.
Oh! Sis mengucap panjang. Dalam hati berkata-kata ‘gila ke lelaki ini’ sanggup cederakan teman tidurnya. Apakah malang wanita ini yang bersuamikan lelaki yang tidak sedar diri.
Apakah ini yang dikatakan jodoh? Atau mungkin memang sebelum kahwin kedua-duanya saling cinta mencintai.
Amukan Seorang Lelaki, Pemusnah Segala
Zaman sekarang rasanya cinta tak boleh bawa ke mana. Tanpa ada duit cinta bagai nak rak pun tak berguna. Apa yang penting kenali dulu sifatnya sebelum itu. Boleh je buat beberapa ujian mudah.
Bagi sis lelaki ini kalau dia dah gatal, susah untuk ditundukkan semula. Ermmmm lebih-lebih lagi yang nak memasuki angka 40-an. Kata orang life beginning @ 40. Itulah yang terjadi jika cinta tak disengajakan datang selepas usia 40.
Ah! Itu hanya dakwaan kosong yang tidak berasas. Jika sudah saling menyayangi, kenapa seseorang lelaki itu mahu berpaling arah mencari cinta hati lain.
Mahu cari penyakit namanya. Sis rasa jika lelaki itu mahu bercinta sekalipun, jangan lampias emosi marah itu pada isteri dan anak.
Artikel Lain: Sukan Bowling, Aktiviti Santai Paling Dirindu
Mereka tidak bersalah terutama bayi yang berusia tiga bulan itu. Apalah dosa dan si kecil itu tahu apa yang terjadi antara ibu bapanya.
Dalam menyusuri rumahtangga masuk tahun ke 13 ini (ketika artikel ini ditulis 7 tahun lalu), sis sentiasa berdoa dan mengharapkan yang terbaik dalam hubungan kami. Malu rasanya jika bergaduh depan anak-anak, apatah lagi mereka kian meningkat dewasa.
Seseorang lelaki itu mungkin tidak akan berpaling pada orang lain sekiranya kehendaknya dituruti. Tidak susah sebenarnya mahu membuatkan mereka setia pada kita.
Ikat Perut Dengan Masakan
Jika tangan ibu ini yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia, tidak mustahil juga dengan tangan ibu ini juga mampu mengusap lembut hati lelaki. Caranya, mudah sahaja..ikat perut mereka dengan makanan yang hebat serta layanan setanding raja. Inilah dikatakan resepi pikat hati suami paling legend.
Namun berita wanita yang ditindas, didera dan diperlakukan seperti binatang ini memang sering dipaparkan di media. Lagi-lagi di zaman semua info di hujung jari.
Artikel Lain: Resepi Carbonara Asli Spaghetti, Rasa Memang Power
Makin lama makin banyak kes yang kita ketahui. Ish! Sis mahu ingatkan anda di luar sana, sebelum kahwin, jika seseorang lelaki itu mudah naik tangan, baik tinggalkan sahaja. Usah dilayan apatah lagi mengajaknya untuk berkahwin.
Bagi sis senang sahaja, insan yang baik adalah untuk pasangan yang baik-baik sahaja. Dan selagi belum kahwin, anda berhak memilih menentukan jodoh terbaik.
Di sini sis selitkan juga beberapa tip untuk kita (yang bakal dan sudah berkahwin) cara pikat hati suami untuk dijadikan panduan bersama. Tapi jika hati dah tawar untuk menerima cinta si dia bolehlah cuba untuk move on. Ada beberapa Cara Untuk Move On yang boleh diamalkan agari tiada rasa benci antara keduanya.
Ini Cara Pikat Hati Suami:
- Sentiasa mendengar katanya.
- Pastikan anda masak dan ikat perutnya dengan masakan enak.
- Sentiasa berkomunikasi dalam apa jua masalah.
- Ambil hatinya dengan membelikan hadiah, walaupun ia murah. Cara ini juga merupakan cara romantik dengan suami sendiri.
- Apa kata ajak makan malam berdua sahaja di tempat yang eksklusif. Kata orang sambil makan bergurau senda kerana ini cara manja dengan suami sendiri.
- Jangan buat perkara yang tidak disukai pasangan.
Dan bagi mereka yang sedang berhubungan secara jarak jauh, ada cara tertentu untuk memikat hati suami. Kata orang cinta jarak jauh ini lebih bermakna dan lebih rindua-rinduan. Maklumlah jarak yang jauh menyebabkan pasangan akan sentiasa rindu antara satu sama lain.
Namun, tidak semuanya indah jika bercinta jarak jauh. Walaupun tidak berjumpa selalu depan, tetap ada halangan yang boleh membuatkan hubungan jadi dingin, keruh jika tidak disemai dengan perasaan cinta nan ikhlas.
Berkongsi petua dengan mereka yang berpengalaman, ada beberapa tip boleh dikongsi bagaimana cara memikat hati suami jarak jauh. Jika tidak dipikat dengan masakan, ada cari lain boleh kita lakukan demi mengukuhkan hubungan sedia ada. Bagaimana cara pikat hati suami yang tinggal berjauhan ini.
Cara Memikat Hati Suami Jarak Jauh
1. Sentiasa Menitip Doa & Doa Memikat Hati Suami
Walau jarang berjumpa disebabkan tuntutan kerja, jangan sesekai lupa sentíasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan pasangan kita. Apa sahaja yang kita mahu, sentiasa pohon kepada Allah dan berharap rumahtangga dibina kekal till jannah.
Cara pikat hati suami, jika sesekali dia balik, jangan asyik makan luar. Masaklah mengikut selera pasangan. Kadang-kadang masakan simple seperti telur goreng kicap juga boleh mengikat perutnya dan menambah kasih sayang. Atau sesekali tanya dia mahu kita masak apa dan buatkan dengan hati yang ikhlas. Masak untuk suami besar pahalanya.
3. Kena Rajin Buat Suprise
Oleh kerana jarang berjumpa, apa kata sesekali korang buat suprise untuk sambutan hari-hari yang istimewa. Misalnya sempena hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau saja mengajak pergi ke mana-mana restoran kegemaran yang memang diinginkan sebelum itu. Dia akan terasa dirinya dihargai walaupun sesekali berjumpa. Ini cara pikat hati semua yang betul even yang tinggal serumah.
4. Perlu Sentiasa Bertanya Khabar
Dengan kemudahan gadget dan teknologi terkini, jangan bagi alasan untukt idak mahu berkomunisasi secara maya. Pastikan korang bergaya kala mahu menelefon agar dia akan rasa rindu dan segera pulang bertemu cinta hatinya. Kadang-kadang guna ayat-ayat manis menyebabkan dia tidak sabar untuk bertemu. Cara pikat hati suami dengan kata-kata manis juga strategi menghangatkan cinta anda berdua. Tetapi awas, jangan sesekali mengacau ketika pasangan sedang bekerja, mungkin perbuatan ini tidak disukainya.
5. Kalau Boleh Rancang Percutian
Hanya dengan bercuti dapat meluangkan masa bersama keluarga tanpa gangguan dan kesibukan bekerja. Inilah masanya korang dan pasangan bercerita perihal masing-masing dan perbaiki jika ada kesilapan. Tidak semestinya bercuti lama atau mahal, tetapi qualiti masa yang ada lebih dititik beratkan dalam cara pikat hati suami yang betul.
6. Pikir Hobi Bersama
Dek kerana jarang berjumpa, apa kata korang pikir satu hobi bersama yang boleh dilakukan bila berkesempatan dia pulang ke rumah. Misalnya, menunggang motosikal ke destinasi tertentu, hiking bersama, atau sekadar minum pagi sepanjang dia berada di sisi. Hobi yang dilakukan bersama-sama ini akan dapat menghangatkan lagi cinta antara keduanya.
Artikel Berkaitan: Diuji Suami Sakit, Isteri Perlu Reda
Bagus info ni kak.. bagus tuk saya yang kekadang terlajak degil. Pening en Yem dibuatnya.. hahaha.